Sunday, 21 September 2008

21 Ramadhan 1429H - Krim Tart


inilah krim tart a.k.a kuih masuk mulut tak boleh bercakap tu. the tart base sangat lembut dan gebu, dicetak guna acuan tart terap biasa tu cuma dimasukkan dalam sarung kertas untuk memastikan tart tak hancur dan hilang bentuk disebabkan terlalu lembut. intinya cuma jem strawberry biasa je, kalau nak buat jem sendiri pun boleh aja... topped with dessicated coconut yang digaul putih telur & sedikit gula. hodoh je rupa dia kan?

kalau buat kuih ni my mum selalu marah sebab letak jem sikit sangat tak terasa plak nanti. bukan apa kutakut jem tu melimpah ruah nanti sememeh pulak. yang ni buat pagi tadi ma belum rasa lagi, kalau dah rasa mesti dia kata "kedekut jem!" *lol*.

my bro pulak buat special request today, minta buatkan biskut cornflakes kegemaran kami adik beradik yang memang dah bertahun2 aku tak buat. tulah dia kalau dah lama sangat pegang takhta tukang buat kuih raya, bila kita berehat kejap takde sapa nak sambung. hehe nak salahkan orang lain pun tak boleh juga, dah aku sorang yang pegang resipi... wakakaka. tengoklah nanti kalau ada kerajinan sementara hubby takde ni boleh juga aku pulun membuat kuih je tiap2 malam. bukan susah pun tapi dengan 2 orang mat & minah kacau kat rumah ni boleh meroyan aku jadinya.

sakitnya kaki malam ni. elok2 tengah drive balik from seremban to subang, sampai je dekat tol bukit jelutong tetiba kaki kanan rasa nak cramp... lepas tu kaki kiri plak. huwaa nak nangis je dahlah aku drive sorang bawa anak2 & maid sebab hubby dah pegi outstation. nak minta tolong sapa pun tak tau. sampai kat traffic light simpang bukit jelutong tu sempat stretch my legs kejap sambil berdoa dalam hati janganlah melarat. fuhhh lega cramp tak menjadi2.

just to update, fahmi berjaya puasa penuh 1 hari semalam! horayyy!!! itupun selepas dipujuk2 untuk tahan sebab sikit je lagi nak berbuka. cuaca panas & kering semalam so he was so thirsty... bukannya dia minta makan pun. sahur pagi tadi kat rumah my mum kami pakat2 kejutkan dia bangun sahur. the day before dia tak jadi bangun sahur sebab tak larat buka mata. alhamdulillah kat rumah my mum sebab ramai orang dia pun bersemangat sikit nak bersahur. habis juga sepinggan nasi gaul telur goreng & kicap kusuap kat anak bujang tu. tapi sayangnya hari ni dia cuma dapat 1/2 hari je... takpelah at least dia dah cuba which is good enough.

hubby has gone for his last outstation untuk bulan puasa ni for 3 days. maknanya makin kering lah aku sebab bila hubby takde bukannya berselara makan sangat pun. selalunya masak lauk pauk pun untuk dia... ni dia dah takde jawabnya makan apa yang ada jelah. cekodok udang & kentang lagi kot? ;-)

3 comments:

s2m3r said...

sedapnya tart tuuuuu....

lemongrass said...

Lia,
Boleh u bagi resipi the tart base? Nak lah jugak ras kuih 'masuk mulut tak boleh cakap' ni, hehehe

Liasari said...

ila... ikut tekak tukang buat sedap hhehe maklum ler dah penat buat takkan nak kata x sedap kot.

LG,
resipi dah email ye ;-)