Wednesday, 29 October 2008

Chocolate Cupcake

Hasil daripada ‘memburu’ icing nozzle kat bagus, shah alam few weeks ago, dapat jugalah 2 jenis nozzle yang bentuk star. Tu yang buat aku makin bersemangat nak mendecorate cupcakes. Tidur malam asyik terbayang nak decorate pattern begitu begini… kemaruk sangat aku ni ada ke orang yang obsessed or possessed *lol* macam aku ni? Apa2 jelah… selagi tak dapat buat rasa nak meleleh air liur ni… teruk betul.

Jadi, aku pun buatlah chocolate cupcake yang sangat decadent tu sebagai buah tangan kat kawan2 masa gathering kat bandar mahkota, isnin lepas. Beginilah hasil ‘keras’ tangan ku… not bad eh untuk orang yang tak pernah pergi formal class… cehhh riak pulak tu.


percubaan design pertama

chocolate cupcake frosted with buttercream icing & decorated with chocolate ganache. piping daun masih kurang sempurna... kena practice lagi

individually packed
Letih juga nak hasilkan ganache yang cantik & berkilat, lenguh tangan dok kacau tak henti2 sampai ganache likat. Hasil yang aku dapat kali ni masih belum memuaskan hati... next time cuba lagi.

Hujung minggu ni nak decorate cuppies pakai fondant pulak… bukan rolled fondant tapi pour fondant – sebab aku rasa (aku rasa lah) yang ni mudah sikit untuk orang yang baru bertatih macam aku ni.
By the way, I had my first order for mini fruit tartlet hari sabtu lepas. Pija requested for blueberries only! Dah siap2 packing nak deliver ke nilai malam sabtu lepas, lupa pulak nak snap pic… anyway, thank you pija for your support. Saja je buat suka2 untuk penuhi permintaan kawan ;-)

5 comments:

SHIRAH said...

Wa..manisnyer cup cake tuh

Liasari said...

yang manis creamnyer or keknye? heheh... sedang elok je tp sbb ada kesilapan teknikal, adjust letak kek sikit sgt dlm soffle cup tu yg terpaksa aku letak cream tebal2 nak separas souffle cup tu yg terasa sgt cream manis tu...
anyway, thx 4 d comment next time aku tau dah nak wat apa :)

++Benang dan Mesin jahit++ said...

Kak lia,mana ek nak cari bekas cupcake tu?Kak beli mana?nak try buat gak ni.Utk bufday husband.

Liasari said...

hi benang & mesin jahit (sapa ni? ;-)),
souffle cup tu cari kat kedai bahan kek... kat bake with yen shah alam or bagus shah alam & kota damansara pun ada... since k.lia x tau mana u tinggal bleh bagi cth yg kat shah alam je ;-)

s2m3r said...

lia.....dah buat percubaan pertama ye......bagos bagos..bleh jd biz woman lepas nieH