Friday, 26 July 2013

17 Ramadhan 1434H - Nuzul Al-Quran & Iftar Bersama Anak-anak Yatim


Seronok cuti ye orang Selangor? Mentang-mentanglah Selangor ambil Nuzul Al-Quran, merasa lah cuti panjang Jumaat hingga Ahad. Confirm ramai yang ambil kesempatan balik kampung berpuasa dan berbuka dengan orang tua masing-masing. Confirm highway jammed je! (*_^)


Pasal ramai orang ambil kesempatan balik kampung agaknya, program iftar perdana bersama anak-anak yatim anjuran surau tempat saya agak lengang sedikit ini kali lah. Kami sendiri memilih untuk tangguh balik kampung ke esok hari sebab nak ikut serta program bersama anak yatim ini. Bukan selalu merasa meraikan anak-anak yatim, cuma setahun sekali aja pun. Program iftar perdana bersama anak-anak yatim ni memang program tahunan. Seingat saya sejak kami duduk kat sini sudah 3 kali dianjurkan. Saya sendiri berkesempatan ikut serta 2 kali cuma, kali pertama hanya suami dan anak-anak yang pergi bawa sedikit kuih-muih juadah berbuka. Kali ini anak-anak yatim dari rumah Desa Fahmi, Meru, Klang diraikan. Sedikit sedih sewaktu anak-anak yatim ini buat persembahan nasyid dan silat pun belum begitu ramai penduduk yang hadir memberi sokongan. Pun begitu saya berpendapat adalah lebih sesuai sekiranya persembahan datangnya daripada pihak penganjur, bukan anak-anak yatim sebagai tetamu. Kerana lazimnya kita meraikan tetamu, biar mereka merasa gembira dan terhibur oleh kita yang menghiburkan. Dan hiburan tak semestinya perlu nyanyian (nasyid) semata. I wonder why the organiser tidak dapatkan persembahan ATV daripada penduduk yang ada peralatan tersebut. Waktu-waktu begini tentu ramai yang sanggup beri sumbangan secara amal tanpa mengenakan bayaran. Tambahan ramai yang pemurah dan suka membantu di sini.




Sudah 2 kali anak-anak yatim dari Subang Bestari diraikan. Tahun ini penganjur beralih angin. Memang elok benarlah supaya sumbangan dapat diagihkan dengan lebih meluas lagi. Penduduk juga digalakkan beri sumbangan peribadi. Alhamdulillah murah rezeki orang-orang sini saban tahun tak pernah kurang jumlah yang diberi. Bukan hanya wang ringgit tetapi barang-barang dan goodies. Beri coklat dan jajan pun apa salahnya. Yang penting beri sesuatu yang menggembirakan hati anak-anak ini. Bukankah itu kesukaan anak-anak.


Daripada Yaya I learned that the orphans goes to the same school dengan anak-anak saya. Memang benarlah kalau begitu sebab setiap pagi saya hantar anak-anak ke sekolah kadang-kadang tersermpak dengan van putih yang turunkan anak-anak yatim ni. She recognised a few of them yang sebaya dengannya and also because she said a couple of them 'nakal'. Amboihhh... mulut minah ni sedap-sedap je kan kata kat orang tak sempat mak nak pekup mulut kau. Pada saya kids are generally nakal. Umpama kata seorang ustaz "budak-budak ni dia kenal warna hijau je, dia tak recognised warna merah. Jadi dia tau jalan je dia tak reti stop...". Lain budak lain roman nakal dia. Saya habaq kat Yaya, anak-anak saya pun nakal juga. Nakal budak yang dia sebut tadi tu barangkali tiada siapa yang menegur, kesian kurang perhatian. Tapi nakal anak Mama ni dah ditegur, ada yang perhatikan dan larang selalu tapi buat juga nak kira macam mana tu? Muncung sedepa lah mulut dia boleh buat gantung hanger!


Saya kagum dan dalam masa yang sama berasa sayu melihat sikap berdikari anak-anak yatim ini. Kagum kerana pada usia yang sebaya dan lebih muda dari anak-anak saya mereka pandai bawa diri dan uruskan diri sendiri. Sayu kerana saya terbayangkan andai anak-anak ini sedih tiada yang memujuk. Menangis dalam tidur tiada yang memeluk. Ye, saya tau mereka punya pengasih di rumah kebajikan itu tapi manakan sama dengan tangan dan dakapan ibu ayah sendiri. To my kids, saya harap mereka sedar dan faham betapa bertuahnya mereka kerana masih punya ibu ayah. 


