Thursday, 15 March 2012

Rumah Tumpangan Musnah

Kesian anak-anak angkat incik hubby
sudah 2 hari menahan kesejukan tidur tak berselimut diluar rumah
dah lah sekarang ni hampir tiap hari hujan, kadang waktu malamlah mencurah-curah lebat
ni semua gara-gara budak cuti sekolah yang takde kerja lain nak buat
dah dibagi main PSP, tengok TV pun sudah, disuruh siapkan homework pun sudah
siap dibelikan raket badminton lagi supaya dapat isi masa lapang mereka sepanjang cuti sekolah
alih-alih memusnahkan sarang burung jugak yang dia minat!
ingat lagi post saya tak lama dulu? pasal penyewa baru - seting garden?

emphhhh... dah takde dah seting garden tu
habis dilibas dek Fahmi dengan kain buruk
terkejut saya balik kerja 2 hari lepas tengok segumpal rumput kering atas lantai
cik Yaya siap bagi signal kerlingan mata hala ke abang dia bila saya tanya siapa buat?
alahaiiiiii anak teruna ku sorang ni... rasanya si dara ku yang lebih mischievious
tapi kekadang susah nak jangka jugak keletah anak-anak ni
hati sudah berdebar, kalau incik hubby balik nanti sure berjela marah dia
jadi sebelum masing-masing bernanah telinga kena marah dengan incik hubby
lebih baik saya bagi syarahan dulu
tempohari saya nak musnahkan sebelum sarang tu siap pun incik hubby dah larang, inikan pula bila sarang sudah berpenghuni

kesian burung-burung ni burung macam ni sikit punya lawa pun nak halau ke?
eksotik nih... kalau kat kedai sure mahal tapi yang ini datang menyerah diri
kesian mereka kesejukan, walau rumahnya dah musnah dia tetap balik ke sini
entah apa yang dia harapkan?
mengharap seseorang bina balik rumah dia?
sakanlah saya buat Fahmi rasa bersalah
kaw-kaw saya bantai dia dengan kata-kata
kita ni semua makhluk Allah, menumpang atas muka bumi Allah ni
apa salahnya burung-burung tu menumpang buat sarang kat rumah kita
chewahhh ayat power padahal hari tu bukan saya jugak nak musnahkan? he he he
saya bagitau lagi, burung tu hari-hari mendoakan kita sebab bagi dia menumpang, sekarang dia dah takde rumah abang yang musnahkan, agak-agak mau ke dia doakan kita lagi? chewahhhhh.... ustazah!
sedang elok pulak time bersyarah tu burung-burung tu baru balik rumah
berkicau sakan lah depa terkejut cari rumah takde
tak boleh angkat muka si Fahmi, macam padi makin menunduk dia
mata macam merah-merah sikit he he

malam ni, I made him say sorry to the birds!
dia tak mau tapi tak juga membantah
dia cuma kata burung tu faham ke
saya jawab kenapa pulak tak faham? abang je yang tak faham cakap dia
hihihihi... nasib lah dapat Mama macam saya
tapi memang sungguh-sungguh Fahmi rasa bersalah
dia tanya saya tak boleh ke kita buat sesuatu
belikan sangkar ke
I said NO! biarkan burung tu hidup bebas tak perlu nak dikurung
saya tak minat nak bersangkar-sangkar ni, takde kerja!
dah tertidur pun anak teruna saya tu lepas sesi minta maaf dengan burung
alahaiii kesian awak terkena dengan Mama... sabar jelah
kalau Mama tak buat macam ni you'll never learn sayang

