Wednesday, 8 December 2010

Stuffed Burger

Few days ago i watched this program called "Best Food Ever" on channel 707 Travel & Living, astro. On each episode they will show you 10 best ever food using a particular ingredient. Yang I saw tempohari, the theme was cheese. Jadi they travel from one state to another (all within US) untuk cari restoran yang provide food paling sedap made from cheese. Macam-macam food they show tapi paling saya ingat ialah mini cheesecake, cheese fondue where you can dip not only fruits tapi vegetables in it dan yang paling saya tertarik ialah cheese stuffed burger. Nampak menggiurkan sungguh melted cheese di tengah-tengah burger tu.

Jadi malam tadi, our dinner was cheese suffed burger with potato chips. Hubby terkejut tengok size burger yang besar gedabak tu. Bukan sengaja buat besar tapi bila stuffed dengan cheese dia jadi membuncit dan sebenarnya tak boleh nak buat nipis nanti mudah pecah. The burger patties saya buat 1 hari awal, biarkan frozen supaya the patties tak mudah lerai. Walaupun besar tapi saya berjaya juga habiskan burger ni! Bukan sebab lapar pun tapi kerana sedap :-). Saya tidak gilakan cheese tapi saya suka cheese. Saya cuma guna mozzarella cheese je untuk stuffing burger ni. Rasanya kalau guna campuran cheese lain tentu lebih sedap tapi nak cari cheese halal tak mudah. Kena pergi worksyop kat Langkawi where this Italian muslim buat cheese halal, tapi harga dia berkali ganda lebih mahal. That's the price you have to pay for halal food terutama food yang bukan berasal dari sini. Somehow I couldn't help but feel halal food ni dah masuk category luxury pulak - bukan setakat dari segi harga semakat-mata, tapi dari segi availability nya di pasaran. Patutlah ramai yang tutup mata je bila bab pilih makanan. Tapi jangan lupa, mencari yang halal itu adalah kewajipan setiap muslim. Jihad, kawan-kawan. Heee cukuplah tazkirah hari rabu :-).


The potato chips pulak saya cuba apply tips yang diberi oleh seorang teman sekerja berpangkat ayah yang juga seorang ex-academician yang suka memasak! Dia ni sangat tak kedekut ilmu. Tips ni pun dia dapat daripada seorang kawan wargan US yang pernah operates a restaurant di negara kelahirannya. According to him, kalau nak dapatkan potato chips yang berkulit (macam chips kat restoran tu yang isinya lembut gebu tapi luarannya macam seperates from isi), you got to fry the chips until half cook then transfer ke peti sejuk bahagian freezer. Biarkan sekejap, lepas tu goreng semula dengan minyak yang betul-betul panas. Chips saya agak rentung, sebenarnya tak rentung pun tapi mengalami proses browning yang berlebihan kerana kelemahan kawalan api. Bukan saya, tapi kakak punya kerja. Next time nak panggang je dalam oven :-).

3 ketul baked chicken wings for Yaya. Minah ni kurang suka makan burger, mesti dia tak boleh habiskan walaupun saya buat kecil cinonet. Masa pergi cold storage dia yang sambar chicken wings ni. Balik rumah saya perap dan bakar untuk dia. Sekali hadap 3 ketul dia habiskan. Lahap, tapi sebab dia tak makan nasi seharian.

So now you know saya belajar masak dari pelbagai sumber yang tak dijangkakan. From a professor to a bangladeshi labour. Saya belajar buat vadey daripada budak Bangladesh yang kerja kat kompeni saya. In return saya ajar dia bancuh air sirap oren yang saya gelar sebagai fruit punch sans the fruit pieces. Sehingga hari ini orang-orang di ofis sangat amaze dengan fruit punch budak bangladesh ni sehingga menjadi buah mulut ramai sejak bertahun lama sehinggalah budak bangla tu dah tak kerja sini pun masih disebut-sebut orang. Ada yang rindu nak minum fruit punch tapi tak tahu nak buat.Tanpa any of them tahu atau sedar bahawa saya yang masih ada di situ adalah orang yang introduce fruit punch kepada dia. Kekadang terasa juga bila orang sebut-sebut depan saya, tapi saya diamkan aja. Apapun, I thank my mum sebab saya belajar from her ;-).

