Thursday, 28 January 2010

Rempah Kari Homemade

Dah lama tak masak kari, rasa kecur liur pulak nak makan kari ayam yang ditumis dengan rempah kari buatan sendiri. Dah jemu makan kari dari rempah baba’s, lagipun baru2 ni aku dapat tau dalam rempah kari baba’s ada MSG. terus je tawar hati dah nak pakai rempah kari baba’s. tapi itu bukanlah sebab utama aku masak kari guna rempah buatan sendiri. Rempah buatan sendiri ni memang tak boleh nak dibandingkan dengan baba’s ke adabi ke. Sedap dia lain macam – ni ikut tekak akulah, tekak orang aku tak tau. Dan harus kuakui kesedapannya tidak ada kena mengena dengan air tanganku. Rasanya cara penyediaan rempah yang perlu ditumbuk atau digiling serta fresh pulak tu yang buat aroma kari betul2 terasa. Tapi bagi yang suka kari ala2 mamak tu just stick to baba’s, allagappa’s dan sewaktu dengannya ye. Sebab rempah kari yang kubuat ni rasa2nya boleh diterima oleh tekak melayu je hehe.

Kalau rasa nak mencuba meh lah tengok apa bahan2nya. Owh jangan risau takde bahan pelik2, semuanya ada kat dapur masing2 ;-). What you need untuk hasilkan rempah kari bagi sukatan 1 ekor ayam:

Bahan A (kering)

1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
½ sudu teh lada putih
½ sudu teh biji lada hitam

Bahan B (Basah)

½ inci kunyit
¼ inci halia
8 tangkai cili kering (direbus & toskan)
5-6 ulas ulas bawang merah (yang kecil2 tu)
3 ulas bawang putih


Rendam bahan2 A selamat sekurang2nya ½ jam atau sehingga ketumbar/jintan lembut dan kembang, kemudian ditoskan. Pastu samada ditumbuk atau digiling hingga lumat bersama2bahan2 B yang dimasukkan secara berperingkat. If you have low tolerance untuk berlama2 di dapur (like me... sometimes nak cepat je), bolehlah campak je semua bahan A & B ke dalam food processor atau blender, kisar sampai lumat. Cuba cium bau rempah tu…emmm harum jer hehe. Pastu bolehlah tumis dengan rempah 3 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage. Oops jangan lupa daun kari, tapi kalau takde pun ok juga ;-) step seterusnya sambung sendiri lah ye, semua orang pun dah tau macam mana nak masak kari, i just share with you cara2 nak buat rempah sendiri je.


For those yang tertanya2 if I invented the recipe, the answer is NO. resipi kat atas adalah resipi asal my mil. She never use rempah kari yang dijual di pasaran. I guess pasal itulah mil kalau memasak mesti lama coz she prepare all the bahan2 from scratch! Pun begitu kari ayam dia tersangatlah sedap. Tapi biasalah orang tua2 masak main campak2 je mana ada sukatan tertentu. Sukatan tu aku yang agak2 sendiri from my observation. selamat mencuba!

Tuesday, 26 January 2010

Housewarming Cum Birthday Party

fahmi's birthday cake yang comot coz mama dah penat banyak kerja. tak kuasa tunggu coklat mengeras sedikit sebelum dipipe atas kek, that's why dia meleleh ke tepi. replica racecar team brawn tu ada rupa ke tak? hehe i know i miss a few small details on the car like it's team logo...

alhamdulillah housewarming sabtu lepas was a success. biarpun badan terasa masih penat sebab organise 2 majlis selama 2 hari berturut2 tapi rasa puas sebab kali ni dapat layan tetamu hampir 100%. . tetamu tersangatlah ramai sabtu petang itu. punyalah sibuk melayan tetamu sampai terlupa nak snap gambar. kalau selalunya aku masih punya masa untuk take pictures kali ni kamera langsung tak lekat kat tanganku.

dan sememangnya hajat ku kali ini nak beramah mesra sepuasnya dengan tetamu yang terdiri daripada jiran lama & baru serta rakan2. nampaknya benar2 kesampaian hajatku ;-) . pun beigtu kalau ada yang aku terlepas pandang tu kususun sepuluh jari mohon berbanyak maaf. harap semua berpuas hati dengan hidangan ringkas yang disediakan.

