Wednesday 17 September 2008

Baking Project

since today is off day for Selangor sempena Nuzul Al-Quran, maka bolehlah mulakan projek membuat kuih raya. walaupun badan rasa dedar & tekak serta sendi2 semua sakit, tapi awal2 pagi lagi dah bangun. memang suka buat kuih awal2, cepat siap lepas tu bolehlah berehat sementara tunggu nak memasak untuk berbuka petang nanti.

buat kuih tat nenas je hari ni... pakai dua jenis acuan pasal tu pattern dia lain skit. tak larat dah nak sambung kuih lain. tunggu weekend pulak. harap2 tat ni tahan sampai raya, bukan takut berkulat tapi takut 'tikus kepala hitam' bedal. fahmi & yaya dah terjerit2 nak makan, tapi kubuat tak tau je... isyyy kejam mama.

berbuka petang nanti nak masak fish 'n chips jer. ringan2 sudahlah... tak daya.

2 comments:

lemongrass said...

Hi Lia,
cantik lah yr tart nenas guna toy baru,hehe. Nak buat biskut apa pulak lepas ni. I punya project tart nenas wknd ni rasanya baru boleh buat :-).

Liasari said...

LG,
kali ni je rasa puas hati buat tart nenas... pakai tepung siap adun! main tipu... malas dah nak cuba macam2 adunan... hahaha janji sedap!