Thursday, 27 August 2009

6 Ramadhan 1430H - Bubur Butir Nangka

semalam hubby mengomel sebab hidangan iftar takde 'starter' katanya. selalu berbuka mesti alas perut dulu, solat maghrib kemudian barulah makan hidangan yang agak berat sedikit. aku sendiri tak kisah, ada starter atau tidak asalkan dapat berbuka cukup. tunggulah nanti saat penghujung puasa bila kerja makin menghambat masa, waktu tu lagilah aku takde masa nak berbuka proper. kalau dapat minum air suam dan kurma pun cukup kemudian sambung kerja.

jadi untuk iftar hari ini aku buatlah starter, that is roti john. sekejap aja dah licin pinggan, tak sempat nak snap pic. untuk main pula ku hanya masak nasi goreng sardin. sempoi kan? i had mine with keropok and sambal tempe leftover semalam

sebab terlebih rajin sikit, hari ni siap dengan dessert bubur butir nangka kusediakan. ada sesuatu yang special hari ini... hubby sediakan air bandung!hmm bukan senang nak tengok dia turun ke dapur ;-) ada yang gemuk, ada yang kurus. takde ISO punya tukang bikin kuih ni

3 comments:

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

kak resepi roti john tue share ler ... ;-)

Puan nOLie said...

Oihhh ko buat aku terliur tengok butir nangka itu ..ishk...manerlah nak carik nieh ...

Liasari said...

diana,
roti john tu main campak2 je tak serupa dengan yg jual kat pasar ramadhan langsung! hehehe letak telur, serbuk lada sulah skit, klu ada isi ayam concang letak skit. itu je... asal boleh ngapp!

puan nolie,
kat bazar ramadhan tempat ko bukak payung besar takde jual ke? aku ni pun teringin punya pasal cari tak jumpa aku bikin sendiri jelah... asal boleh ngapp! hehe