Monday 29 June 2015

12 Ramadhan 1436H - Peristiwa Pelik Tapi Lucu Ketika Umrah



Kalau cakap pasal haji dan umrah kebiasaannya ada yang suka nak tau jika ada pengalaman-pengalaman pelik yang dialami oleh jemaah haji/umrah. Dan kita juga biasa baca di akhbar-akhbar atau majalah perkongsian jemaah yang berstatus selebriti. Saya sendiri bila bertemu jiran atau kawan-kawan usai umrah tempohari ditebak dengan soalan, "Ok?" . Soalannya ringkas tapi sarat makna. 


Saya tak menjangkakan soalan seperti "Ok ke?" yang pada saya agak odd. Jadi saya tak reti nak beri respon bagaimana. Most of the time muka saya akan blur terus haha. Sebab selalu kalau saya yang berjumpa kawan-kawan yang baru balik umrah/haji sapaan saya selalunya begini, "Seronoknya orang baru balik umrah" atau "Mesti best kan kat sana?" dan kawan tadi akan terus tersenyum dan macam air sungai mengalir dia bercerita tanpa dipinta dengan muka berseri-seri tentang keseronokan beribadah di sana. Dan saya tanpa sedar akan turut melebar senyum tumpang seronok dengar cerita mereka. Sungguh!


Tapi sekadar nak berkongsi ada beberapa kisah yang tak pasti boleh dikategorikan sebagai pelik atau tidak yang berlaku dalam rombongan kami. Terlebih dahulu ingin saya tegaskan perkongsian ini bukan bertujuan membuka aib sesiapa melainkan untuk kita sama-sama ambil iktibar moga kita menjauhinya. After all tujuan kita ke sana nak beribadah. Any deviation from niat sebenar pasti mengundang masalah kepada diri sendiri juga.


Rombongan saya kiranya agak besar juga. Kira-kira 110 orang. Sejak ketibaan di Madinah lagi kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan menaiki 3 buah bas iaitu bas berasingan A, B & C. Saya dan keluarga ditempatkan dalam bas C, bas terakhir yang tidak penuh hanya kira-kira 23 orang sahaja tidak termasuk pemandu, mutawwif dan pengiring. Lapang dan tenang. Dalam rombongan hanya ada 2 orang kanak-kanak iaitu anak saya. Dan jemaah dalam bas C datang dari merata negeri - Terengganu, majoriti Perak, Kuantan dan kami sendiri dari Selangor dan Negeri Sembilan. Pada hari kami dibawa ziarah ke Jabal Rahmah - lokasi pertemuan semula Nabi Adam as dan Siti Hawa, bas yang kami naiki bertambah penumpang sebanyak 2 orang mak cik dari Sarawak. Mereka asalnya naik bas B tetapi ketinggalan bas sebab lambat turun dari hotel. Tiba di Jabal Rahmah kami diberi taklimat ringkas oleh Ustaz Agus Latif tentang sejarah Jabal Rahmah, keadaan sekitarnya dan juga pesanan yang bersifat amaran :-

1. Jangan sesekali menulis nama atas batu. Kot iye pun sayang cinta pasangan tak perlu tulis nama atas batu 'Kassim love Ani' (contoh je). Kerana ini bersifat vandalisme.
2. Naik ke bukit dari tangga sebelah kanan sahaja dan turun dari sebelah kanan juga. (kalau tak mau sesat sebab keliling bukit ada 3 ke 4 tangga naik ke atas. Silap turun mau keliling sesat tak jumpa bas)
3. Cepat naik dan cepat turun. Diberi masa 30minit saja sebab lepas tu nak pergi bermiqat pula.


Berulang kali Ustaz Agus ulang pesanan di atas. Malah dihujungnya ustaz siap cakap, "Kalau tak naik lagi bagus!" which made me laugh because I knew bukan semua boleh mendengar cakap, sukar nak menjaga rombongan yang besar dan bukan lagi dalam lingkungan usia budak sekolah. Pasal larangan jangan tulis nama atas batu tu, ustaz ada sebut, pernah jemaah sebelum kami degil nak juga tulis nama sampai pinjam pen (tak tau lah jenis apa) dari seorang lelaki Arab. Dia akhirnya turun dengan wajah kesal. Rupa-rupanya pinjam pen saja pun dikenakan bayaran 25riyal! Kata ustaz kalau dah dilarang jangan sesekali cuba buat.


