Tuesday, 20 April 2010

Kejutan Yang Mendamaikan

Malam tadi saya melayan hubby melayan saya berbicara sebelum tidur. Sangat ringkas perbualan kami kerana saya sendiri sudah kepenatan dek kerana badan yang suam2, mata yang kepedihan dan tekak yang agak kering – tanda2 tubuh dihinggap flu, tapi hati saya masih belum rela membiarkan roh meninggalkan jasad buat sementara, not before dibelai2 dan dilayani kerenahnya oleh sang hubby. My darling hubby obliged walaupun saya lihat dia sendiri penat. Jual ikan sungguh saya.

Kesempatan yang sekejap cuma malam tadi digunakan hubby untuk meminta buah fikiran saya tentang apa yang boleh saya lakukan dengan sejumlah wang (jika diberikannya kepada saya) untuk generate sejumlah wang pula secara tetap setiap bulan. At that moment saya akui yang saya takde idea melainkan idea2 yang pernah saya lontarkan kepadanya sebelum ini. Cuma saya tak pasti bolehkan idea2 tersebut membuahkan hasil yang tetap seperti yang dia mahukan. Akhirnya bicara kami terputus sampai di situ saja, kami sama-sama tertidur. Barangkali ketidakterujaan saya melayan bicara dia yang sebenarnya melayan kerenah saya agak menjengkelkan dia malam tadi.

Pagi tadi saya buka gmail saya. Ada kejutan yang mendamaikan hati. Ada seseorang yang operates a famous restaurant menjemput kami untuk satu kolaborasi. Masya Allah! Saya rasa nak menitis air mata terharu. Allah Maha Pemurah, masih diberiNya saya peluang demi peluang. Sungguhpun ini baru sekadar jemputan, kebiasaannya saya agak payah nak bercakap tentang sesuatu yang belum pasti tapi kali ini tak dapat saya sembunyikan rasa syukur. barangkali inikah jawapan kepada persoalan hubby malam tadi? InsyaAllah tak akan saya sia-sia kan.



p/s: entah kenapa lenggok bahasa entry saya semakin berlainan kini. Kalau kalian semua keliru, saya sendiri apatah lagi! Sisi sopan dan skema saya semakin terserlah. Kenapa dan bagaimana ini boleh terjadi?

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

amin..amin.. reseki kak sekeluarga .. moga bizz kak akan suksessss ;-)

Liasari said...

insyaAllah...moga2 menjadi.
akak doakan diana berjaya sambung masters... seronoknya dpt belek buku ilmiah semula ;-)