majlis pertama berlangsung pada sebelah malam hari jumaat. majlis ni memang khas untuk jemaah surau, kami jemput untuk tahlil arwah, bacaan Yasin serta doa kesejahteraan sempena masuk rumah baru. sepatutnya sebelum masuk rumah kita buat semua ni kan? sebenarnya sebelum pindah tempohari aku sendiri dah buat bacaan Yasin dan baca surah2 pelindung rumah, pagar & berkubu. kali ini buat secara berjemaah lah pulak. untuk jemaah surau malam tu aku cuma sediakan hidangan nasi lemak berlaukkan rendang ayam serta nasi putih berlaukkan sambal udang, masak lemak pucuk paku, talam suji, buah oren dan karipap yang dibuat khas mil.

mil sampai jumaat petang masa aku tengah sibuk memasak kat dapur. mujur juga mil & sil ada bleh tambah2 tangan yang menolong. kalau tidak setakat aku berdua je dengan kakak pengsan! ramai jemaah yang datang, budak2 bujang student uitm depan rumah pun datang juga. habis je berkemas rasa nak patah pinggang.

untuk housewarming hi-tea petang sabtu tu pulak aku takdelah masak banyak sangat pun. memang sengaja tak nak memasak sangat sebab tak nak kelam kabut nanti penat tak dapat layan tetamu. so, biarpun nak goreng bihun tu kerja senang tapi aku ambil pendekatan tempah je kat orang heheh. yang disediakan dirumah cuma kari ayam, roti jala, karipap (again, this time aku buat sendiri), sandwich tuna & telur, finger food for the children - mini sausages & nuggets, variety of cakes dan tentunya birthday cake tema racecar yang dibuat khas untuk anak teruna kesayangan. my mum dari seremban bawa serawa durian, bubur kacang hijau serta satay ayam yang ditempah from my uncle. satay ni betul2 buat hidangan lain kecil hati, laris sesangat. atau mungkin mana2 majlis sekalipun kalau dihidangkan satay je orang dah tak pandang benda lain?

nah sekarang cuci mata dengan gambar kek harijadi fahmi. main kek dia tersangat comot. aku dah tak cukup masa nak gubah comel2 sebab rias kek last minit. sekejap rias kek, sekejap lari ke dapur bancuh adunan roti jala, sambung rias kek pastu lari ke dapur ... begitulah aku sampaikan mil pun pening tengok aku. hahaha. apapun aku tersangatlah terhutang budi dengan mil, sil, my family from seremban yang sebaik je sampai terus masuk dapur sampai majlis selesai.
cuppies racing track ni was inspired by ratukek. sengaja kubuat race tracknya bentuk nombor 6 to resemble fahmi's age. tapi nampak senget pulak no. 6 tu ye!



ada terselit pic hani.
thanks to nina & watie yang sempat luangkan masa datang ke rumah tempohari. seronok tengok keletah ayuni...ramah sungguh dia paut tanganku ajak temankan naik tangga ke tingkat atas. ramah ayuni ni ikut siapa ye, nina? ;-)

Monday, 25 January 2010

Fahmi Gets A New Bike

fahmi gets a new bike for his birthday present. it's a raleigh. and it has 2 wheels je! fahmi dah boleh ride without the support of extra wheels.
tengoklah dia, he's so happy terus je kayuh his raleigh sebaik sampai kat rumah petang tadi, walaupun kaki tak sampai nak jejak ke tanah. hubby took half day leave tadi semata2 nak bawa fahmi pergi beli basikal. fahmi personally choose the red raleigh. puas hati dia kali ni berjaya dapat basikal. he has been asking for a new bike sejak last year tapi kami sayang nak ganti le run biru dia dengan yang baru. i got his le run dulu dengan redeem reward points credit card. kali ini hubby spent almost rm400 on his new bike.

now, kami terfikir, should we get yaya a new bike juga for her birthday in april? what do you think?

Tuesday, 19 January 2010

Salin Kulit

We’ve been meaning to paint few rooms in our house kononnya nak buat feature wall before we moved in. but we never get around to do it because of the delays in refurbishing works. We were busy with the children’s school registration and re-organising things in the new house in December. So I planned to decorate and paint the rooms in January. Unfortunately hubby wasn’t in the mood for paint work in the past few weeks whereas I was extremely occupied with baking I couldn’t do the paint work myself.

