Wednesday, 11 November 2009

Help...

huwaaa... rasa nak demam. dah masuk 3 hari tekak perit, mata pedih, kepala berdenyut2ting tong. kutelan panadol pun tak jadi apa. dedar dah ni wehhh nak demam rasanya ni.

punyalah excited aku susun jadual baking this week, semuanya nampak teratur je. tetiba tengah malam tadi dapat berita our main banker nak buat site visit hari jumaat nih. cheh kalau takat visit biasa2 je takpe juga tak yah aku masuk campur. ni visit by the new bod member plak tuh. short notice plak tuh! perghhh kes naya ni. mana tak naya, bukan tak tau style bos aku. event macam gini suka sangat dia palau orang berkampung kat ofis sampai dinihari, tambahan kalau kena buat presentation. memanglah aku tak campur bab presentation material tu tapi bab preparation majlis tak pernah aku dapat escape. pernah dia ban aku daripada masuk campur hal event, sebenarnya bukan aku tergila2kan sangat nak organise event, naik menyampah tahap gaban dah sebenarnya. tapi tiap kali ada event semua nak aku duduk dalam committee, kalau aku kata TAK NAK TAK NAK TAK NAK, diaorang nak juga aku jadi penasihat. entah diaorang ni tak faham dilema aku.

yang aku pelik, bila aku jauhkan diri daripada event, kadang bos aku pulak yang bising2 dan marah kenapa aku tak tolong, bila time things goes wrong aku jugak yang dicarinya - antara pendengar setia bebelan dia & tukang perbetulkan keadaan. apa gelarannya orang macam ni?

bila dapat tau pasal event kali ni aku fikir aku terselamatlah kali ni. sebab aku tengok mood dia dengan aku agak down sikit lately ni. aku fikir sure kali ni dia ban aku lagi daripada join event which is good for me lah. eh rupa2nya anak buah aku tunjuk nota yang ditulisnya tengah malam tadi ada jugak terselit nama aku. hampehhh... apa gelarannya orang macam aku ni? tak dibuang geram, nak dibuang sayang? hahahahaha sadis!

jadi lupakan jelah pasal nak balik kerja awal for the next few days ye. jangan haraplah jadual yang telah aku rancang rapi akan terlaksana dengan jayanya. setiap kali aku merancang sesuatu dengan kemas dan rapi mesti ada aja dugaannya. hmmph alamatnya mau malam sebelum event tu kena berkampung kat tapak projek sampai awal pagi. argh tak rela aku. time2 macam gini kalau demam datang full swing pun bagus ye. isyyy... entah apa2 ler aku ni.

Monday, 9 November 2009

Debar Sambut Menantu!

amboi tajuk entry bukan main lagi ye. meh baca sampai habis ;-).

dalam sibuk dan debar menunggu furbishing works kat rumah baru siap sambil beransur2 packing barang ke dalam kotak, perhatian minggu ni beralih kepada 2 perkara yang bertembung pada hari yang sama iaitu konsert sekolah fahmi dan wedding cake pertama both on 15 november!

aku memang dah sedia nervous pasal nak siapkan wedding cake 3 tingkat pertama ni. walaupun design yang diminta tu simple je tapi nervous seh. nak pulak kena pergi assemble kek kat majlis tu. petang semalam sempat siapkan a few kuntum roses made of gumpaste for the cake. dah lama tak buat bunga and yesterday was the first time buat bunga pakai gumpaste, 4 jam lebih mengerjakan baru dapat 3 kuntum roses mekar dan 3 kuntum kudup. aduiii lembabnya buat kerja... jari jemari dan sore. itu tak termasuk centre rose yang patah sebab eksiden... tensen! malam ni nak menguli fondant pula, entah berapa kilo yang larat kukerjakan sebelum tangan mula merungut lenguh nanti. hmmm... nampaknya inti karipap yang kufrozenkan terpaksalah duduk lama dalam freezer, bagi laluan pada wedding cake dulu.

pagi tadi masa hantar fahmi ke pintu sekolah, teacher lilies bagitau yang fahmi akan masuk 3 acara masa konsert nanti. i already knew that dia akan buat tarian tradisional berkumpulan. adalah sekali dua dia tunjukkan gerak tarinya kat rumah, itupun lepas didesak. he's very reserved when we talked about his konsert. teacher lilies kata he was hand picked by dr suhaimi to lead the choir menyanyikan lagu "london Bridge" sebagai drum major. so mama kenalah latih dia buat gerakan kat rumah tiap2 malam.

lepas tu dia pun terpilih untuk acara pakaian beragam. amboi banyak juga acara dia ye. acara ni betul2 buat aku tersenyum sendiri sebab a few days ago aku baru je bercerita kat fahmi tentang acara pakaian beragam his pak ngah masa kecil2 dulu. pak ngah jadi pengantin lelaki siap ada pasangan lagi. the reason i brought up cerita tu saja je nak kasi dia seronok so that dia tak rasa segan buat persembahan nanti. tak kusangka pula yang fahmi juga terpilih untuk jadi pengantin lelaki berpasangan dengan lydia as the bride! kuang3x... sambut menantu lah aku hari ahad ni ye? hahaha wedding orang, menantu aku!

hmm... baju sanding dah ada, nak kena cari sampin dan tanjak lah pulak. mana nak cari eh?

Thursday, 5 November 2009

Bengang Tahap Gaban

sure gaban pun pelik apasal tetiap kali orang bengang sebut nama dia.

during my visit to our new house last week i was happy to see that furbishing works are in progress. the contractors were busy fixing the wardrobes. we have carcass wardrobe at the walk in-robe and a 9 feet wardrobe in our masterbedroom. we ordered the kids wardrobe to be in white-pink color for yaya and white-blue color for fahmi. we insisted the wardrobe frame to be made from plywood instead of chipboard mainly for its durability. we were happy that the contractor is willing to offer us rm250 per foot run for the wardrobes.

but i was so upset today when i found out from hubby (who had a meeting with the contrcator on our kitchen cabinet) that the color combination for my children's wardrobe were totally out. instead of white-pink it became white-red, and white-blue became white-orange! they used lighter tone finishing for maid's wardrobe as opposed to darker tone that we chose. i was upset by this point of time. but that's not then end of it. what change my mood from upset to outrage was when hubby told me that the contractor confess that they had mistakenly ordered chipboard frames for the wardrobes instead of plywood as agreed!

rasa menggelegak darah kat kepala aku. dah lah last week aku upset sikit bila tengok table top yang diaorang buat kurang kemas cantuman tiles nya. pastu ada area yang kami tak suruh naikkan simen dari lantai diaorang buat jugak. bila tengok wardrobe sedang dipasang hati aku berbunga lah sikit. tapi rupa2nya hampeh.

tau jelah aku ni kalau aku dah naik marah memang serupa hantu, serupa banshee pun ada jugak. i was so mad rasa nak torture je diaorang tu. kucakap kat hubby better get them changed the color combination and redo the frames kalau tak nak tengok banshee meroyan.

i'm so pissed off sebab before ni dah kerap diaorang buat kesilapan, walaupun pada orang lain nampak kecil tapi pada aku itu menunjukkan betapa lah diaorang suka ambil mudah tak check kerja dan tak check order sheet langsung! sebelum ni diorang silap tebuk lubang downlight plaster ceiling kat hall, kat bilik tidur padahal semua tu kami dah siap provide layout plan. hubby spent so much time buat drawing siap dengan notes bagai.

pastu silap tebuk lubang untuk cooker hob, kami juga yang kena bagitau depa dah buat silap. tiap kali kami cakap sesuatu semua dia kata boleh buat takde yang tak boleh, bila kami minta itu ini semua dia kata ada. tapi bila siap lain pulak cerita. macam mana aku tak angin satu badan. aku ni dah lah jenis pendiam, sikit2 punya hal aku rilek dulu tapi janganlah cuba2 nak push aku to the limit, kalau aku rasa macam dah menyusahkan hidup aku memang aku mengamuk.

dengan rectification works ni semua betul2 mengganggu schedule perpindahan kami. rasanya memang dah behind schedule sangat dah ni... sangat sangat tension nak pindah masuk rumah sendiri ye?