Saya dan keluarga tak naik pun bukit Rahmah. Saya personally tak mau sebab bajet nak simpan tenaga untuk tawaf dan saie pertama saya nanti. By the time kami tiba semula ke hotel untuk meneruskan ibadah umrah nanti dah tengari waktu matahari betul-betul tegak atas kepala. Saya tak mau penatkan diri sebab tak pasti lagi how tough its going to be for me. Jadi kami duduk dibawah sambil layan anak-anak makan aiskrim Arab.


30minit berlalu. Beberapa kerat saja yang dah kembali ke bas. 40minit berlalu. Bas belum dapat bergerak kerana masih ada jemaah yang belum turun. Saya tak perasan rupanya ustaz Agus dan beberapa pengiring sudah tinggalkan check point nya. 45 minit berlalu. Bas kami belum dapat bergerak. Tengok penumpang dalam bas semuanya ada. Eh siapa pulak yang tertinggal ni? Kemudian baru lah nampak kelibat Ustaz Agus berjalan laju sambil pegang bendera kecil (agensi kami) dari arah yang agak jauh dari tangga tempat jemaah kami diarahkan naik/turun tadi. Dan dibelakangnya ialah ... 2 orang mak cik yang ketinggalan bas pagi tadi!!! Tersilap tangga? Dengar omelannya macam 'melontar'? Wallahu'alam.


Saya faham, kadang timbul perasaan "eh... belum tentu lain kali dapat datang lagi" maka keinginan untuk berlama-lama explore sesuatu tempat itu boleh terjadi. Tapi bagi yang mengikuti rombongan umrah dan ziarah ni mudah je peraturannya. Kita kena ikut je arahan mutawwif. Kalau dilarang 'Jangan' mesti bersebab. Mereka cuma prihatin tentang keselamatan kita selain faktor masa yang akan mengganggu keseluruhan program. Sebagai jemaah kita harus ada kesedaran yang tinggi dan elakkan daripada mengganggu program, kena jaga masa. Kalau bas lambat bergerak atau program terganggu kerana onar kita bukankah sudah menyusahkan orang lain? Amalkan sikap sentiasa memudahkan orang. InsyaAllah laluan kita buat ibadah akan dipermudahkan Allah swt. Ini pesan ustaz-ustaz mutawwif berkali-kali sejak dari nak berlepas di tanahair lagi.


 Barangkali Allah swt nak uji saya. Mak cik berdua ini sejak hari itu tak mahu lagi kembali ke bas asal mereka. Asyik naik bas kami je. Kejadian lambat balik ke check point atau naik bas ini bukan sekali dua berlaku kepada 2 orang mak cik ini. Tapi berkali-kali juga. Sangat menguji kesabaran untuk orang yang sukakan disiplin dan ketepatan masa macam saya ni. Annoying tapi kena banyak-banyak sabar. Lain padang, lain belalang. Adat manusia, macam-macam kerenah.


Biasa dengar tak orang tua-tua pesan jangan keterlaluan sangat bila tak suka kan sesuatu? Sebab benda yang kita tak suka tu nanti yang kita dapat? Haaaaa.... dalam flight akhir selama 6 jam dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur saya bertiga dengan anak-anak dapat duduk 1 row di barisan tengah. Row itu ada 4 seat jadi ada 1 lagi seat kosong at the other end. Nak tau siapa teman row kami? Mulanya ada seorang jemaah yang duduk situ tapi kemudiannya mr Hubby yang duduk di barisan lain cuit saya, "... kakak awak..." Saya toleh dan lihat eh ehh dah berubah.... Salah seorang dari mak cik 'tertinggal bas' itu duduk di seat kosong yang tinggal. Hahahaha... what a joke! Kan dah dapat bayaran cash.




Nota:
Melontar = istilah yang ustaz-ustaz guna sebagai ganti 'shopping'
kalau saya sendiri pula suka guna perkataan 'menabur zakat' hehe...