Beef pie ni saya buat petang semalam sebelum keluar ambil angin kat playground with the kids. Rajin kan saya? :-P. Filing tu sebenarnya adalah left over lauk blackpepper beef yang kakak masak last week. Tak habis sebab dagingnya liat. Daging korban tak tau bahagian apa, sepatutnya kena rebus dulu kejap bagi empuk, tapi kakak punya kerja dia hentam je masak macam masak daging batang pinang. Sakit gigi dan gusi saya. Incik hubby lagilah, jeling pun tidak. Daripada terbuang saya cincang dagingnya dan masak semula letak diced onion dan kentang. Simpan dalam fridge dan petang semalam saya buat beef pie. Lauk recycle ;-). Jangan membazir!

nota kaki yang panjang untuk puan ila s2m3r & puan shida:
ni resipi buat beef patties sukatan agak-agak sendiri ye.

mince meat (dalam 300gm boleh hasilkan 4 ketul beef patties)
1 biji bawang dicincang
1 sudu kecil serbuk paprika (klu takde ganti serbuk cili)
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar serbuk roti (buat sendiri guna sekeping roti yg dikeringkan dan kisar halus)
1 biji telur dipukul
sedikit mixed herb McCormick
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
keju mozzarella/cheddar diparut

Gaul semua bahan kecuali keju. Telur letak akhir sekali, letak sikit-sikit, berhenti bila dah boleh bulatkan doh tanpa lerai. Bahagikan kepada 4 bahagian. Setiap satu bahagian dibahagi 2 pula. Leperkan setiap satu bahagian, letak inti keju ditengah dan tutup dengan lapisan kedua. Tekankan sikit dan bentukkan kelilingnya supaya betul-betul melekap. Bekukan dulu semalaman atau for at least 1 hour before cooking. Masa nak masak tu letak minyak atau butter sikit, jangan tak letak langsung sebab nanti beef patties kering sangat. Patties kat kedai tu banyak lemak tambahan pasal tu bila masak dia bertambah keluar minyak. Yang buat sendiri ni takde lemak tambahan jadi kena sapu butter masa masak. Sekian ;-)

Monday, 6 December 2010

Genap 1 Tahun & Tahun Baru Hijrah

We had a quite weekend at home yesterday. Takde aktiviti tertentu. Hubby was away on his cycling jamboree. Saya pula berehat semahunya - a long extended rest dek kerana mendahulukan hal-hal yang lebih mendesak i.e. menguruskan anak dan rumahtangga sepanjang maid tiada, aidil adha, children's concert, khatan Fahmi and baking commitments. Best betul dapat stretch my legs semalam tanpa perlu risau dihambat kerja-kerja yang belum selesai. Saya sudah melangsaikan segala tuntutan yang memerlukan my immediate attention, maid juga sudah lebih seminggu balik ke pangkuan kami, jadi tibalah giliran untuk saya berehat. Now I'm taking a week off from baking supaya saya boleh tumpukan perhatian kepada diri sendiri dan anak-anak (bukan tunggu pergi holiday je baru nak spend masa dengan anak).

Pokok-pokok di laman rumah juga sudah lama saya abaikan. Dah macam hutan pula pokok-pokok kecil menjalar, rumpai jangan cakaplah. Diam tak diam semalam, 5 December, genaplah 1 tahun kami duduk kat rumah baru ni. Rasa cepat je masa berlalu tapi tak terasa pun macam dah lama duduk kat sini. Masih terasa macam baru pindah. Mana taknya, dalam stor dan bilik belakang masih ada few items yang elok berbalut kemas belum di buka hihihi. Tapi mostly adalah frame gambar yang hubby tak benarkan saya gantung. Kami ada banyak gambar keluarga - hasil daripada aktiviti bergambar raya setiap tahun di studio. Nak saya gantung di family room tingkat atas tapi dinding masih belum di cat. Jadi tunggulah sekaligus. Tapi tunggu punya tunggu tu makan setahun lah juga dah sekarang ni. Dah kena tambah lagi satu kerja yang perlu dibereskan sebelum tahun berinjak.

