hari ni aku rasa nak gelak sampai terguling2 jer... gelihati dengan gelagat sendiri & puas hati at the same time.
pagi tadi sampai ofis aku terus menaip surat to lawyer (pasal rumah). but before that aku call dulu pejabat lawyer, tapi macam biasalah mesti dia keluar. apapun aku bercakap ler dengan assistant dia. tau jelah kan lahar gunung berapi dah meluap2 ni tak tertahan2 lagi nak explode, nak tak nak assistant dia jadi mangsa pertama aku. dah berdas2 laser aku bagi kat dia aku pun sambung taip surat. aku tak boleh terima betul jawapan2 yang agak kurang munasabah like "saya tak pasti lah nanti saya check dulu"... helloooo surat developer tu ada cc dekat ko ye so janganlah buat2 tak tau... itu saja je nak tambah hangin aku.
aku ni kan dulu seketari... so kerja2 buat surat ni memang kegemaran (terpaksa sebenarnya) aku. ambik ko meletup2 surat aku... cukup sinis cukup lada bagai. aku tak peduli lah kalau ada orang menangis baca surat aku tu.
kesian pulak dengan seketari aku hari ni... pagi2 lagi dah tengok muka aku yang mencuka. nasib dia pandai buat diam je tak kacau aku, kalau tak kena tempias dia. by the way, aku bukanlah jenis orang yang suka melampiaskan marah pada orang lain tak tentu arah. cuma time aku tengah tensen janganlah tanya aku benda2 remeh.
lepas solat jumaat hubby pulak pergi attack bank. hubby cakap terkulat2 officer tu tengok surat developer. well, at least hubby's visit tak sia2 sebab sekurang2nya kami dapat indication yang ada something tak kena dengan developer's statement tu.
at the same time, barulah lawyer yang handle rumah aku call. suara dia macam malu2 alang gitu. sorrylah cik lawyer, aku pun malu nak explode dalam surat tapi aku dah tensen. aku cakap kat dia, itu responsibility dialah untuk settlekan masalah aku. dia cakap dia pun tak pernah dapat surat dari bank or sesiapa. aku taruk balik kat dia, kalau tak dapat surat takkanlah ko tak minta langsung... bila bank or developer tak hantar surat kat ko jadi ko pun ambil jalan mudahlah tak update aku apa2 pun. aku pulak nak kena update ko... abih tu aku bayar ko buat apa? sejak sign loan agreement sapa hapa surat pun aku tak pernah dapat dari ko.
petangnya bila aku dah habis interview & meeting bagai, lawyer call semula. hahaha aku rasa nak gelak dengar nada suara dia yang macam orang baru abis marathon. tercungap2 dia bagitau aku sebenarnya developer silap keluarkan statement... yang interest rm7k tu tak wujud sebenarnya!
manalah aku tak rasa nak gelak guling2. terus aku call hubby menjerit horayy kat dia sampai seketari aku jeling2 tengok aku.sure dia pelik sebab satu hari aku mencuka tetiba ketawa... gila apo?
aduhaiii lega rasa... naik balik jantung aku yang nak luruh ni... heheh. Alhamdulillah syukur sangat2 selesai satu masalah. apapun monday depan aku nak shoot satu surat kat developer suruh dia withdraw statement salah dia tu. ada ke patut dia nak suruh aku ignore je statement semalam tu... abis tu esok2 kalau system dia corrupt ke apa ke keluar balik figure rm7k tu sapa yang susah? cukuplah nightmare yang dia bagi kat aku...
patut ke aku buat surat tu? lava gunung berapi aku masih bersisa... aku masih rasa cuak dengan kesilapan dia. takleh bagi muka kan?
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago
2 comments:
boleh lak dia wat silap ek kak... dahlah charge RM7k! ingat 7 ringgit ke...
hehe tulah pasal akak meletup kat developer. nasib je surat tu akak tak cc kat CEO dia... nak kena berkasar skit dgn diaorg ni klu tak diperbodohkan je... x rela mak!
Post a Comment