Saat kamu bukakan mata
Ada wajah ini yang kamu lihat pertama-tama setiap pagi
Ada suara ini yang mengejutkan dari lena mu
Ada dua tangan ini dan dadaku yang memaut mu erat dalam dakapan yang hangat
mengirim semangat memulakan hari-harimu yang indah
Ada tangan ini yang kamu salami setiap pagi
Ada wajah ini yang menyambutmu di depan pintu rumah

Ada telinga ini yang sedia mendengar celoteh mu saban hari
biarpun kisah yang sama kamu sebut berulang-ulang
walau kisahmu meleret-leret panjang ku tak tahu bila berkesudahan!
Ada bahu ini tempat kamu mengadu kesedihan
bila bekalmu dirembat orang
Ada jari jemari ini yang menjahitkan butang baju sekolahmu yang tertanggal
Dengan tangan ini yang menyapu dan mengurut lembut luka di kaki mu kerana kamu terlalu lasak
Dan suara ini yang kamu dengar selang sehari dalam 'tazkirah' yang panjang
bukan kerana onar yang kamu buat
tapi kerana sayang dan kasihnya seorang ibu pada mu
tidak mahu kamu tersasar

Saat kamu ingin melelapkan mata
Ada bibir dan hidung ini yang mengucup pipi dan ubun-ubun mu
meraihmu dalam pelukan yang menenangkan
Bila kamu takut akan gelapnya malam
Ada Mama dan Daddy yang bisa menemankan
Dan esok paginya, Wajah ini akan kembali setia mengejutkanmu dari lena

Betapa bertuahnya kamu dan aku
kerana kita sama-sama punya ibu dan ayah
Betapa kasihannya anak-anak yatim itu tidak kamu sedari
tidur malamnya tidak bertemankan kucupan dan pelukan yang menenangkan
airmatanya, tiada jari yang menyeka dari ia tumpah
bila dia sedih tiada bahu tempat ia melepaskan gelisah
bila dia salah tiada yang betulkan
bila dia benar tiada yang menepuk bahunya tanda 'Syabas!'
tidak sedarkah kamu, betapa cemburunya mereka dengan mu?

Bersyukurlah... dengan apa yang kita ada hari ini.


Hakcipta Terpelihara pemilik laman blog wheelsondbus!!!







Iftar dengan konsep makan secara berjemaah di dalam talam. Nasi beriyani berlaukkan kurma ayam dan gulai kambing serta acar mentah. Alhamdulillah nikmat rezeki hari ini. Satu talam dikongsi 4 orang dewasa. Tapi anak lelaki saya dan kawan-kawannya setalam kongsi ber 3!!! Dan habis licin isi semuanya! Tazkirah in between solat terwih disampaikan oleh ustaz Ali al-Yamani. Dah sedap-sedap kenyang perut makan, terhenyak pula sedas dua dek penangan ustaz. (*_^)





Thursday, 25 July 2013

16 Ramadhan 1434H - Otak Otak Kukus


Selain daripada otak-otak panggang yang original di Terengganu, saya juga suka makan otak-otak kukus. Yang buat otak-otak kukus ni bangkit rasanya ialah penggunaan daun kaduk sebagai alas didasar otak-otak. Daun kaduk agak 'panas' dan berangin rasa dia. Rupanya seakan-akan daun sirih tetapi saiz lebih kecil, daunnya lebih nipis dan lembut serta berwarna hijau gelap berbanding daun sirih. Daun kaduk hidup melata di atas tanah sementara daun sirih umum sedia maklum ia hidup menjalar dan memanjat. Dan rasa daun kaduk walau berangin tidaklah sekuat rasa daun sirih. 



Entah kenapa saya gemar dengan aroma daun kaduk ni bila kita kunyah dan makan. Rasa fresh gitu. Sebab itu saya suka 2 hidangan yang ada daun kaduk iaitu sambal tempoyak daun kayu dan otak-otak ini.


Dulu masa saya remaja my mum suka buat otak-otak kukus ni. Resipi my mum belajar dari kelas memasak anjuran Kemas kalau tak silap. Cuma cara penyediaan otak-otak kukus saya sedikit berbeza daripada resipi my mu. Nanti kemudian saya update resipi ye. Got to go!