Bersihkan laman rumah, cat dinding family room, gantung all gambar or decide untuk terus peram dalam stor je, uruskan registration sekolah anak, beli baju sekolah Fahmi since dia masuk standard 1 next year kenalah beli siap-siap. What else? I'd better make my list sebelum saya terlupa. Dah pun masuk Tahun Baru Hijrah. Hal-hal rumah macam nak cat dinding dan gantung frame tu dah jadi semacam basi pulak bila tahun dah berinjak. Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur. Kenalah banyak-banyak muhasabah diri ye. Kejap je masa berlalu, iye tak?

Saturday, 4 December 2010

Fahmi's Day 6

Yeah, I know, my entries dalam minggu ini all centred around Fahmi. He has secara tak sengaja monopolised our life, our thoughts and almost everything we did mesti consider his condition first.

Aik?! Dah tak gantung kain pelikat ke siling? Dah mula pakai seluar? Hee nampak something bulging di celah kangkang dia? Kami guna mangkuk polisteren.

Alhamdulillah, dia sudah agak bebas bergerak ke dalam dan keluar rumah sejak semalam. Itupun lepas kami berhenti gantung kain pelikatnya ke siling. Hubby letak mangkuk polisteren pada celah kangkangnya supaya tak perlu lagi gantung kain pelikat, maka pergerakan Fahmi juga tidak lagi terbatas. I was browsing the internet reading pasal healing proses lepas bersunat dan terjumpa satu blog ni milik ummuabbas . Saya tertarik dengan inovasi serkup mangkuk polisteren untuk melindungi kanak-kanak yang baru bersunat. I told hubby about it, tak sangka pulak lepas saya pergi kerja semalam dia terus cuba kaedah tu pada Fahmi. Fahmi kata selesa dan dia pun boleh bergerak bebas takde takut-takut dah. Sebaik-baiknya guna mangkuk yang tak terlalu besar, saiz yang penjual cendol pakai tu. Yang paling besar buang anak kita terkangkang luas sangat dan tak muat nak sarung seluar. Kalau yang paling kecil takut bergesel dengan kawan baik dia :-).

Sejak pakai mangkuk polisteren tu Fahmi kata dia rasa sihat sangat jadi makan pun dah tak mau berpantang sangat. Dia ikut kami pergi 2 kenduri and makan lauk ayam serta satay ayam bagai! :-)

Wednesday, 1 December 2010

Fahmi's Day 4 - Mimpi Kerana Sayang?


Fahmi berehat atas daybed di ruang tamu sambil bersarapan pagi dan tonton tv selepas saya lapkan badan dia dan salin baju serta kain pelikat baru yang dikirimkan atuknya pagi tadi. Dah 3 hari dia tak mandi, sekadar lap badan dengan tuala basah. Oops pagi tadi saya terlupa bedakkan dia biar wangi sikit. Kalau nenek yang siapkan dia tentu nenek tak lupa tepek bedak tebal-tebal, lepas tu sayalah tukang sapu buang bedak tebal tu semula, heee. Buang air besar atau kecil semua kena orang lain tolong istinjak kan (sopan bangat bahasa saya kali ni, istinjak bagai). Tak tahulah anak orang lain macam ini juga ke semuanya kena mak/ayah buatkan atau anak saya sorang je yang terlebih manja. Kerana nak siapkan Fahmi pagi tadi saya masuk ofis lambat. Kesian pulak nak lantakkan dia pada maid sebab hari ini both me and hubby kerja. Semalam hubby cuti jaga dia dan my mum masih ada. Hari Isnin tempohari saya cuti juga jadi sama-sama dengan my mum jaga Fahmi.