Monday, 2 November 2009

"Jom Kita Makan Kat Kedai..."

we eat out last night at a mamak restaurant nearby our house. semenjak lepas raya ni memang jarang sangat makan kat luar. which is bagus juga sebab jimat belanja hehe.

the day before masa balik shopping with yaya aku pass by kedai2 makan berhampiran rumah; tiba2 yaya ajak singgah makan kat kedai. kata dia "jom kita makan kat kedai nak?" aku sedikit terkejut sebab tiba2 je kan dia nak makan kat luar. bila ku tanya nak makan apa sampai nak pergi kedai? she said "kita tengoklah ada apa2 yang menarik". entah apa yang dia seronok sangat nak makan kat luar ku pun tak tahu. tapi petang tu memang tak dapat nak tunaikan permintaan dia sebab aku dah suruh kakak masak nasi untuk dinner kami. mujur yaya ni mudah dengar cakap, dia tak pulak merajuk tak dapat makan kat kedai. cuma aku kata pada dia, nanti kita tanya daddy boleh tak makan kat kedai malam esok.

bila sampai kat rumah aku ceritakan pada hubby pasal ajakan yaya tadi. hubby senyum. dia pun realise lately ni kami jarang bawa anak2 makan kat luar as a treat. fastfood restaurant macam McD, KFC, pizza hut, domino, A&W semua memang kami dah setahun tak jejak. alhamdulillah berjaya juga kami jauhi fastfood, badan kami dah detox daripada bahan2 kimia penyedap makanan. itupun sebab kami ikut kempen boikot US and jews related product. oh kalau nak ikutkan banyak lagi yang tercicir dari senarai boikot tapi yang besar2 ni memang masuk senarai. bukan barang makanan je kami boikot, lain2 barang keperluan pun kami dah tukar kepada brand lain. ubat gigi kami pakai miswak, halalgel atau mukmin.

sebut pasal makan, aku nak cerita sikit pasal selera makan anak2ku terutama fahmi. baru2 ni dia cerita kat kami yang dia selalu tolong habiskan makanan kawan2 kat sekolah. sebelum ni memang cikgu dia ada cakap yang cikgu2 kat sekolah tu cukup suka tengok fahmi makan sebab dia berselera compared to others yang susah bila disuruh makan. aku pesan kat fahmi lain kali kalau nak tambah nasi or mee whatever minta pada cikgu, jangan habiskan makanan kawan.

alhamdulillah anak2 aku ni takde masalah bab makan, cuma yaya je yang agak cerewet sikit. tapi both of them memang aku tak ajar makan jajan, aiskrim, coklat or gula2. aku tak nak nanti bila diaorang dah terbiasa makan jajan selera makan jadi hilang. yelah sebab tekak dah terbiasa dengan artificial flavour, MSG etc. mujur juga aku dah ajar anak2 kalau dapat bungkusan jajan kat sekolah bawa balik rumah dulu, biar mama or daddy screen, kalau halal baru kami bagi diaorang makan. kebanyakkan yang di bawa balik atau dapat daripada kenduri kawin or bitrhday party terpaksa kami buang sebab kandungan bahan yang meragukan. ada juga yang terang2 tulis gelatin. mujur budak berdua ni tak kisah sebab dah biasa dilatih sebegitu. pernah sekali ada mak cik sebelah bagi jajan kat diaorang, dari luar rumah fahmi menjerit "mama tengok ni halal tak?" tersipu2 mak cik sebelah. mujur anak aku tak cakap "mama tengok ni ada pig tak?" lagi haru...muakakaka