Wednesday, 24 July 2013

15 Ramadhan 1434H - Fillet Tenggiri Masak Lemak Tempoyak Daun Kaduk ala Chef Adu



Tu dia panjang nama menu. Resipi asal oleh Chef Adu Amran dari buku masakan beliau "Ikan Di Laut, Asam Di Darat" terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Buku masakan tersebut saya beli sewaktu mengunjungi Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre a few months back. Banyak resipi menarik dengan susun atur yang berselang seli dengan foto-foto Chef Adu sendiri yang di shoot dengan gaya yang menarik. Buku penuh berwarna-warni tambah menarik minat saya membeli. Berharga RM30 sahaja.



Resipi asal menggunakan monk fish. Sejenis ikan yang terdapat di lautan negara-negara Eropah. Saya gantikan dengan ikan tenggiri yang saya buang tulang.  Saya kira tidak salah kalau saya katakan Chef Adu seorang yang sangat menyanjungi nilai-nilai tradisi dalam masakan. Kebanyakan resipi yang diterbitkan adalah daripada koleksi beliau yang beliau hidangkan di restoran semasa di Langkawi dan juga di London. Saya terpikat dengan kebijaksanaan beliau menyediakan hidangan Melayu yang biasa-biasa saja tetapi diolah cara masakan dan hidangannya hingga mengangkat ia ke status fine dining.



Sesuai dengan selera antarabangsa kuah lemak ini dimasak dengan cara merenih kesemua bahan seperti bawang merah hiris, cili padi, kunyit hidup, tempoyak dan santan sehingga kesemua bahan layu. Kemudian disejukkan sebelum dikisar lumat dan ditapis. Setelah itu baru direnih semula dan ditambah garam. Sementara ikan disaluti garam, lada hitam dan sedikit tepung dan digoreng secara shallow fry. Setelah itu baru ditemukan kesemua bahan di dalam periuk.


Hasilnya, kuah masak lemak tempoyak yang pekat seperti sup. Saya kira inilah gaya menghidang ala fine dining di restoran beliau di London. 



Tuesday, 23 July 2013

14 Ramadhan 1434H - Tentang Bulan... Bintang



Langit gelap pagi ini. 
Kalau anda perasan bulan kelihatan berwarna oren kemerahan - kerana jerebu. 
Malam tadi balik dari solat terawih meriah mulut Fahmi dok update saya pasal bulan penuh. A couple of weeks ago masa berjalan dengan dia ke surau saya tunjukkan bulan yang masa itu masih berbentuk sabit (awal Ramadhan). Saya bagitau dia, itu fasa anak bulan. Dalam beberapa hari Abang tengok semula bulan tu akan berbentuk separuh bulatan. Then I told him to observe the moon again pada hari Selasa nanti (which is today) tentu dia dapat lihat bulan berbentuk penuh bulatan dengan cahaya yang terang benderang tanpa 'halo' (rembang). Masa itulah fasa bulan matang. 

Jadi sejak saya beritahu dia tempohari boleh katakan hampir tiap hari dia perhatikan bulan. Since malam tadi masa dia tengok tu dah masuk malam ke 14 jadi bulan pun sudah penuh tapi cahayanya tidak terang sangat. Malam ini pasti dia tengok lagi. Saya rasa nak ketawa lucu pun ada bila dia beriya-iya bagitau kat kawan-kawan pasal bulan seperti yang saya ceritakan padanya. Tambah lucu bila dia dengan mata bulat bercahaya dan wajah amazednya tanya saya, "Mana Mama tau (so much pasal bulan)?"... Saya habaq kat dia, inikan sains ciptaan Allah yang manusia dah kaji ada dalam buku, satu hari nanti bila dia dah besar sikit atau kalau rajin membaca dia pun akan tau juga. 



Sama macam bintang. I still remember bulan puasa 2-3 tahun lepas saya berjalan beriringan dengan Yaya ke surau sambil mendongak lihat langit dan bercerita tentang Bintang pada dia. Tentang bagaimana nelayan zaman dulu berpandukan kepada bintang sebagai petunjuk hari tak hujan dan mereka akan keluar menangkap ikan waktu malam. Indahnya ciptaa Tuhan kan setiap satu ada tujuannya.


