The rain continues to pour sehingga pagi tadi sewaktu saya keluar ke tempat kerja. Hujan tak lebat. My mum used to say this, lebih baik hujan turun lebat sebab ia cepat reda daripada hujan turun tak lebat yang selalunya berlarutan tak berhenti-henti. Kata-kata ma yang saya dengar masa kecil dulu sebelum saya mengenal ilmu alam saya pegang hingga kini, ternyata masih kukuh kebenarannya.
Walaupun semalam hujan sepanjang hari tapi saya dah hubby sempat juga keluar jogging awal pagi semalam. Alhamdulillah, stamina sudah semakin baik sebab saya berjaya habiskan 4 pusingan berlari keliling tasik tanpa rasa lelah dan strain muscle berbanding selalu. Tapi improvement ini agak lambat juga. For the past 1 year kemampuan saya berlari static setakat 3 pusingan saja, itupun sering disulami sakit pada betis dan lenguh kaki. Semalam terasa kalau berlari 5 pusingan pun masih okay tapi I don’t want to overdo it, biarlah perlahan-lahan. Nanti terkejut badan ;-). Few weeks ago saya paksakan diri berlari 5 pusingan, akibatnya sakit satu badan, sakit kaki jangan cakaplah. Berkat makan kalsium dan multivitamin agaknya.
Sehabis je larian, hujan mula turun rintik-rintik. Mujur sempat sampai kat rumah. Kebiasaannya hari Ahad kami breakfast di laman rumah, tapi sebab hujan maka kami breakfast kat dapur jelah. Lepas breakfast saya ajak hubby dan anak-anak keluar nak recce jalan alternative ke Pulau Indah. On the way balik bolehlah singgah lunch kat café Upin Ipin di seksyen 7, shah alam sambil shopping kain cotton untuk baju kurung Yaya. She need beberapa pasang baju kurung untuk ke kelas agama. Bukannya takde baju kurung langsung, tapi yang ada semuanya baju raya lengkap bermanik lip lap. Tiap-tiap hari duk ulang pakai 2-3 pasang tu nanti naik reput dan lerai pula manik pada baju. Sudahlah anak dara saya tu ganas. Saya beli kain cotton murah rm3.50 semeter kat Jakel. Biarlah orang mencemek kata standard kain langsir or kain alas meja, setakat nak pakai buat basahan tak kisahlah. Kalau nak bergaya kain sifon tunggulah raya ye.


Rasanya cukuplah sekali datang café ni. Rasa tak berbaloi langsung every single cent we spent here. Food kat kantin sekolah Fahmi pun lebih sedap dari sini. Patutlah masa mula-mula masuk café ni saya hairan tengok café kosong takde pengunjung padahal it was peak time lunch hour. Kedai sebelah dan seberang jalan sarat pengunjung. Tapi sebab dah janji dengan anak-anak maka kami masuk juga.
No comments:
Post a Comment