Friday 16 April 2010

Cerita Gempar Malam Tadi

Kepala terasa bingung sebab tak cukup tidur malam tadi, sekadar 3 jam aja dek kerana melayan kisah tergempar yang berlaku di kejiranan. Ni bukan nak ceritakan keaiban orang, tapi sekadar mengupas gejala social generasi muda.

Sebaik siapkan tempahan kek tepat jam 12.30mlm saya dah beransur nak tidur. Tapi ‘bantal busuk’ (hubbylah) takde pergi cycling tengah malam acara mingguan dia & geng2 setamannya sekarang ni. Memang susah nak tidur kalau takde bantal busuk ni, sudahnya saya terkelip2 sorang dalam gelap sampailah jam 1.40pagi bila saya terdengar bunyi grill ditolak menandakan bantal busuk saya dah pulang barulah mata terpejam. Sempat juga saya terlena dalam 5-10min, terjaga semula barangkali sebab minda bawah sedar saya terasa ketiadaan orang yang ditunggu2. Cepat saya capai handphone tengok jam 1.50pagi, ada message dari hubby mengatakan dia join orang ‘ambush’ rumah budak bujang student U yang not directly depan rumah kami. Menjenguklah saya keluar tingkap dalam gelap nampak batang tubuh hubby dan geng bas sekolahnya (geng basikal) depan rumah anak2 teruna tu.

Rupa2nya geng basikalnya terjebak ikut sekali selepas diajak pak imam yang mengetuai raid tu. Dengar cerita ada jiran kami yang buat aduan selepas ternampak kelibat perempuan dalam rumah selama 3 hari berturut2 sejak 3 hari lepas. Sebenarnya sebelum saya melelapkan mata tadi sudah saya jengah keluar tingkap tengok kalau ada apa2 yang mencurigakan. Nampak tenang aja rumah depan kami tu, gelap gelita barangkali semuanya dah tidur. Memang dah kebiasan saya sebelum tidur menjengah keluar sejak di rumah lama lagi. Mata saya umpama merakam pemandangan akhir diluar rumah sebelum tidur, bila nampak segalanya in order baru senang nak lelap mata. Saya perhatikan juga rumah anak2 teruna tu, bukan sebab saya ada perasaan tertentu, tapi memang sejak kerap terserempak budak2 perempuan bertandang tak kira siang atau malam, bukannya sekejap atau sekadar duduk luar rumah, selalunya berjam2 di dalam rumah sesekali kedengaran hilai tawa yang cukup nyaring. Cukup untuk buat kami jiran2 ni tahu ada tetamu berlainan jenis di situ. Pernah dulu sekali hubby buat aduan pada jawatankuasa taman, sudahpun dinasihatkan mereka. Tapi umpama mencurah air ke daun keladi, tegar.

Bukannya nak buruk sangka, tidak pula kami membayangkan sebarang kelakuan sumbang di rumah tersebut. Malah saya yakin mereka tidak berbuat sumbang, setakat yang saya perhatikan, mereka ni baik2 belaka.Tapi tidaklah bermakna boleh dibiarkan saja pergaulan bebas sebegitu sedangkan hati dan minda berkata perbuatan itu salah. Sungguhpun atas alasan buat study group sekalipun tetapi kenapa perlu ditempat tertutup? Dan tak mengenal siang atau malam. Elakkanlah fitnah, jauhilah perbuatan yang mendekatkan diri dengan maksiat. Kalau nak berbincang soal kuliah sesame kaum sejenis kat mana2 pun takpe, kalau bercampur lelaki dan perempuan buatlah secara terhormat, ditempat terbuka dan terang, jaga tingkah laku (bukan dengan hilai tawa yang bergema atau bertepuk tampar) supaya tidak disalah sangka. Kalau tidak terpaksalah kami jiran2 ni laksanakan tanggungjawab memberi teguran, kerana saya tak mahu terseret sama dosa bersubahat. Bukan itu saja, saya tak mau anak2 kami yang masih kecil ini terikut2 dengan nilai social yang mereka lihat depan mata sendiri.

Apapun saya juga manusia kerdil yang lemah iman. Saya membesar di bandar kecil, walau punya kawan lelaki dan perempuan pelbagai bangsa tapi yang saya perhatikan rata2 teman sebaya masih punya sifat pemalu (skema) yang tebal. Berkawan rapat macam adik beradik tapi tidak melanggar batas, keluar malam jauh sekali. Kejadian malam tadi menyedarkan saya betapa teruknya nilai social zaman sekarang. Seram sejuk memikirkan cabaran social yang bakal anak2 saya tempuh nanti. Moga2 anak2 saya tidak terjebak dengan perkara yang tak senonoh. Hmm… better stop my children from watching those western teens series yang banyak disiarkan kat astro tuh.

No comments: