Wednesday, 30 September 2009

Satu Hari Di Hari Raya II

after spending 3 days & 3 nights kat rumah mil, kami bertolak ke rumah my parents pulak. ikutkan hati berat nak tinggalkan rumah mil. seronok pula tengok my kids bermain dengan cousins dia, tambahan abang ipar & anak2 serta anak my sil baru je sampai raya kedua tu. budak2 baru nak seronok bermain & berebut mainan kita pulak dah nak beransur balik. fahmi takde masalah nak blend in to the group sebab anak2 buah hubby mostly lelaki. yang lucunya yaya canggung sekali nak masuk dalam group boys yang suka main PS2 tapi been rejected. she resorted to membebel tak tentu arah kat all the boys including her abang, so long as she got something to bebel about, kalau tak nanti dia pulak jadik tak keruan. yelah nak ajak bermain kena reject, what else to do... membebel jelah sebab kena ignore. kesian kat dia, cousin perempuan yang lain dah besar2 semua.

beraya di rumah my parents jauh lebih sunyi dari rumah mil. maklum jelah kami adik beradik cuma berempat, my sister plak last minute tukar plan balik beraya dengan mentua di parit buntar, yang tinggal cuma adik lelaki yang tengah with his family & adik bongsu yang masih bujang. pun begitu kira okaylah sebab rumah ma tak sebesar rumah mil. bayangkan rumah mil yang besar gedabak tu tapi orangnya boleh dibilang dengan jari.

like most people aku ambil kesempatan cuti raya panjang. since dah cuti panjang tu aku decide nak buat jamuan kecil for my old friends sabtu yang lepas. sebenarnya aku terkilan tak dapat berbuka puasa bersama2 diaorang pada 12 september lepas disebabkan aku sendiri kena organise majlis kat rumah bos. so kali ni kira acara 'balas dendam' lah. jamuan yang ikut perancangan awal cuma jamuan kecil for maximum 10orang dah jadi blown out of proportion pulak bila my sister nak contribute 500cucuk satay yang ditempah dari my uncle sebab diapun nak jemput kawan2 satu departmentnya seramai 70orang! amboii kalah tuan punya majlis.tersenyum lega my sis bila satay dia sold out macam hot cakes walaupun kawan2 se jabatan dia yang turn up cuma 1 family je! takpe tetamu lain dah tolong habiskan satay2 tu semua.

my mum pulak to the last minute nak jemput juga kawan2 marhabannya seramai 15 orang. so ma buat lebih nasi dagang with gulai ikan tongkol. angkat jari kat siapa tu ma? walaupun penat mengukus nasi dagang tapi tetap menten senyum.

all my bondas and ayahs (aunties & uncles from my father's side) turun dari rawang, shah alam dan semenyih. my youngest brother pun jemput juga kawan2 dia and he contributes ketupat segera, instant samosa dan take charge of preparing the drinks together with his fiancee.

sementara adik lelaki yang tengah tak jemput sesiapa sebab dia sendiri terpaksa kerja petang sabtu tu. pun begitu, dia kirimkan wife dia untuk sama2 tolong sepanjang majlis. take 5 daripada melayan tetamu... sedondon pulak aku & sis in law ku.

aku sendiri sediakan mee rebus, rendang ayam, cakes, mini cheesetarts dan beli lemang yang dibawa khas dari subang perdana untuk jamu semua tetamu. mengenangkan majlis dah bertambah besar malam sebelum majlis tu kelam kabut hubby cari khemah, mujur ada yang sanggup. bukanlah nak perbesarkan majlis tapi eloklah ada khemah untuk keselesaan tetamu, tambahan rumah kami kecil je.my cakes... nak tayang 3 tier cake dish yang baru kubeli sebenarnya...hehe

atuk, nenek dan sebahagian cucu2 mereka

penat tu memang penat. kelam kabut jangan cakaplah. lebih2 lagi bila masak sendiri. tapi alhamdulillah kami anak beranak tau tugas masing2, sama2 gotong royong walaupun kami tak ramai. bak kata wonderpets kami tak ramai dan kami tak kuat, bila bekerja bersama2 semuanya jadi mudah...hehehe.

3 comments:

Anna said...

Salam..
Hai Kak..Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..bila nak wat open house..jemput saya tau.. :)

Liasari said...

Hi anna,
Selamat Hari Raya 2u2... lama menyepi. Haha open house? tunggu house warming... ;-)

Diana (Mama Adam Mukhriz) said...

salam leabran buat kak sefamily .. wah masing2 masak sesama ... meriahnya menu ;-)