Thursday, 20 November 2008

Di mana Kan KuCari Ganti...

aku cuba stay cool... (as if one can be cool about losing one's hard-earned car), tapi apakan daya setiap kali aku terpandangkan tempat parking myvi ku yang kosong tu aku rasa air muka kuberubah & menggeletar satu badan. sedih sebab kehilangan harta yang aku sayang dalam masa yang sama takut & phobia pulak. sebenarnya kejadian hilang kereta bukanlah yang pertama dalam hidup aku & hubby sejak kami kawin.

masa aku baru pregnant kan fahmi kereta wira merah cili kesayangan hubby pun dirembat orang. kami masa tu baru je nak mulakan hidup berkeluarga, manalah ada duit simpanan sangat. akibatnya dekat 6 bulan jugaklah kami terpaksa pinjam kereta proton saga daif abah aku. aku rasa kalau kereta tu tak hilang mungkin sampai sekarang kami akan pakai. sejak hilang kereta wira tu boleh kata saban tahunlah kami bertukar2 kereta(semuanya 2nd hand & kereta kecik je sebab tak mampu seh)semuanya sebab nak sesuaikan dengan keadaan kewangan kami.

cuma 2 tahun lepas je ada duit lebih sikit tukar pakai honda civic 1.7 yang dah dijual jugak tahun lepas. myvi ni adalah satu2nya kereta baru yang pernah kami pakai. dah hilang ni takde modal aku nak beli kereta lagi... plus phobia nak beli kereta takut kalau sejarah berulang lagi. tensionnya akuuuu!!! kang aku pakai lorry kang.

semalam hubby tanya "abang nak pergi keje pakai apa pulak lepas ni" aku kata "tak payahlah beli kereta lagi, pakai je basikal" kena wrestling aku time tu jugak. cuak lah... kalau sapa yang kena macam aku ni tentu cuak juga.

itulah kata orang, hidup ni umpama roda... kejap di atas kejap di bawah, ada senang ada susah. iskkk!!!

untuk semua kawan2 yang tinggalkan mesej kat sini, terima kasih sebab sudi mendengar keluhan hati aku ni.

8 comments:

~ana~ said...

bw bersabar banyak2 ye...mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..
erm..i nak explain psl kc ni..u interested lg x nak dgr?bleh x bg email kat i...senang sikit nak xplain pjg2....:)

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

alahai kak siannyer ... kalau cam diana pun harusler ... sedih giler ..sabar kak yer ...

azie said...

yup actually kunci myvi feature dia immobiliser..camne diorg leh start ek..suppose kunci lain xleh masuk...risau gak ni coz myvi saya xde buh safety features lain..harapkan alarm ready made tu je..anyway lia..sabar byk2..

Liasari said...

ana,
email me at salwa_iksb@yahoo.com.my

diana,
gitulah ceritanya... mmg tgh sabar ni... redha jelah klu nak meraung pun benda dah xde

azie,
depa ni dah mmg expertise dia kot manufacturer buat safety features semua dia bleh create anti nyer. i suka my honda civic dulu, nak start kereta kena letak kad kat belakang seat without card kereta bleh start cuma dlm 1 min je jln enjin akan mati. but still klu depa pki tow truck sumer bleh jadi!

NadiahKhair said...

alamak lia...
so sorry to have heard this. keter kalau hilang mmg patah kaki kan?
abis now camne? leh claim insurans xlia?

Liasari said...

nad,
patah kaki & patah hati jugaklah. claim mmg boleh tapi dapatnya x tau lg bila, in the meantime still have to serve monthly installmt dgn bank. pay for nothing... ;-)

liza said...

lia.. actually function immobilizer lebih kurang mcm honda you.. cuma hubby kata ni mesti dia tow kereta you.. dia pecahkan cermin kereta mmg xkan bunyi..

Liasari said...

liza,
yelah tu kot. serikkk beli kete... naik beskal je lps ni hehe