Last weekend selepas kejadian ben10 disaster - something that i will talk about in my next entry - we went straight to the hardware store to buy the paint. Dalam hati berharap moga2 bila tengok rumah berubah warna nanti reda lah sikit kesedihan dek ben10 disaster. I am so in to brown, but brown seems dah out dated sikit sebab I’ve been reeling over brown for a year now. Tapi nak move on to a new colour kena ambil masa yang lama pulak nak build up ‘kecintaan’ pada warna baru. Alamatnya sampai kesudahlah tak bercat dinding tu nanti.i have this thing about colour, kalau tahun tu mood aku ke arah purple, maka semua benda daripada baju, bedsheet etc mesti purple. Tahun ni belum sampai lagi idea baru warna apa nak guna so I stick to brown.

We bought satu tin 5litre jotun paint in brown colour with orange hue. They have macam2 shades of brown sampai berpinar mata nak pilih. Hubby started painting the feature wall kat dining room dulu. I left him alone while I was busy making frozen currypuff in the kitchen. When he’s done halfway barulah kujenguk. Berdebar2 hati nak tengok the outcome but once I’ve seen rasa teruja sangat. It turns out as I expected, not too dark, I think the orange hue somewhow buat warna brown tu memantulkan cahaya so that the dining room takdelah nampak sempit. The dining room luas sebenarnya but once we erected the divider and put a 8 seater dining table jadi nampak kecil sikit ruang tu.

Hubby pun excited with the outcome he continued painting the feature wall kat living room pulak. Haha mood dia dah datang lah tu sampai suruh berhenti jamah minum petang pun tak mau. The chicken curry pau yang kubuat tak dijamah pun! Tu diaa… he only finishes painting pukul 7 petang.pau kari ayam gebu yang kufrozenkan. Bila2 nak makan defrost n letak dlm periuk nasi je

Walaupun kami suka dengan warna dinding baru tu tapi I realized that it’s going to take us a while juga nak get used with the new colours. For one warna asal putih menyebabkan rumah yang luas tu nampak too spacious. Have I mentioned before yang at one time hubby komen kata rumah kami nampak kosong sampai aku terpaksa beli day bed letak kat tv area supaya ruang nampak sedikit padat? the day bed that cost me an extra hole in my pocket!

Sekarang dengan dinding bercat coklat bila jejak je kaki masuk rumah mesti kami terpempam sekejap. Bukan apa kami tercari2 mana ruang yang luas dulu menghilang? Hahaha… I told hubby lepas ni tak yah sibuk2 tambah perabot lagi dah. ;-D
the dining room/area

our new living room

Wednesday, 13 January 2010

Demam

yaya tak ke sekolah hari ini. i give her a day off from school sebab badan dia terlampau panas walaupun pagi tadi dia tetap bangun awal dan masih bersemangat nak ke sekolah. bagus betul anak mama ni.

tengah malam tadi masa dia paut lenganku terasa macam bara api. bibir dia pun dah kering. minggu lepas dia ada bagitau yang sorang kawan dia kat kelas selsema. i guess dia berjangkit lah tu. kalau sebelum ini aku tak favour sangat gunakan suppository untuk redakan panas badan anak2 tapi kali ni aku tergerak hati nak guna suppository on yaya.

selalunya kalau yaya demam panas (yaya sorang aja yang kerap demam panas, fahmi jarang sekali) aku beri minum ubat demam aja sambil buat sponging yang kerap. tapi mengenangkan sekarang ni dia dah mula sekolah aku tak nak dia miss out on school lama2. biar demam dia cepat reda supaya she can go back to school dan aku juga tak mau dia spread her virus to others. so i guess this time around i'm prepared to let her stay at home lama skit until she recovered.

me on the other hand tersangatlah sibuk. faham2 jelah apa yang aku sibukkan. minggu ni aku dah tolak satu order sebab bertembung tarikh. kalau ikutkan nafsu tamak memang semua order nak sapu tapi aku tak mau macam tu. takut hasilnya tak memuaskan. nak tak nak terpaksa kecilkan hati sorang customer ni yang juga jiran setaman. minggu depan nak berehat sekejap, tapi selalunya kalau aku cakap nak berehat sekejap sure order baru jadi liat terus... huhu.

tapi serius next week i'll be busy merancang majlis housewarming. since akulah party planner, akulah shopper, akulah chef, akulah cook, akulah floor manager maka kenalah aku mulakan kerja secara beransur2. maklumlah kita kan wanita bekerja, manalah ada masa nak buat semua preparation serentak dalam satu hari.

since it's going to be a hi-tea, i've drafted up menu yang dominated by kuih muih dan hidangan ringan je. hubby minta aku sediakan bermacam jenis kek untuk jamu his friends but i don't think i'd be able to make all of them. masalah masa satu hal, storage pun satu hal coz fridge kami kecil je. the night before the hi-tea kami jemput orang surau untuk tahlil, nak kena masak sendiri juga tu. so, kali ni tak mau tersungkur tersembam memasak segala2nya sendiri, aku tempah je a few menu hehe. so friends, siapa yang tak dapat invitation card lagi please send a blank email to juzcakes@gmail.com so that i boleh hantar invitation with map.

