lepas hubby bangun turun ke bawah untuk bersahur, barulah aku teringat sebenarnya takde satu juadah pun kat rumah sebab aku tak masak semalam. patutlah cepat je hubby masuk semula ke bilik sambung tidur. sempat aku minta maaf sebab terlupa siapkan juadah. ampun hubby.
tengahari tadi selepas deliver sebiji doll kek kat bukit jelutong terus aku dan hubby menuju ke subang parade untuk last shopping raya. tujuan aku hanyalah nak beli 2 helai lagi undergarment xixili dan cari thights for yaya, tapi terus tersasul shopping baju kerja hubby. kebetulan banyak brand yang buat sale 50%. kesian kat hubby banyak kemeja yang dia berkenan dah kehabisan saiz, lalu aku pun dengan cekapnya ronda dari satu brand ke satu brand mencarikan kemeja dan size yang tepat untuk dia. dapat 3 helai kemeja dan sehelai slack untuk hubby in less than 1 hour selepas aku masuk campur. sebenarnya memang sejak dulu aku suka shoppingkan baju kerja untuk hubby. so far pilihan aku tepat untuk dia. kalau nak harapkan dia bershopping memang lambat selesai, cerewetnya boleh tahan... hehe
No comments:
Post a Comment