We were so excited about fahmi’s 1st concert. Walaupun dia tak graduate this year, tapi dia participate dalam banyak acara. Fahmi ni jenis yang reserved, he tends to keep things to himself, kalau kita tanya sepatah, sepatahlah yang dia jawab. I got to know yang dia masuk banyak persembahan pun daripada cikgu dia. Kalau tak kerana terserempak dengan cikgu dia last week memang sampai kesudahlah kami tak tau apa2. until the day before the concert he keeps his lips sealed, paling tidak dia kata tunggulah nanti tengok sendiri.
Dia kumpulan pertama yang buat persembahan. Cepat2 aku lari cari tempat kosong di barisan hadapan duduk sebaris dengan pengetua. Hubby, yaya dan kakak kutinggalkan di belakang. Fahmi sikit pun tak nampak takut atau gementar, dia nampak excited nak buat persembahan pertama tarian moden berpasangan dengan Diana, si gadis bertubuh kecil berusia 6 tahun. Bila lagu berkemundang pantas aja fahmi & pasangannya mulakan langkah tarian. Masa tu rasa kagum sangat, pandai anak mama menari, tersenyum je dia.
Selang beberapa persembahan lain, tiba giliran kumpulan dia sekali lagi buat persembahan tarian rock n roll. Aduh rangginya pakaian dia kali ni. Dengan kaca mata merah, baju kotak2 yang dilipat lengan ke atas dan ‘key’ yang terikat di leher Nampak macam cowboy pulak. Cekap pulak tu langkah tari rancak dia. Ughhh patutlah cikgu dia bagi review yang sangat bagus tempohari, rupa2nya dia memang kaki joget. Dalam hati aku berkata, patutlah dia diletakkan barisan hadapan tiap kali buat persembahan, memang hidup gerak tari dia.
His third appearance sekadar jadi pak pacak pegang layang2 untuk tari muzikal lagu desa tercinta nyanyian nora. And his fourth and last appearance adalah kejutan yang ditunggu2 iaitu perarakan 3 pasang pengantin masuk ke dewan. Fahmi jadi pengantin India! Last minute rancangan bertukar sebab tadika cawangan lain dah book student dia jadi pengantin melayu. No big deal… yang penting anak mama dah jadi penghibur terkenal hari konsert tu, masakan tidak 4 kali asyik keluar pentas. Glamer nye anak mama hihi
a very big applause kat tadika fahmi, his teachers and principal sebab berjaya organise satu persembahan yang buat parents semua terhibur. for me personally sebagai parents rasa terkejut pun ada sebab this konsert shows another side of my son, he's so talented dan ternyatalah kerisauan aku dia yang dia mungkin akan jadi kaku atas pentas memang tak berasas. kat rumah dia lain, kat sekolah dia lain. hmm i'm glad i was at the concert for at least i discovered a few new things about him. i wonder apa lagi surprise yang dia ada for mama in the years to come?
i took the day off today, badan sakit... demam yang jadi tak jadi sejak dua tiga hari lepas betul2 menjadi akhirnya. sakit sendi2 ku satu badan. better rest, esok kerja!
No comments:
Post a Comment