Friday, 30 October 2009

Veggie Lasagna

i made gulai ikan tongkol for dinner last night, which I cooked in advance on Thursday night and keep it refrigerated. although our dinner mostly prepared by kakak but there are a few hidangan tertentu which I still don’t trust her to cook for us mainly to preserved the taste. one of them is gulai ikan tongkol. she can cook ayam masak merah, rasanya boleh diterima tekak kami and it is a weekly must have for the kids. but not lauk2 yang berempah like curry, I found that dia belum possess the flair to balance rasa all the spices. well, can’t blame her can i, sebab cikgu dia ni pun tak terror masak kari okeh.

since ikan tongkol cuma seekor aja dan gulai tu pun jadi hidangan lunch the kids, aku risau lauk dinner tak cukup. so i made a small portion of vegetable lasagna for myself which can also be eaten as side dishes by hubby (in case lah dia tak tahan tengok lasagna tu kan).

aku letak sliced mushroom, carrots and eggplant dalam my lasagna dish (tapi dalam pic ni tak nampak semua tu). sangkaku with all the veggies inside the kids takkan teringin punya because they don't really like veggies terutama yaya yang sangat alergic dengan hijau2an ni. even carrot pun kadang dia tak nak makan.

tapi punyalah teruk my kids's obsession with lasagna ni kan. sampaikan dia tak kisah all the veggies diaorang nak hentam juga. mula2 tu tarik muncung panjang juga masing2bila aku kata ada veggies... tapi dia orang tak peduli nak juga.

hmm.. maybe next time kalau nak suruh yaya makan veggies letak je dalam lasagna kan?

Thursday, 29 October 2009

Fahmi's Craving

what's in fahmi's lunch box today? 5 pieces of mini doughnut dipped in chocolate and covered with choc rice. kenapa dia bawa 5 pieces? sebab dia nak kongsi dengan kawan2 dia. eh takkan dia makan donut je for lunch? dia makan nasi yang disediakan kat kindy for lunch, donut tu tambahan je.

tau tak fahmi ni sejak lepas puasa selera makan dia menjadi2 sangat. badan dia pun dah jauh beza dengan dulu, muka bertambah bulat. ada satu pagi tu dia sarapan nasi goreng kat rumah, pastu kat sekolah dia makan lagi. bila balik rumah dia makan nasi dengan lauk pauk tapi at the same time siap pesan kat kakak simpankan nasi goreng baki sarapan pagi tadi for him. and nak tau tak, tengahari tu dia nampak aku makan sandwich tuna for lunch pun dia suruh simpan untuk dia makan petang nanti. naik takut aku tengok perubahan dia.

donut ni pun dia yang minta buatkan sejak 2 malam lepas. tiba2 datang pulak teringin dia. aku cuba resipi baru sebab yang dulu tu rasa kurang gebu, tapi hampeh macam ada yang tak kena je dengan resipi baru tu, doh aku bantat. jadi malam tadi aku cuba pulak resipi lain hasil goggle kat internet, resipi asal chef terkenal hanieliza ni calls for susu tepung tapi kutukar kepada susu segar. nah jadi pun donut yang gebu. dapat 30 biji semuanya.

baki 24biji kugoreng separuh masak, lepas tu frozenkan

mula2 aku sangka fahmi mesti nak bawa banyak ke sekolah. rupa2nya dia cuma bawa 5 biji aja. bila kutanya cukup ke 5 aja, kata dia bekal donut ni dia simpan dalam beg, masa kelas agama sebelah tengahari baru dia buka makan dengan kawan. kelas agama tu hanya 4 orang je yang attend termasuk dia. so kiranya dia dapat makan 2 ketul dan baki diagih2kan kepada kawan2 dia 3 orang. bijak anak mama... hehehe

lepas ni dia nak suruh buat kek strawberry pulak coz he said dia dah terlepas cakap kat kawan2 dia yang mama dia pandai buat kek strawberry. hmm bila pulaklah aku buat kek strawberry ni. ada2 je akal dia nak trap mama.

Tuesday, 27 October 2009

Our Dilemma

with our plan to move in to our new house by end of november, it is anticipated that these few weeks approaching that date and few weeks thereafter going to be the most hectic weeks in our life.

bukan setakat packing and unpacking things aja, but with kerja-kerja memasang cabinet yang masih belum siap dan basic essentials yang belum cukup lengkap tambah kelam kabut jadinya. itu baru hal rumah yang akan diduduki nanti. perkara lain yang perlukan perhatian kami ialah finding a suitable school for our children. fahmi's current kindy dah mula bagi borang untuk registration for next year school semester, yaya's smart reader pun dah bagi registration form with fees structure. but we have to pass sebab next year kami dah tak tinggal sini lagi.

fahmi will be 6 in january, while yaya will turn 5 next year. kalau sebelum ni hanya fahmi aja yang betul2 attend daily kindy, next year yaya will have to follow suit. we did our survey tapi tak banyak kindy yang reliable kat area U10. kat AB sendiri cuma ada tadika manja ceria (yang dah ditarik lesen program lil caliph) and another kindy yang yet to be launch. i heard they going to name it tadika mindaemas. sounds promising but i've never heard of it before. is it another franchise programme?

we (me & hubby) dah discuss. we are not going to send fahmi or yaya to tadika manja ceria especially now with their licensed revoked dan macam-macam hal lain yang tak settle. that's left us looking for other kindy di luar AB but within U10. di neighbouring nusa rhu ada Q-dees, hubby's friends kata bagus. but we have to pass sebab fees dia a bit too high for us. yang tinggal kini cuma smart reader di sunway kayangan dengan annual and monthly fees yang affordable. unfortunately with my impending plan to "look for greener pastures" (since it won't necessarily comes with better $$ package), $$$ is going to be very tight, we can only accomodate 1 seat for smart ready kindy but not 2. iskkk...

itulah yang menyebabkan kami suami isteri bertegang urat sekejap. bukannya gaduh pun, it's just that cara kami brainstorming tu kadang2 so intense, tapi lepas tu bila otak masing2 dah cair mencurah2 ilham tiba hehehe.

so begini ilham yang aku dapat:

Fahmi will get the priority seat ke smart reader kindy next year.

Rationale
Di bahu fahmi sebagai anak sulung ada tanggungjawab yang besar untuk beri contoh yang baik kepada adik dia. He is the role model, apa yang dibuat akan mempengaruhi adik dia. So we have to do it right with him in order to do better with yaya.

We also note yang fahmi ni his nakal side can get the better of him dan mengganggu konsentrasi terhadap pelajaran. He needed to be put under a rigorous program yang boleh mengawal tingkah laku dia dengan lebih strict. We want to give him as much exposure he can absorb, let him have the best for now supaya nanti bila dia dah pandai berfikir sendiri hopefully ilmu yang dia dapat ni membantu dia buat keputusan masa depan. Phewww! that's a very serious note!

Yaya for now she has to settled for a normal kindy. kemungkinan besar tadika mindaemas.

Rationale
Yaya masih ada 2 tahun lagi untuk dapat pendidikan pre-school. We took into account that she is the type yang suka belajar, apa je new lesson yang abang dia belajar dia akan menyibuk juga nak ambil tahu, buku iqra' abang dia pun dia dah boleh baca. So we intend to manipulate her interest for books and lesson and her openness to be train/educate and her easy reception towards ilmu. Let her go to normal kindy, but at the same time she will (I believe) benefit from ilmu dan pendedahan yang abang dia dapat. At this stage we feel that it is much easier to shape her. God willing, bila dia turns 6 nanti iaitu bila fahmi dah masuk standard 1, giliran yaya pula ke smart reader. Hey, we can even continue sending her to saturday tutorial class next year.

Parenting, tak semudah yang aku pernah bayangkan. takde buku yang boleh mengajar dengan tepat. we are writing our children's path... aku berdoa sangat2 yang we make the right choice for them. we have so much hope for them... well which parents don't. dengan $$$ constraint, this is the best arrangement i can think off.