Maksudnya: "Dan Ia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (arah yang hendak dituju)." (Surah an-Nahl ayat 16)


Owh sebut pasal tu saya lupa yang saya janji dengan Fahmi &Yaya saya akan ceritakan tentang kitar hidup Bintang pula dari kelahiran Bintang hingga kematian Bintang. Saya nak kena baca semula sebab dah lupa apa yang saya belajar dulu. Seperkara yang saya suka buat ialah bercerita dengan anak-anak. Tak kisahlah cerita apapun. Ia buat kita rasa rapat dengan anak-anak. Saya rasa saya dapat habit ni dari my own mom. Saya sangat bertuah punya ibu yang gemar bercerita. Saya ingat lagi masa kecil dulu walau my mum sibuk menjahit tapi ada masa-masanya sambil buat kerja (sembat baju ke) my mum akan bercerita kisah-kisah zaman sekolah dan zaman kanak-kanak. Macam-macam cerita kenakalan masa budak-budak. Bila balik kampung (Terengganu) saya akan cari tempat-tempat yang my mum ceritakan dulu. Hingga kini kalau saya lalu tempat-tempat itu saya akan teringat cerita my mum. Abah saya pula jenis tak banyak cakap tapi suka bergurau. Kalau bergurau dengan kami adik beradik siap diangkat dijulang, paling tak tahan digeletek sampai keluar air mata. Kadang saya menangis sebab tak tahan dengan gurauan Abah. Sekarang bila saya ada anak-anak, saya pula yang terikut-ikut habit my mum ni. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?


Hari ini hari ke 14 kita berpuasa. Bererti malam ini sudah malam ke 15, sudah mula baca doa qunut malam nanti. Sekejap je rasa masa berlalu. Dah masuk separuh bulan Ramadhan. 10 malam terakhir semakin hampir. Harap-harap tahun ini amal ibadat puasa saya lebih baik.



14 Ramadhan 1434H - Mee Bandung


 Hidangan yang terkenal di negara kita tetapi tiada di Bandung, Indonesia (*_^).
Dah lama tak buat mee bandung sebab saya malas nak jelajah pasar sekitar Shah Alam mencari mee kuning keluaran Muslim. Sekarang bolehlah buat sebab stok mee kuning Mariam yang my mum bawa masih ada. Ini antara hidangan ringkas yang saya gemar buat untuk iftar. Tak payah nak masak 2-3 jenis lauk pauk sebab selera tekak masing-masing lain. Kuah mee bandung ni pun saya buat tak pedas sebab nak bagi anak-anak makan. Pasal tu letak cili potong untuk orang dewasa.




Resipi mudah saja.

Bahan-bahan Pes & Kuah
2 sudu besar udang kering direndam
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering direbus (boleh tambah jika suka pedas)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
4 cawan air rebusan daging
200gm daging dihiris nipis & direbus
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
garam & gula secukup rasa


Bahan kering:
1 cekak sawi
1 batang lobak merah dipotong panjang
2 keping tauhu digoreng
4 biji telur


Kisar bahan pes no.1-4. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan daging bersama air rebusan daging. Kalau takde air rebusan daging boleh ganti dengan kiub tapi kena kurangkan garam. Biarkan merenih kemudian masukkan lobak merah.  Bila kuah agak pekat tambahkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah mesra masukkan sawi, biar agak layu baru pecahkan telur. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung bertujuan untuk pekatkan kuah. Boleh hidang dengan tauhu, daun bawang dan bawang goreng ikut selera masing-masing.




Fahmi tak suka makan mee goreng tapi kalau buat mee berkuah macam mee bandung ni dia cukup suka. Iftar dan sahur dua-dua dia bantai mee bandung. Ini pun dia dok sebut-sebut lagi. Kuah memang ada berbaki saya bekukan. Nanti bila-bila nak makan boleh panaskan je.


Monday, 22 July 2013

13 Ramadhan 1434H - Jerebu Datang Lagi...


Saya perasan sejak hari Sabtu lagi dah. Masa balik berbuka rumah my mum sampai kat highway Seremban tengok berkabus tapi cahaya matahari cerah. Kemudian, pagi Ahad duduk depan pintu rumah terbau asap (burnt). Hmmphh... confirmlah  dia datang lagiiii...



Ni gambar snap baru kejap tadi. Bukit belakang taman perumahan - kalau view dari rumah saya bukit ini dikira menghadap dengan rumah saya lah. Kalau waktu biasa memang clear nampak bukit sebab dekat sangat dengan rumah. Rumah saya masih dikelilingi hutan dan bukit bukau (buat masa sekarang lah). Tapi bila waktu jerubu bukit ni nampak tak nampak. Ini je indication yang saya pakai kalau nak tau betul jerubu ke tidak. Kalau keadaan begini saya agak bacaan IPU mungkin dalam 100-120 kot... hahaha tukang ramal cuaca sudah mariii...


Tekak sakit, kering sangat. Kesian kat anak-anak sebab puasa, cuaca daripada sejuk berhujan last week tiba-tiba berubah mendadak in 2 days. Moga Allah swt beri kekuatan untuk anak-anak kecil ini. Ini dugaan kecil saja.


Sunday, 21 July 2013

12 Ramadhan 1434H - Pelangi 6 Warna



I made this cake for my niece's - Syed Syahmi Zidane, birthday yesterday.
And it was my first time ever makan rainbow cake. Ini adalah kali ketiga buat kek rainbow tapi sebelum ni tak pernah merasa atau cuba rasa. 







 Other baker/food blogger dah lama been buzzing with this cake - rainbow cake. Tapi saya barulah nak panas enjin. Buat kali pertama dan kedua both untuk customer. Bayangkan saya tak pernah buat kek untuk dijual tanpa merasa terlebih dahulu. Tapi punyalah nak tunjuk yang saya tak suka kek rainbow ni hatta merasa pun saya tak hingin. Dalam hati kata lantak ler udah mike berkehendakkan sangat, kami paksarela buat jelah. Dengan harapan janganlah dia minta buat lagi. Banyak customer yang minta saya buat kek rainbow sebenarnya tapi saya tolak. Sombong mak aihhh! Bukan apa, saya ada prinsip sendiri. Saya tak suka kek yang nampak cantik berwarna-warni tapi rasa hampehhhh! Terus terang cakap, kek rainbow takde rasa apa melainkan rasa manis semata pada kek. Kalau kek butter at least rasa buttery lemak-lemak gitu dan lembut macam pipi ai yang gebooo hahahah muntah darah baca, kek choc moist kaya dengan rasa chocolatey ummm cair di mulut tapi kek rainbow ni made of egg whites semata walau diletak vanila esen sekalipun still takde apa keistimewaannya dari segi rasa. Itu pendapat jujur saya secara peribadi. I used to curse sapalah yang mencipta kek rainbow ni yang indah khabar dari rupa buat menyusahkan saya je sebab baki kuning telur tu kadang bazir begitu saja. Tolonglah cipta benda yang tak melibatkan pembaziran. Sebab itu saya tak suka buat kek rainbow. Kalaulah tak kerana customer yang desak juga mau kek rainbow memang saya tekad sejak awal lagi yang saya takkan buat kek ini.




Dan punyalah nak tunjuk tak suka dengan kek ni, tak pernah tergerak hati nak makan sendiri. Sehinggalah adik ipar saya minta buatkan kek untuk anaknya tapi mau kek rainbow. Dalam hati sudah rasa spoil mood nak buat kek. Ye betul, kalau kita buat benda yang kita tak suka memang rasa berat sangat. Untuk naikkan rasa pada kek saya lapisi dengan cream cheese frosting. Bosan dengan cream cheese semata, all my rainbow cakes mesti ada perisa tambahan. Saya letak filing lemon senipis mungkin di atas lapisan cream cheese. Rasa manis pada kek dan ada rasa masam manis dari filing lemon untuk seimbangkan keseluruhan rasa kek ini.




And you know what? I changed my mind. Rainbow cake punya taste not so bad lah selepas dimekapkan dengan lemon filing tu. In fact, I had 2 helpings!!!!!

Hah... tulahhh kata menyampah sangat kan. Orang tua-tua kata benda yang kita bendi itulah yang kita suka nanti. Hihihi ;-)

Oh ya by the way, kenapa 6 warna? Pelangi kan 7 warna. Saya tak tahu, cikgu saya ajar 6 warna je. Saya anggap warna ketujuh adalah dari lapisan krim di atas kek... hehehe pandai-pandai je. By the way (again), resipi adalah courtesy Puan Martha Stewart. Sila google. Ini resipi fool proof. Saya pernah cuba resipi lain yang mana putih telur dipukul berasingan tapi tak menjadi, kek bantat. Itu satu risiko buat kek yang mana egg whites nya dipukul berasingan. So kalau nak cuba elok guna resipi martha stewart je.