Wednesday, 12 November 2008

Black Pepper Crab

hubby pergi pasar malam and brought back with him 4 ekor ketam yang masih fresh. tak taulah baru tangkap ke apa tapi masih segar. dah lama tak makan ketam, so lepas solat maghrib tadi terus kumasak untuk hidangan dinner walaupun sebenarnya kakak dah buat asam pedas ikan kerisi. tamak kan?



kalau teringin nak bikin begini caranya...

4 ekor ketam (bersihkan, buang kaki except sepit & belah 2)
2 camca besar bawang besar kisar
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang serai diketuk
2 camca besar cili boh
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 cawan air
1 biji telur dipukul
garam secukup rasa

mula2 goreng ketam dengan minyak yang sedikit, bila siap ketepikan.
tumis bawang putih, bawang besar kisar & cili boh sampai pecah minyak. masukkan serai, biar wangi pastu masukkan semua bahan sos. kacau rata dan masukkan air. letak garam dan biarkan mendidih sampai mesra ketam & sos nya. bila kuah hampir pekat, curahkan telur sedikit demi sedikit. siap!

3 comments:

Ami said...

yummyy yummy!lame jugak tak mkn ketam nie.ketam fresh lagi la,mesti manis kan lia?

iswatie "colours of life" said...

Kak Lia..mcm sedap ja...Honestly dah 4 years our wed x pernah lg masak keta,..nak siangkan ketam pun x reti..Slmt hubby pun malas nak mkn ketam coz dia kata susah nak mkn....selamat!!!!!!!!!!!!!

Liasari said...

ami... sesekali layan tekak mmg best! tp xleh mkn selalu...hehe

watie,
lahhh iye ke x pernah masak ketam. seriously watie k. lia masa blom kawin x pernah msk ketam, tp bila dah kawin teringin nak mkn & hubby mmg suka benda2 yg sedap2 nih so dgn sdrinya belajar siang ketam. hehe dah terdesak semua menjadi!!!