Mujur petang semalam bos besar saya baik hati bagi kelonggaran saya masuk lewat sikit hari ni. Itupun asalnya saya terkejut bila dia kata tak payah masuk ofis lah. Eh biar betul. Tapi saya kenal sangat dia ni, jenis yang suka menguji kita ni suka ambil kesempatan atau sambil lewa sangat ke tidak. Bila saya geleng kepala, dia kata takpelah you masuk petang. Saya geleng kepala lagi kata takpe saya masuk lewat sikit lepas siapkan anak. Punyalah angin baik dia petang tu atau mungkin dia kesiankan anak saya sebab dia juga punya anak and gone through same experience. Tinggi pulak empathy dia petang semalam, susah nak jumpa mood dia sebegitu.

Rumah saya dah kembali sunyi bila my mum and nieces balik. Fahmi lagilah sedih bila nenek balik siap nangis lagi. Agaknya dia terasa bila nenek balik takde lah orang nak melayan kerenah dia sangat. Kalau nenek sanggup duduk tepi dia berjam-jam. Kalau mama dengan daddy dia jangan haraplah sebab dua-dua kerja, balik pun dah malam. Alangkah bagus kalau dapat cuti terus sampai dia dah back on his feet. Tapi semua itu remain sekadar “alangkah…” saja.

Malam tadi saya mimpi Fahmi bangun pagi ni bersiap sendiri. Dalam mimpi tu bila saya teriak kata “kenapa tak tunggu mama” Fahmi kata “takpe Fahmi dah boleh jalan”. Pagi tadi bila Fahmi terjaga saya cerita lah kat dia. Tau apa dia kata? “Mama sayang sangat kat abang lah tu, pasal tu mimpi abang”. Amboiii pandainya dia berkata-kata. Tapi yang bagusnya mimpi itu jadi penyuntik semangat pula kat Fahmi. Dia benarkan saya lap badan dia sambil berdiri dalam bilik air walaupun nak tegakkan badan took a lot of effort sebab masih sakit kata dia. Bila nak turun tangga pun dia jalan sendiri dengan terkangkang walaupun Nampak payah dia nak ambil langkah. Rasanya dia nak tunjukkan pada saya yang mimpi saya itu boleh jadi kenyataan.







p/s: bila lah saya nak berhenti bermimpi pasal orang bersunat?

Tuesday, 30 November 2010

D Day

Ini adalah entry bergambar yang agak panjang. Saya tidak merancang entry ini sewaktu gambar-gambar di bawah diambil tapi selepas saya amati setiap gambar, nyata ianya boleh disusun menjadi kronologi of event yang boleh menggambarkan how the event goes pada hari Fahmi dikhatankan dalam majlis berkhatan beramai-ramai.

This is my boy pada pagi hari Ahad, hari dia dijadualkan untuk berkhatan. He rose early selepas dikejutkan hubby. Saya berniat nak kejutkan dia sendiri pagi itu tetapi I spent longer time in the bathroom sebab masih melayan mata yang terlalu mengantuk dan letih sebab menguruskan kenduri doa selamat untuk Fahmi malam sebelumnya. Mudah juga Fahmi bangun pagi itu sebab kami sepatutnya berada di surau seawal 7 pagi. Sesudah mandi dia datang kepada saya meminta diambil baju melayu. Saya perasan air mukanya berlainan sungguh pagi itu, tenang, lembut dan tak banyak bercakap. Rasa sayu pula sebab saya tahu deep down dia masih struggle untuk terima kenyataan bahawa dia akan dikhatankan pagi itu and there's nothing he can do to avoid it! Takpe sayang, it was my first experience too and honestly mama pun tak tahu how to deal with a situation like this!



Pagi itu kami cuba penuhi segala permintaannya hatta membawa dia ke surau dengan menaiki motorsikal baru hubby with flat tyres! Gambar ini hubby yang minta saya ambil sebelum saya berlalu pergi berjalan kaki ke surau melalui jalan pintas. Saya tak pasti baju apa yang harus saya pakai pagi itu, kalau ikutkan selesa mahu saja saya berseluar trek dengan t-shirt tapi saya sarungkan juga baju kurung. Mujur saya tak buat kerja gila pakai seluar trek sebab dalam perjalanan saya terserempak dengan jiran lorong belakang yang berbaju kurung warna sedondon dengan suami dan anaknya yang juga nak berkhatan pagi itu. Melihatkan suami dan anaknya lengkap bersampin saya rasa macam saya tersilap majlis pula.

