Sunday 11 October 2009

Weekend Yang Sarat

Weekend ini penuh dengan aktiviti. Sampaikan bila balik dari open house terakhir for this weekend petang tadi aku terus tertidur dari jam 6.40petang sampai maghrib. Itupun aku terjaga sebab hubby tertangkap aku tidur waktu maghrib. Kalau tak agaknya entah pukul berapa aku bangun, atau worst tak bangun langsung sampai ke pagi hihihi.

Semalam pun jadualku packed dengan aktivti kat sekolah fahmi. Lepas tu sambung siapkan tempahan kek sampai jam 12 tengah malam baru selesai. tak berselara aku nak makan selagi kerja tak siap, maka hubby bawa aku pergi cari lemang. Masa kat open house kindy fahmi semalam tak pulak teringin nak makan.

Tengahari tadi sebaik sahaja semua tempahan kek siap dan dicollect oleh tuan punya kek, kami sekeluarga keluar beraya ke rumah kawan hubby di aman perdana. Cantiknya rumah semi D kawan hubby tu. Dan seronoknya dapat rumah semi D coz ada tanah seluas 10 kaki. Buat aku makan hati sebab tak dapat rumah yang bertanah seluas ni huhu. Pun begitu aku tak ralat sangat sebab perumahan ni terletak hamper sangat dengan kilang2. chehh statement nak pujuk hati sebenarnya ni.

Makanan macam2 dan uniknya tuan rumah hidangkan ubi kayu rebus dengan ikan kering with kelapa. Hmm nostalgia betul hidangan ni untuk orang pantai timur. It’s a reunion for hubby and his friends yang pernah sama2 kerja di Melaka and other places dulu. Sepatutnya reunion raya kali ni giliran kami jadi tuan rumah but since rumah kami ni sempit maka giliran jadi host beralih to his friend. insyaAllah kalau ada rezeki next year reunion raya dirumah baru kami pula.

Dah berjam2 di aman perdana kami beralih pulak ke rumah jiran lama cum ex-babysitter anak2ku dulu di kampong desa subang, tak jauh dari rumah kami. Hmm makan lagi… kononnya makan petang tadi untuk dinner sekali sebab kat rumah kami tak masak. Tapi bila sampai kat rumah makan lagi… hehe terlebih sudah

No comments: