Sunday, 9 November 2008

Rendang Ayam & Pulut Kuning




walaupun masih dalam trauma tapi masak tetap kena masak juga. tapi aku sebenarnya jadi blank tak tau nak masak apa. petang semalam niat di hati nak sambung membaking untuk hilangkan rasa risau dan ngeri yang masih bersisa tapi aku abandon niat tu.

ni untu lunch today pun tak tau nak masak apa... takde mood & takde idea bernas. kenangkan beras pulut yang masih banyak maka aku pun buatlah pulut kuning. sukalah cik bonnie dapat makan pulut, batuk2 dia pun dah hilang so aku layan je selera dia.

pulut kuning nak makan dengan apa? rendang ayam je jawabnya. aku ni memang tak pandai masak rendang, tak sesedap yang kat kedai. rendang ayam ni pun first time buat, tapi dah pass quality check... tukang rasa diraja cakap sedap & dia cakap lagi lain kali kalau tak balik kampung for raya haji pun tak ralat sebab masih dapat makan rendang. ermmm ... aku kata bukan takat tak balik raya haji, kalau ditakdirkan duduk oversea pun dah tak ralat dah... kuang2. uwekkk nak muntah! perasan! hehe sapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri?

ughhh esok nak kena bangun awal pagi to catch a flight to KT. balik amik last flight sampai malam... nasib tak kena overnight, tak sanggup seh nak berenggang dengan bonnie & clyde tuh.

1 comment:

nOLie said...

sensitip sunggoh pulut kuning ngan rendang nieh...huhuhuh ader citer disebaliknya hehe