Fahmi naik stage dua kali pagi itu. Kali pertama masa terima cenderahati daripada Pengerusi Surau Raudhotul Firdaus, Ust Najahuddin Lateh.

Kali kedua bersalaman dengan YB Khalid Samad, ADUN Shah Alam yang sampaikan sumbangan RM sebagai pembakar semangat anak-anak yang bakal dikhatankan. Fahmi dah salin seluar pakai kain pelikat bersiap sedia nak dikhatankan.

They took group photos too! Smart sungguh anak-anak yang bakal dikhatankan with the fathers. I was told memang ditetapkan dress code hari itu mesti berbaju melayu dan bersampin, sebab itu saya kerahkan juga hubby balik ambil sampin. Mujur rumah dekat dengan surau.

Berarak sambil anak didukung ayah masing-masing juga adalah acara wajib pagi itu! There were 23 kids yang turn up hari itu. Ada keluarga yang hantar 3 anak untuk berkhatan sekaligus. I wonder how the father julang all 3 kids? Kena pinjam bahu orang lain agaknya :-)

Dan acara berarak sambil menjulang anak disusuli paluan kompang! My mum and niece jadi tukang bawa bunga pahar bidan terjun pagi tu. And yes, tekaan anda tepat. The guys yang berbaju celoreng hitam oren itu adalah ahli bomba.

Sakan mereka mandi pancuran air bomba! Seronok bermain air terlupa sekejap kengerian yang menanti.
Tengoklah anak saya, memang hantu air. Ada boys yang tak berkhatan pun join juga main air. Boy berbaju hijau dalam gambar ini adalah anak setiausaha surau yang volunteer untuk jadi peserta pertama dikhatankan! How brave!

Berbeca juga acara wajib! Si ayah kena bawa anak dan ibu dengan beca keliling surau tapi anak-anak saya dan my nieces yang lebih teruja nak naik beca. Saya jadi mamarazi pun cukuplah. Yang lucunya sebaik tiba di depan surau tayar beca meletup! Tersentak pengacara majlis yang sedang berucap. Hampa parents lain bila tak dapat bawa anak naik beca! Hubby punya kerja bawa muatan lebih atau dia yang terlebih berat? Hahaha... malu sungguh.

Dek kerana penat tunggu giliran no.17, sempat saya bawa Fahmi balik makan mee sedap (mee segera) di rumah. Kalau hari lain memang saya tak layan permintaan dia, tapi kerana berkhatan saya turutkan juga. Lagipun sebab dah masuk tengahari dia langsung tak mau makan sejak pagi. Saya tau dia gelisah dan takut menunggu giliran tapi dalam masa yang sama dia tak kisah kalau giliran dipercepatkan because he wants to get it over and done with fast! Dan saya sendiri pun tak sanggup membiarkan Fahmi mendengar jeritan dan tangisan boys lain yang sedang 'dioperasi', sebab itu juga saya bawa dia lari. Mula-mula saya sangka dia tak perasan bunyi tangisan halus. Tapi bila tangisan menjadi-jadi dia mula bertanya "siapa yang nangis tu" Saya kata "adalah tu budak main terjatuh" tapi dia kata "entah-entah suara orang sunat kot" Aduhaiii siapa yang saya nak bohong ni?

