terkejut lagi tengahari tadi bila received call dari sekolah fahmi. berdebar2 dada aku bila tengok screen hp tertera no. sekolah dia. bila ku pick up teacher lilies dengan lembut dan sopannya bagi salam dan introduce diri. masa tu aku rasa nak cakap scrap the greetings just go straight to the point. dalam hati aku berkata2 apa dah jadi dengan anak aku.
bila teacher lilies bagitau keadaan sebenarnya barulah aku rasa lega. hilang debaran aku tadi. rupa2nya teacher lilies call nak minta tolong pujuk dan tenangkan fahmi yang menangis kat sekolah. kata teacher lagi dia minta makan sebab tak tahan tengok kawan2 yang tak berpuasa makan kat depan dia. adoilah aku dah pesan kat sekolah tempohari tolong asingkan budak2 yang puasa dengan yang tak berpuasa masa morning break dan lunch break. rupa2nya ada juga yang datang tayang2 minuman dan makanan depan budak2 yang berpuasa.
nada suara teacher lilies menunjukkan dia rasa bersalah. sebab katanya dia dah cuba sedaya upaya suruh budak2 yang tak berpuasa makan di taska yang selang beberapa rumah dari situ, cuma masih ada yang tak mendengar kata. well, nak buat macam mana dah namanya pun budak2. tapi kalau kita tak ajar mereka to respect others bila lagi. pada aku bila parents nak mula latih anak berpuasa itu hal (aku tak kata hak) dan terserah kepada pandangan peribadi masing2lah. aku dan hubby cuba sedaya upaya latih budak berdua ni sebelum mereka mencecah usia 6 tahun atas banyak sebab. salah satunya peringkat umur bawah 6 tahun lebih mudah nak mendidik mereka. aku terbayangkan godaan yang dia harus tempoh bila dah masuk sekolah rendah nanti tentu lebih hebat. jadi kami sependapat eloklah dimulakan asas dari sekarang. pun begitu, itu semua usaha kami, yang selebihnya aku panjatkan doa kepada Allah swt biarlah anak2 aku mudah dibentuk dan kuat kesabaran mereka.
tadi dalam telefon kupujuk fahmi. dia kata kenapa budak 6 tahun pun boleh tak puasa. ku katakan padanya kerana dia seorang anak yang hebat, kuat dan bijak maka dia mampu buat apa yang dia nampak orang lain tak mampu buat. maaf bukan nak memuji anak sendiri, tapi saat2 begini kata2 pujian itulah yang penting untuk kuatkan semangat dia. i thanked teacher lilies so much sebab dia banyak bagi feedback sama ada baik atau buruk tentang fahmi.
dan dalam usaha memujuk fahmi tengahari tadi aku janji padanya aku akan masakkan ayam percik dengan nasi lemak istimewa untuk anak mama yang hebat.
my plate, nasi lemak, ayam percik dan pakis goreng belacan. ummm lama tak makan nasi lemak buatan sendiri dan lama juga tak tumis pakis sendiri masih sedap lagi air tangan ku ye! ihiksss... jangan muntahhh kakahakah
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago
4 comments:
terliur laks tgk nasi lemak kak nieh .. mcm nak msk nasi lemak jer utk buka ptg nieh .. heh..heh..
sila...silakan diana. nak siapkan nasi lemak simple je kan tak yah nak masak lauk byk2
rasa sebak pula bila baca tang kak lia kata nak ajar anak2 kak lia berpuasa sebelum 6 tahun... hehe
cujie,
kdg2 terfikir juga, keras sgt ke didikan aku ni? tp bila difikirkan balik cabaran besar anak2 zmn skrg ni eloklah kak lia berpegang kpd tuntutan mengajar anak bersolat sbl 7 tahun, so why not puasa pun dididik dr awal. itupun rasa byk lg yg kita tak mampu buat
Post a Comment