Oh ya, saya pasti anda kata saya ni tak sudah-sudah dengan kerabu. Memang tengah kemaruk kerabu lah katakan. Bukan saya seorang kemaruk kerabu, kakak juga yang sudah kehabisan idea nak masak hidangan sayur selesa menyediakan kerabu sebagai lauk dinner kami malam ini. Alahhh dah berjangkit kat dia lah pulak, sah lepas ni menu kerabu top dalam list masakan dia sampai incik hubby mengomel muak nanti. Macam tulah style lauk kat rumah kami ni, kalau asam pedas tu seingat saya yang saya ajar sejak dia datang dari kampung sampailah sekarang dah jadi menu mingguan. Takdelah menu lain asyik asam pedas, ayam masak merah, tom yam dan sup yang dia ulang tayang setiap minggu. Sebab itu jelah yang sempat saya ajar pun :-).
Kenapa saya pilih Nasi Kerabu andaikata lah saya masuk iron chef? Wehh perasan tinggi benar! Sebab masa saya buat hidangan ini kali pertama semalam, barulah saya sedar bahawa hampir setiap condiments nya dibuat menggunakan kelapa ataupun santan sebagai bahan utama mahupun sampingan. Nak buat sambal ikan pun pakai kelapa yang disangai sedikit garing. Nak buat kuah atau sambal cilinya pula letak santan. Nak buat solok lada pun guna kelapa parut yang digaul bersama isi ikan. Dan dalam hidangan kerabu ulam saya pula, juga saya gaulkan bersama kelapa sangai kering. Dah gitu, tak semuanya kelapa? Cukuplah tu nak lawan iron chef hehe.
4 comments:
Meleleh air liur aku tengok seripah oit...menyampah makan nasi kerabu kat KL nieh...tak jumpa lagik yang sedap...kalau balik kmapung lepas gian arr
wakaka aku gelihati klu ko sebut nama asli ku itew... tingat cikgu lama kg bongek tuh.
kakak, aku ni lg innocent tak penah mkn nasi kerabu... tak tau tang mana yg sedap. agak lps ni kenalah aku kurangkan rajin masak tp rajin beli bekfest kat kedai. tapi jauhlah pulok nak kena gi kat area umah lama baru jumpa nasik kerabu heee.
melampaunye ko sebesar2 KL ni x kan xde.
waahhh sodap..teringat aku nasi kerabu kuala terengganu (first time makan..beb)
klu dalam picture tuh ada ayam goreng or daging salai perrgghhhh...mau aku terjah umah ko
shida,
tu nasi kerabu economy class. makan dgn telur asin je (tp sbnrnya aku x mkn pun telur asin, takat wat posing je), ikan kembung goreng. nak wat daging salai takde stok dlm freezer lah. xpe len kali pulak buat...tunggu org tu terja rumah tak smpi2 lagi ;-(
Post a Comment