Tuesday, 13 March 2012

Guruh Di Langit... Tempayan Di Dapur Kami Tadahkan

Umum sudah tahu 14-15 Mac ni banyak tempat disekitar Selangor akan terputus bekalan air
saya ni tak baca suratkhabar, mujur juga tiap-tiap pagi rajin turn on radio
jadi dapatlah news ni, kalau tak memang menggagau lah kami anak beranak nanti
sebagai persediaan nak menghadapi 2 hari tu kenalah beli tong simpan air
kat rumah setakat ada baldi dan besen yang tak berapa nak besar tu
kali ni kenalah beli yang besar, perit tu nak tahan 2 hari lebih
mujur juga minggu ni budak tak sekolah, jadi bolehlah kurangkan guna air
kalau hari sekolah tengahari balik depa mandi segarkan badan sebelum ke kelas KAFA
baju sekolah lagi nak kena basuh, kasut lagi
memanglah baju sekolah banyak pasang tapi musim hujan ni lecak kekadang kasut baru pakai pun kotor, baju pun sama cepat kotor

jadi semalam pergilah mencari tong air besar
sakitnya hati, mentang-mentanglah semua orang pakat dok beli tong air
bukan main sombong lagi apek kedai barang plastik tu
letak harga memang tak boleh kurang punya, tekan habis-habis ye?
maklumlah pengguna takde pilihan, terpaksa
syabas punya kerja, pengguna sengsara, tokey plastik juga yang gumbira

Friday, 9 March 2012

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Saya suka skodeng blog adik-adik yang sedang study di obersea
Motif???
Melepas dendam sebab dulu ada berchetta-chetta nak study kat obersea tapi tak menjadi kenyataan
Mana saya nak pergi?
NZ!!!
Tapi saya yang tak berani menjadikannya kenyataan
Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Pepatah ni memang sangat menjadi pegangan saya
Pendek kata, kemahuan itu ada tetapi terlalu banyak berfikir
Sampai menakutkan diri sendiri hingga tak berani mengorak langkah tu
Owh sayang seribu kali sayang
Sekarang cuci mata saja lah tengok orang walau dah beranak pinak pun
Ada daya usaha angkut anak-anak sekali pi sambung study
Ahkak? Haremmmm… dalam negeri pun x sambung belajar, ada hatiiii… he he

Tak dapat pi study kat NZ, pasang plak impian nak melancong ke NZ
Kengkonon bila dah kerja simpan duit lepas tu nak pi jelajah satu NZ pulau utara sampai pulau selatan nak sapu
Kali ni memang hendak seribu daya… memang sungguh-sungguh dah ni
Tapi… ahkak dah kena sapu dulu... sapa sapu? Baca lagi…

Tak lama lepas grad terus dapat kerja, hari-hari ikat perut simpan duit punya pasal
Memang ribu riban lah dapat kumpul… tapi bukan untuk pergi NZ
Kena sapu untuk benda lain… tak sempat book tiket pi NZ, incik hubby lagi cekap
Dia book saya kahwin dengan dia terus… kuang3x
Maka tertutuplah diari impianku, buka diari mahligai impian pulak

Sekarang ada hati nak buka balik diari impian tak kesampaian dulu – chapter NZ lah
Chapter study obersea dah kena benam
Bila citer kat hubby memang panjanglah interrogation dia, why? Why? Why?
Bila cakap nak pergi NZ ni pasal hasrat dulu tak dapat pi study sana
dapat pi tengok tempat orang pun jadilah
Tau dia cakap apa?
Nasib baik jugaklah saya ni tak pergi belajar kat obersea
Kalau tak, dia rasa saya ni dah jadi liar kot
Apa motif???
Mentang-mentang lah masa saya kenal dia dulu saya free hair, lepas tu saya kaki chatting
Dan jenis berani mati jumpa kawan-kawan chatting one to one, tapi tak bermakna saya sosial ok
Yang part jumpa one to one tu memang kes berani mati lah, sebab kalau diingat-ingat balik sekarang
Memang kecut perut saya, entah cemana dulu saya boleh main redah je
Ingat semua orang baik macam saya kot? Eh eh… ferasan!
Tapi taklah ramai pun yang saya jumpa solo, ada dalam 6 orang termasuk incik hubby – haaa kan dah pecah rahsia kawin dengan kawan chatting rupanya ekeke
Nasib lah sepanjang kegiatan jumpa solo berani mati tu tak jadi apa-apa, terpelihara… tapi serammm bila diingat-ingat balik
Dulu-dulu kalau masuk chatroom, kalau kita cakap kita student masscomm laju je mat-mat chatters ajak jumpa, dating lah, cucuk langit lah
Yang jenis macam ni memang saya tak layan lah, terang-terang dah ada niat tak baik kan?
Haprak sungguh depa ni tau, ingat semua student masscom liar ke?
Student masscom kat UKM baik-baik semua tau (zaman saya)
Tapi saya tau, incik hubby punya statement bermaksud lain
Dia jeles lah sebab kalau saya pi study obersea dulu sah-sah lah saya tak jumpa dia kan? Ekeke
Sabar jelah…

