As for the dress, the girls (my nieces) semua dah fitting baju, Jumaat malam on the way ke rumah my mum saya singgah ke kuarters klia pick up anak-anak gadis kakak saya. Penuh kereta saya dengan kanak-kanak riang. Takdelah sunyi bila lalu ladang getah yang gelap gelita waktu jam menunjukkan pukul 11.15malam. Tapi anak saudara saya yang seorang ni, si Amalina laser sungguh mulut dia dalam pelat yang belum hilang tu asyik buka cerita hantu aja. Senak perut saya! Memang kakak saya dah bagitau awal-awal si cilik seorang ni tak ubah macam kakak dia masa kecil suka cerita hantu! Owh saling tak tumpah juga macam mama dia sendiri yang sejak kecil selalu berebut channel tv dengan saya sebab suka tengok cerita hantu sedangkan saya ni penakut! Bila saya warning kanak-kanak riang di seat belakang nak tinggalkan sesiapa yang cerita hantu ditepi jalan barulah masing-masing diam. Berbalik kepada flower girl’s dress, Alhamdulillah semuanya muat dan cantik. Gadis-gadis cilik semuanya suka sangat siap ada yang tak mau tanggalkan dress. My mum pun teruja tengok cucu-cucunya comel lote bergaun putih bunga purple, terus suruh cucu2nya berposing. Saya pun apalagi, grab camera dan buat pre-wedding photoshoots.
Saya beli 4 helai kemeja yang sama berlainan saiz for all my nephews termasuk nephew tiri! Baiknya lah hati mak saudara sorang ni kan, bertambah sayang lah anak-anak saudara pada saya, mak saudara yang suka manjakan mereka! Saya tak cadang pun nak sponsor baju for the boys,tak larat seh nak tanggung semua tapi in the end, kalah juga saya. Diaorang tu semua anak-anak saya juga takde bezanya.
Kalau anda berkenan dengan dress ini atau mencari flower girl’s dress silalah kunjungi http://brandedkidscollection.blogspot.com. Sangat selesa berurusan dengan ownernya Norida yang saya jumpa pagi sabtu lepas. Dia boleh bertolak ansur tukar size baju.
No comments:
Post a Comment