oklah enough lah bercakap pasal lagu raya. malam ini tiada tayangan menu iftar sebab saya cuma masak spaghetti dengan sos chicken bolognese sahaja. simple tapi yang penting sold out. cuma saya nak buat tayangan dessert kegemaran saya. saya pernah cerita pasal bubur campur dalam entry ramadhan tahun lepas rasanya. tapi tak pernah tunjuk rupa. kebetulan masa on the way balik dari rumah mil awal ramadhan lepas kami singgah berbuka kat rumah my mom. agaknya bila tengok saya ada berbuka kat rumah, abah pun terus pergi cari bubur campur sebab dalam rumah tu sayalah yang paling suka makan bubur campur. aduhhh rasa syahdu lah pulak, dah besar panjang begini pun masih ada kesukaan saya yang abah ingat. yang saya ni masih ingat lagi ke benda kesukaan abah selain kek buah dan tat nenas. dah rezeki saya agaknya, kecil2 abah lebihkan anak2 lelaki dia, sungguhpun begitu bila saya dah beranak pinak begini rupa2nya masih dia ambil berat kesukaan saya.
beginilah rupa bubur campur. bubur ni hidangan orang minang. kalau kat seremban memang orang minang lah yang jual tapi cuma bulan ramadhan je boleh jumpa. ianya adalah campuran pengat pisang, bubur kacang hijau, sagu mata ikan, bubur gandum, bubur kacang hitam dan paling saya suka bubur tepung pulut bulat2 yang warnanya putih dalam kuah perang pekat likat... mengingatkan saya pada slimmer watak makhluk hijau berlendir dalam kartun ghostbuster. saya gelar bubur pekat likat tu slimy tapi rasanya sungguh yummy ;-).
No comments:
Post a Comment