Dulu pernah juga isi borang TUDM
Faham-faham jelah lepas keluar result SPM kan macam-macam iklan tawaran belajar kat suratkhabar
Sampai rambang mata dibuatnya, boleh pulak terkena sindrom tak tau hala tuju
Sebenarnya tau… nak pergi obersea tapi impian tu sudah dinoktahkan tu yang jadi nanar kejap
Tengok iklan TUDM teringin pulak nak jadi pilot TUDM, macam best je terbangkan hornett bagai kan?
Lagipun program tu peringkat diploma under UTM, habis belajar terus jadi leftenan muda
Best woo… beruniform lagi… ughhh rasa kacak sungguh! – mode tomboy sudah mari

Isi borang senyap-senyap je tak bagitau pun kat Ma… sebab kalau bagitau memang sah lah kena pangkah
Tapi bila dapat panggilan interview , panjang pulak fikir
takut kena marah sebab buat senyap-senyap dan takut nak terima kenyataan kalau Ma tak bagi pergi
takut punya pasal, saya benamkan lagi hasrat kali ini
10 tahun lepas tu sentiasa rasa menyesal... kenapalah saya tak jadi lebih spontanous
tak payah fikir panjang sangat, be more adventurous barulah best

Tapi tu kisah lama
selepas satu kejadian tu saya seperti dilahirkan semula
menjadi lebih keras, lebih berani tanggung risiko
saya dapat tawaran ke U dalam jurusan yang tak saya minati
saya pergi juga, saya fikir berapa kali saya akan dapat peluang yang sama
I keep on turn down peluang yang Allah bagi kat saya
dibuatnya lepas ni takde rezeki lagi dah, cemana?
bergerak solo je sebab semua orang berebutkan tempat yang terhad itu
jangan haraplah nak cari geng
permohonan saya tidak berjaya, frustnya berhari-hari saya tak dapat fokus belajar
I can't go on like this, I have to do something
saya atur strategi sendiri, hantar surat kepada dekan mohon tukar jurusan
tiap-tiap hari singgah pejabat dekan - jawapan mengecewakan, rayuan tidak diterima
saya merayu juga minta nak jumpa dekan
akhirnya diberi jumpa pegawai pentadbir
muka serius, bengis - menyampah! bajet nak takutkan orang
berjam-jam saya di'dera' dia, jumpa one to one dalam biliknya
diasak berbagai soalan dah macam interrogation pulak, dia psiko saya
rasa lemas diasak berulang-ulang kali, ikut hati nak walk out je tak tahan ayat-ayat dia yang makin meruntuhkan kesabaran saya
tapi entah ilham dari mana, hati berbisik dia sedang menguji sekuat mana pendirian saya
akhirnya... saya keluar dengan senyum sampai ke telinga
Alhamdulillah...

