Wednesday, 7 July 2010

Bila Tekak Kering... Tandanya?

Bila tekak terasa kering, perit, hidung rasa panas, mata terasa pedih, badan rasa warm tapi bila mandi jadi sejuk mengigil, itu tanda-tanda nak demam selsema. Dapat sipi-sipi selsema yaya barangkali. Semalam dia tak ke sekolah, berehat kat rumah sebab badan dia panas (sungguhpun tak keterlaluan). Suara dia dah makin serak dan garau. Awal pagi tadi dia batuk-batuk pula.

Sejak semalam saya dah jauhi air sejuk. Walaupun masa berbuka puasa sunat semalam tekak rasa teringin sangat nak minum jus guava dalam fridge tapi saya tahankan. Bila tekak perit begini memang tak lalu sangat nak minum air sejuk. But I have to take orange juice cepat-cepat to prevent me from the flu and cold. Selalunya berkesan. Tak gemar kalau kena demam selsema, kepala berdengung dan bingung, sendi2 sakit dan lemah. Tapi sakit itu kan mencuci dosa-dosa kecil?

2 comments:

iswatie "colours of life" said...

saya lak kalu rasa sakit tekak tuh n badan dah suam2 kuku tuh trus rasa nak mkn air berais.

Liasari said...

wahh terbaliklah pulak watie