Hidangan meja pengantin untuk makan beradap juga kami sediakan sendiri secara gotong royong dengan makcik-makcik saya. Tak sempat saya nak ambil gambar sebab lepas siapkan lauk pengantin saya sibuk siapkan kek kahwin 2 tingkat pula. Lepas siapkan kek terus siapkan flower girls pulak. Flower girls ni pun boleh tahan demanding, tak mau disiapkan oleh orang lain, masing-masing nak tunggu saya juga. Bila saya minta ema, maid kakak saya mekapkan flower girls, mereka protes tak mau sebab kata mereka kak ema mekap macam badut! Aduh… habis tu saya ni pandai sangat mekapkan orang? Mekap diri sendiri pun comot!
Silalah jamu mata lihat gambar-gambar sekitar majlis. Ada peristiwa lucu dan ada peristiwa sedih. Lucunya pada hari kenduri adik saya ni, my cousin perempuan sebelah abah juga berkenduri kahwin di hulu Langat. Dan 2 orang dua pupu saya di Terengganu juga kahwin pada tarikh yang sama! Jadi takdelah adik beradik abah yang datang sebab semua pergi kenduri my cousin di hulu Langat. Her father happens to be my father’s older brother jadi haruslah bertandang ke rumah abang yang paling senior.
Dan barangkali ada hikmahnya juga mereka utamakan kenduri di Langat sebab masa tengah sibuk kenduri tu kami dapat khabar mak cik Seri yang juga adik ipar my father meninggal dalam tidur. Hikmahnya sebab kenduri di Langat tu hanya beberapa kilometer aja dari rumah arwah jadi dapatlah kaum keluarga abah cepat-cepat pergi uruskan jenazah. Selepas melayan tetamu ala kadar, tengahari yang sama abah dan hubby bergegas ke Langat. Sedihnya sepupu2 saya kehilangan ibu mereka dalam tempoh tak sampai 1 tahun selepas my uncle meninggal bulan ogos tahun lepas. Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment