Sunday, 7 September 2008

7 Ramadhan 1429H - Mee Bandung & Sagu Gula Melaka

macam2 fikir dalam kepala nak hidang apa untuk menu berbuka untuk hari yang istimewa buat me & hubby. mula2 terfikir nak buat lamb kebab, tapi cari lamb tak jumpa. finally decide buat mee bandung je. lagipun dah lama tak buat mee bandung... sampai dah hampir lupa resipi yang diajar mil. time nak buat baru tersedar, udang kering tinggal sejemput je... cecepat duduk atas 'thinking chair' fikir nak ganti apa, sebab udang kering adalah perencah penting nak hasilkan mee bandung yang sedap. nasib ada banyak isi udang dalam freezer, so top up udang kering dengan isi udang jawabnya. wallah... sedapnya! maklum ler jarang makan, sekali dapat kena pulak rencahnya.


for dessert kubuat sagu gula melaka. tak pernah seumur hidup aku buat sendiri, masa budak2 dulu biasa tengok my mum buat... main agak2 je, dah teringin nak makan kenalah pandai usaha kan?

ada kisah lucu tentang sagu gula melaka ni. sengaja kubuat lebih sebab cadang nak bagi kat jiran sebelah kiri kanan. petang tadi bila dah elok sejuk ku masukkan dalam bekas kecil (individual pack), siap2kan masuk plastik 4 bekas seplastik. ajak fahmi & yaya pi hantar kat jiran. kena pulak jiran belah kanan (kak ruby) takde kat rumah, so heret lah yaya ke rumah kak eton pulak, sambil tu pesan kat fahmi duk dendiam yang fahmi pegang tu untuk orang lain. tup tup bila yaya serahkan plastik dia kat anak kak eton tetiba fahmi meluru hulur sama. adehhh... terkedu jap aku. elok je kami patah balik ke rumah kak ruby pun sampai... kelam kabutlah aku siapkan semula tapi dapat 3 bekas jer sebab dah kehabisan stok. rezeki kak eton anak beranak ler dapat 8 bekas... nak wat camne anak teruna aku tu pemurah.

3 comments:

lemongrass said...

Hi Lia,
Congratulations to u and hubby. Semoga your union di rahmati Allah dan berkekalan sepanjang hayat, InsyaAllah.

eiseai said...

i pun thinking nak buat mee something - my mom used to make. its not mee bandung, cos its tomato based and has no udang kering (which i dont eat). mee apa ye...tak ingat lah. where's my thinking chair?

Liasari said...

thanks LG, my special entry for anniversary belum keluar lg masih terperam hahaha...

sally cecepat duk atas ur thinking chair, i pun nak tau mee apa tu. it's not mee jawa kan...hmmm ntah apa bahan mee jawa pun i x tau, pandai ckp je ;-)