Lepas makan mee sedap dan lepas selesai solat zohor saya presented him dengan handheld game yang saya janjikan. Ye, saya tahu sepatutnya saya bagi selepas dia dikhatankan tapi saya kesian sungguh tengok dia asyik melayan perasan takut dalam masa yang sama tak mau mengalah, maka saya decide untuk reward him earlier supaya dapat alih tumpuan dia sekejap. Bagusnya dia ralit bermain game sampailah ke surau. Sampaikan all other kids yang tunggu giliran pun turut sama surrounded him dan selepas itu saya lihat semua kids main games di handphone parents masing-masing!!! What a trendsetter!*lol*

And he continued bermain games sementara doktor do his work on him! Oh, tapi sebelum itu ada drama air mata dan jeritan halus. Saya pegang tangan dia masa doktor inject ubat pelai while hubby pegang kaki dia. Mula-mula dia cuba tahan sakit tapi bila masuk jarum kedua dan entah keberapa kali selepas itu dia menangis juga. Sedih saya lihat dia, pujuk macam mana pun takkan hilang sakit dia. Tapi at least I was there for him. Kalau ikutkan ngeri memang saya tak lalu nak duduk dalam bilik operation tu, dengan bau darah yang hamis saya rasa mual.
Tapi saya rasa, saya bertanggungjawab dalam ini cerita, saya berani letak dia dalam situasi ini kenapa mesti saya larikan diri while he brave his way untuk dikhatankan? Apatah lagi bila boy di katil sebelah makin teruk jeritan dan tangisannya. Tiap kali boy sebelah menjerit, Fahmi mesti toleh. Saya suruh hubby block the view. Bila giliran Fahmi pula menangis dan menjerit saya peluk dan pujuk dia. Dan saya gagahkan juga diri tengok doktor 'mengerjakan' incik bird dia walaupun sampai hari ini saya masih takut-takut nak bersihkan setiap kali dia wee wee.

Lucunya, pada sebelah malamnya bila sakit dia sudah agak reda, itupun after taking his 4th painkiller tablet, sempat lagi Fahmi minta nak makan TELUR MASIN bila dia sembuh nanti!*lol*

Apapun nasihat saya, temankanlah anak-anak lelaki anda sewaktu dikhatankan. Walaupun papan tanda in the makeshift bilik operasi melarang wanita masuk tapi saya redah juga sebab yang dioperasi itu anak kita. Dan selalunya suara ibu itu menenangkan si anak. Kena gagahkan diri sebagaimana anak kita menggagahkan diri to go under the knife/scissor.
Saya masih agak trauma melihat anak saya dioperasi walaupun saya tahu in the years to come kejadian Ahad lepas mungkin dah tak memberi kesan apa-apa lagi pada saya mahupun Fahmi. Tapi sehingga hari ini setiap kali nak tidur malam mesti bayangan dan suara jeritan serta tangisan anak-anak yang dikhatankan itu datang balik. Bila terjaga tengah malam bayangan hari itu juga yang menjelma. Sungguh-sungguh trauma.

Friday, 26 November 2010

2 More Days To Go

We are counting 2 more days to go before our Fahmi dikhatankan!
This week has been such a big week for him beginning from his concert day cum graduation day to his circumsize day.
We have set on getting him circumsize sejak 3 months ago. That was when our surau announce that they are organising berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak kariah alam budiman masa cuti sekolah nanti. Some may say that we make our decision in haste tapi kalau anda fahami health problem yang Fahmi facing you'll agree with me that getting him circumsize at age 6 is a right decision. Lagipun these days ramai yang get their boys circumsize at younger age, sorang kawan get her baby boy circumsize masa umur 6-7 months while anak tiri my sister dikhatankan before he reaches 5 years old.

Kalau Fahmi rasa berdebar dan takut nak berkhatan, myself apatah lagi. Saya takut, berdebar dan bimbangkan anak saya yang ketakutan itu. Takut dia sakit, takut dia chicken out! Saya tak pasti if I have prepared him well to face the day, I have no experience at all sebab he is my first child and barangkali my first and only experience mengkhatankan anak. Saya pun tak banyak tanya orang yang dah berpengalaman. I hardly know what it was like for my 2 brothers masa diaorang berkhatan dulu because I never really ask them. Sama macam young girls first period is a taboo topic those days, boys berkhatan pun orang tak bincang openly. Kalau dengar hubby's experience bunyinya macam a bit horrific with the injection and all tapi as time goes by the procedure mesti dah berubah, so am putting aside his experience as unreliable source untuk zaman ini. We don't have the privilege of consulting the doctor yang akan perform the khatan sebab until today kami belum diberitahu which doctor or which clinic yang AJK surau engage.

So what I did for the past 3 months was preparing my boy mentally for this day. Dia takut, itu sudah tentu bila dengar your bird nak kena potong, who wouldn't. But it's not the same like what lorena did when she 'bobbit'kan her husband. Of course I never mention about this bobbit thing to my boy. We did talk to him about the procedure to the best of our knowledge. We explain to him on why it has to be perform and why it has to be now. He is afraid, mula-mula dulu dia cakap dia tak mau bersunat. But we never give him the option of not having it done. After all the explanation, we let him get used to it. Kijamm! Memang bunyinya kejam macam kami memaksa but hey there's no other way to deal with it kan. Sama ada hari ini atau pun esok ataupun next year, dia tetap kena khatan.

Owhh, tapi ada 'gula-gula' nya juga. We promised him that we will buy him anything he want (read: anything yang munasabah aja lah). Kami beri dia peluang untuk pilih 2 benda yang dia paling idam kan. We should know that bila kami buka pintu untuk dia meminta there's a fat chance he's going to ask for benda yang bukan-bukan. Mula-mula dia minta KUCING! Yes, anak-anak saya suka sangat main dengan kucing padahal diaorang tu asthmatic. The choice was ruled out immediately by hubby. Lepas tu Fahmi macam tak tau dah nak minta apa. Funny bila kita beri dia peluang minta apa saja dia takde idea pulak padahal saya tahu apa sebenarnya yang dia idamkan but saya sengaja nak uji dia. Atau barangkali there are so many things he wants cuma bila disuruh pilih 2 saja dia dah tak tahu nak prioritise. So hubby did suggest to buy him a tri-scooter macam kat bawah ni.
This tri-scooter I can order from one of the merchant listed in my credit card purchase offer tapi nantilah dulu.

For his 2nd gift dia dah tak ada idea bila permintaan nak bela kucing ditolak. Baru-baru ini saya dapat satu idea nak bagi dia surprise gift. Saya tahu dia suka sangat main benda ini tapi saya dan hubby tak galakkan because kami tak mahu his interest in this thing grows sampai ke tahap addicted to it. But hey, if there is one thing I could do to reward him for being brave to go under the knife and jarum and benang and what not, why not? So we've bought him this...
We bought this from a computer accessories shop in digital mall at Subang Parade last week. Jangan ketawa kan game yang cokia ini sebab I have no intention of encouraging my children to become an addict to games apatah lagi menjerat diri beli PS3. Cukuplah yang cokia with 12 built in games ini asalkan diaorang tak kacau main games kat my handphone lagi dah.

Kenapa ada dua? Satu lagi tu untuk adik dia yang sibuk nak menempel juga bila kami offer reward to her brother. Orang lain yang nak kena potong orang lain yang dapat tempias reward.

Thursday, 25 November 2010

He's A Graduate!

Yesterday was Fahmi's graduation day. The event initially scheduled to be held this Saturday tapi terpaksa dipercepatkan sebab the principal had to leave to Kuching joining her husband yang posted ke sana. So, me and hubby had to take half day leave semalam. Hubby sebenarnya kena attend kursus, but for his son's graduation day who would want to miss it? We wouldn't miss it for the world. Fahmi pun asyik dok ingatkan kami supaya datang. And since my mum and nieces pun still around, bertambah meriahlah rombongan cik kiah.
All the pupils berbaris atas pentas kecil to sing their school anthem.

Majlis semalam memanglah so obvious berkonsepkan low key. Pentas kecil je, sama level dengan floor audience. Kerusi for parents pun terhad jadi view agak kurang menarik. Bajet kecil barangkali atau school memang jenis tak suka bazir duit or minta duit dengan parents.