"hendak seribu daya..." jangan cepat menyalahkan takdir

Thursday, 8 March 2012

Happy Women's Day



Menjadi wanita dalam zaman ini sangat mencabar kesabaran dan kekuatan diri
but don't undermine yourself and your capability
it is sad though that masih ramai kaum sejenis yang ditindas dan membiarkan diri tertindas
lebih menyedihkan bila kaum wanita ditindas dan dizalimi oleh wanita sendiri!!!
3 hari tanpa internet saya terlindung daripada mengetahui apa yang berlaku di dunia luar
tak dapat membaca news online, kalau nak baca newspaper tu memang takde peluang lah
tiba-tiba semalam bila dapat online berita pertama yang sampai kepada saya
adalah berita yang sangat mengejutkan dan menyedihkan
berita seorang ibu yang sanggup membiarkan anak gadisnya yang berusia 11 tahun diratah oleh teman lelakinya sendiri
lebih sadis lagi perbuatan terkutuk itu dirakam pula oleh si ibu!!!!
Astaghfirullahhal'azim... Ya Allah Ya Tuhanku, saya jadi malu menjadi wanita!
it's good to know that she is being punished with 21 years in jail tapi kerosakan yang telah dia lakukan cannot be undone

Jadi, wanita-wanita di luar sana jangan menzalimi diri sendiri dan jangan menzalimi others
pandai-pandailah mengatur hidup, menjadi wanita bukan bererti lemah
tidak juga semestinya perlu bergantung kepada lelaki
bergantunglah kepada Allah swt...
saya doakan yang terbaik untuk semua

Happy Women's Day... if you haven't taken the big leap, do it now

Monday, 5 March 2012

Maksud Berjimba-Jimbi? Let Them Show U

Saya suka guna perkataan 'berjimba-jimbi'
it's a cool new word... I don't know its origin but I like it
ramai orang bertanya saya apa maksud berjimba-jimbi itu?
saya ada pelbagai versi yang saya guna untuk terangkan
it could be = aktiviti mencucuk langit ala saturday night fever
atau aktiviti bersukaria di mana saja
termasuk aktiviti di bawah ini









kolam yang kecil bukan halangan untuk mereka... janji mood mesti happy-happy




Yesss... mereka ini memang sangat mahir berjimba-jimbi!

"Owh! Begini rupanya berjimba-jimbi" terbuntang mata penonton kecil ini yang baru je faham apa maksud berjimba-jimbi... ekekeke

Sunday, 4 March 2012

Happy Birthday Ma

My Ma celebrated her 60th birthday on 28 February...
Alhamdulillah syukur pada Allah saya masih punya kedua-dua ibu bapa dan anak-anak masih berpeluang merasai kasih sayang nenek mereka
in fact mereka memang sangat bertuah sebab punya atuk dan nenek on both sides
ulang tahun Ma jatuh di tengah minggu, tak menjadi hal sebab zaman sekarang dah ada teknologi
kiriman sms ucapan tanda sentiasa dalam ingatan

Semalam baru berkesempatan balik ke rumah Ma, sambut ulangtahun bersama cucu-cucu semua
Tak semua lah coz my middle bro anak beranak balik rumah mentua pulak
My sis pun kerja tak dapat balik dapat saya angkut anak-anak dia semua tengahari semalam
Dalam usia yang lanjut sebegini, orang tua kita memang cukup suka dikelilingi cucu-cucu tersayang kan?

Nama je baker tapi buat kek untuk Ma sendiri pun ala kadar je, bunga pun tarak. Sungguh pilih kasih! Kek carrot walnut bernenas.

Harus posing potong kek dengan tudung hadiah harijadi dari anak-anak saya. Chett mama yang tukang beli anak-anak dapat nama ekeke

Pose wajib bersama cucu-cucu, ini cuma separuh je, another half balik kampung

Apa motif??? Nak tunjuk nenas seketul tu je... hehe

Thursday, 1 March 2012

5 Blogging Years

WHOAAAA!!! WHEELSONDBUS IS 5!





Boleh tahan juga lama saya berblogging
masih bertahan
masih larat merapu meraban
masih belum bosan
masih tidak heran walau pembaca cuma 2 kerat... err ada follower ke?
will continue to write... until?
tak tahu...
until then... (*_^)


*Ulangtahun ke 5 berblogging disambut dengan 2 kali stranded di tepi hiway kerana kereta yang meragam. Ha ha ha... ketawa dalam nangis!