Monday, 11 January 2010

Kenapa Hitam? Kenapa Tak Putih?

malam tadi lepas makan malam aku & hubby diterjah soalan yang sangat tak diduga datangnya dari fahmi. secara tiba2 dia bertanya "kenapa abang dengan adik hitam?" hubby jawab secara berseloroh " sebab mama abang pun hitam, daddy pun hitam, jadi anak2 pun hitam"

aku tak puas hati dengan jawapan yang diberikan hubby. aku tak fikir soalan fahmi tadi should be handled too lightly. maka aku bertanya balik kepada fahmi "hitam tu warna yang macam mana?" aku tunjukkan padanya remote astro yang ketika itu paling hampir denganku. "ini hitam, kalau benda ni hitam, sama ke dengan warna kulit fahmi?" fahmi terdiam. i told him "mama, daddy, fahmi & yaya tak hitam, kita ni... coklat, warna kulit orang melayu memanglah macam kita"

berkerut2 dahi fahmi tak puas hati "kenapa abang tak putih macam syahrin, nana?" my reply was "syahrin putih sebab mama dengan abah dia putih, fahmi coklat sebab mama dengan daddy fahmi coklat" then i went on again "kalau fahmi putih tapi mama dengan daddy fahmi coklat peliklah pulak nanti orang tanya fahmi anak siapa?" terus fahmi diam tapi kulihat kerut di dahinya masih ada.

i didn't expect fahmi to bring up this topic secara tiba2 malam tadi. entah kenapa timbul persoalan itu cuma aku harap janganlah dia ada simpan rasa rendah diri disebabkan warna kulit. i used to be teased by friends and even my uncle disebabkan dalam adik beradikku akulah yang paling gelap. nak buat macam mana kan dah ditentukan Allah swt aku ni mewarisi kulit gelap abah while my 2 brothers agak cerah with my 2nd brother (abah syahrin & nana) being the fairest one - he took after my mother with his fairer complexion and sharp nose.

kadang2 aku sendiri tak faham kenapa warna kulit gelap tu selalu dianggap tidak cantik, comot atau kotor. ya mungkin sebab kotoron selalunya hitam, yang bersih selalunya putih. atau mungkin sebab kelemahan manusia itu sendiri yang suka menilai luaran dan bukan dalaman seseorang dalam membuat tanggapan.

apapun aku tak mahu anak2ku membesar dengan menilai orang dari segi luaran. aku tidak berpendirian begitu, aku mahu anak2ku juga tidak begitu. biar hitam atau putih (i'm using the term loosely) yang penting iman dan taqwa yang dinilaikan kelak.

biar tidak cantik diluar tapi hati budinya cantik dan disenangi orang. cuba bandingkan buah epal merah yang licin dan berkilat kulitnya dengan durian yang tajam berduri dan tidak ketentuan bentuknya, yang mana satu dikejar orang? physical does not matter.

persoalan semalam buat aku tersedar lagi, anak teruna aku dah makin besar. soon banyak lagi persoalan darinya yang harus aku tangani. owh i'm moving on to another phase of motherhood, how fast time flies!

Sunday, 10 January 2010

Kerapu Masam Manis

jarang masak masakan melayu sebab aku sendiri jarang masak sekarang! ;-P kalaupun masak dihujung minggu aja itupun masak western menu atau ringkas2 aja. tapi hari ni aku masak style melayu lah pulak. hubby beli ikan kerapu dekat pasar malam 2 hari lepas, minta aku masak kerapu masam manis. dah alang2 buat kerapu masam manis aku lengkapkan dengan udang goreng tepung sekali. alahai menu sebiji macam kedai cuma tak tambah MSG aja. sorry ye kat rumah ni MSG dilarang masuk. tak acilah masak sedap sebab perasa tambahan.