The concert was held on 27 November. Kalau ikutkan jadual awal sebenarnya tarikh tu bertembung dengan konsert cum graduation day Fahmi. Mujur towards the end sekolah Fahmi pinda tarikh bawa ke hadapan, kalau tidak terbelah dua badan mama tak tau nak pilih konsert mana nak attend. Kesian pula anak-anak nanti kalau cuma one of their parents sahaja yang hadir. So, Alhamdulillah tak perlu gaduh-gaduh, the whole family dapat pergi konsert Fahmi & Yaya. Even my mum and nieces who were around at that time pun dapat attend both concert. Meriah!
Konsert Yaya ni simple je. Cuma ada 2 persembahan je yang dia terlibat iaitu rock n roll dance dan tarian bollywood. Tapi bab nak cari baju for persembahan tu yang buat kami pening dan sedikit frustrated dengan pihak sekolah. Bukannya disebabkan susah nak kena cari baju tema bollywood ke rockers ke tapi tension mencari long sleeve t-shirt warna hitam with long pants hitam berbunga-bunga and tudung hitam. Semuanya serba hitam! Kalah dresscode arqam. Bunyinya macam senang kan? Trust me, it was not as easy as you think. Puas jelajah shopping mall nak cari yang serba hitam. Manalah ada orang nak pakaikan anak pakaian harian hitam kan? Hitam bukanlah warna favourite for children, kalau orang buat baju kanak-kanak mesti buat bright colours. Bila dah jumpa t-shirt long sleeve hitam, satu kerja pulak nak cari seluar hitam berbunga-bunga. Mana ada? Saya beli jugalah pants hitam dengan lining pink. Bila hantar ke cikgu dia reject. Panas hati. Kenapalah tak carikan je biar seragam semua lepas tu suruh je parents bayar.
But it was fun anyway. Seronok tengok how well-behave nya anak-anak kita bila under supervision of their teachers. Seronok tengok keletah mereka atas pentas. Yaya seperti yang telah saya jangkakan sangatlah jinak di atas stage. Bila menari goyang badan pun ala kadar je. Padahal masa berlatih kat rumah gaya dia kalah elvis presley. Ni jenis yang berani belakang pentas je. So unlike Fahmi yang kat rumah dia langsung tak mau berlatih or cerita anything tapi bila atas stage whoaa macam dunia dia yang punya.
So there goes, her 1st year in kindy. Next year she's going to kindy abang dia. Saya pula yang rasa sedih nak tukarkan dia sekolah. Sebab walaupun kindy sekarang nampak macam so-so je dari segi pembelajaran tapi sangat selesa sebab dekat dengan rumah, pergi balik sekolah pun teacher yang hantar. Lepas tu saya suka sangat sebab sepanjang Yaya duduk kat daycare sekejap tempohari dia diajar bersolat. Lepas zuhur all the kids took a nap kemudian bila masuk waktu asar mereka dikejutkan untuk solat. Sampaikan ayat-ayat lazim dalam solat pun dia boleh recite dengan lancar. Sejuk hati saya. Cuma tu lah, bab pembelajaran lain tu agak ketinggalan. For her sake terpaksa lah saya tukarkan sekolah :-(.
So long tadika mindaemas.
No comments:
Post a Comment