The event started with persembahan pupils ikut peringkat umur - 4 years, 5 years and 6 years. Fahmi and his 6 years fellow buat sketsa bertajuk 3 Little Rabbits. Dalam sketsa ni dia terpilih jadi Straw Boy - budak penjual rumput to one of the rabbit yang nak guna rumput to build her house. Saya rasa sungguh tak percaya yang anak saya ni boleh berlakon and utter dialog in English! If you follow my blog you know that my son ni masa mula-mula masuk this kindy langsung tak boleh speaking or read in English (sebab mama & daddy dia tak guna English at home & the old school tak ajar English). Before the event day banyak kali saya minta dia recite the dialog, tapi dia punyalah secretive tak nak bagitau. All he said was "tunggulah nanti" or "kalau nak tau kenalah datang". Amboi, so confident you.
Fahmi in his costume holding straws. Baju dia ditampal perca kain untuk menggambarkan baju compang camping penjual rumput. Hubby kata topi hitam dia nampak macam topi apek. The girl in front of him wore topeng wolf sebab dia jadi wolf.

Hebat betul budak zaman sekarang kan, kecil-kecil lagi dah pakai jubah, topi dan pegang skrol macam budak U. Padahal baru je complete kindergarten! :-)
Fahmi posing with his teacher and principal of the school, Puan Aqilah. He bags the Best Improvement Award disebabkan prestasi dia yang sangat jauh berbeza berbanding masa dia mula-mula join the class. Aduh, how come saya terasa macam anak saya ni dikategorikan sebagai lemah pula. Yelah, bila diletakkan dengan all other children kat sekolah ni yang dah start converse in English since 4 years old memanglah Fahmi jauh ketinggalan. But he manage to make the leap in 3 months kata Puan Aqilah and that impressed the teachers.

The school were discreet enough dengan performance each children apabila they choose not to rank or number the children by their performance in the exam. For once saya langsung tidak rasa bothered dengan result Fahmi sebab he wasn't well masa dia sit for his exams thus ada 2 paper yang dropped sangat compared to mid year punya result. But there were a few give aways yang saya perasan yesterday. For an instance, those names called first dapat hadiah less than those called last. Yang being called last tu dia punya hadiah tinggi bertimbun sampai parents kena tolong ambilkan.

Di penghujung majlis, all the children dah tak boleh di kawal lagi. Nak ambil group photo in their robes pun susah because everyone tak nak duduk diam, ada yang berjoget ada yang melompat. Kesian kat teachers dia duk menjerit.

Gambar kenangan with all the teachers yang remain. On the left is Ustazah Dhiya, Teacher Aqilah peluk Fahmi, Teacher Ros and yours truly. Owhh macam manalah i look so big in height and in size dalam gambar ni? Padahal saya sendiri pun bukanlah spesis yang tinggi lampai setakat 5ft2 saja. Yet bila saya berdiri dengan teachers yang kecil molek ni saya nampak besar! Ewww must be the white t-shirt yang saya pakai... ewww my hips nampak besar sungguh! Next time, jangan ambil gambar dari sisi.

All in all, saya rasa penganjuran graduation day kat sekolah Fahmi ni tidaklah sehebat atau semeriah convocation day kindy lama dia dulu. Tak enjoy tengok persembahan kanank-kanak sebab semua persembahan terlalu dikawal oleh teachers sampai every step they make mesti ada teacher at the back bagi instruction "wait" "stop" "bow" "turn around" "freeze" "wiggle". Budak-budak tu jadi macam robot pula tertunggu-tunggu instruction baru nak bergerak. The teachers should place some trust in their student to run the show on their own, I mean you dah train them, make them memorise the steps and dialogues, buat rehearsal so bila actual day tu just let them be. Kalau ada mistakes pun tak apa, takde lah nampak cacat ke apa but it will tickle the parents to laugh. Mistakes yang kids buat nampak adorable dan melucukan while mistakes yang adults buat sometimes can annoys you! :-)
Small memento for the teachers. Saya hadiahkan sepasang kain dan coklat. Kain pun biasa-biasa je, tak mampu nak beli yang mewah-mewah sebab kena put aside bajet for teachers Yaya pula.

Perasan tak in all the pictures above, Fahmi senyum tutup mulut? That's because he recently lost his front teeth. Saya terlupa nak pesan dia supaya senyum tutup mulut but apprently Fahmi lebih cekap daripada saya! *lol* :-)