Hari ni hari khamis. Tapi saya tak puasa sunat seperti kebiasaan. Sebab kepala saya sakit sangat berdenyut-denyut sejak petang semalam. Dah telan panadol tapi sakitnya hilang sekejap je. Tak tahan sakit punya pasal saya berbuka jam 11.10 pagi tadi lepas bawa anak-anak ke klinik. Telan panadol lagi 2 biji dan drive ke ofis.
Kawan saya sms, entah mana dia dapat cerita kata saya sakit padahal saya masuk kerja lambat today sebab bawa anak-anak yang sakit ke klinik. Budak-budak (saya panggil budak sebab orang dewasa tak buat kerja macam ni) kat ofis saya memang pandai pusing cerita. Kawan saya kata saya ni macam dia. Saya pelik. Kenapa pulak? Kata dia sejak pindah ofis ke pulau indah saya selalu sakit-sakit macam dia juga. Saya kata salah. Sejak pindah ke pulau indah saya baru 1 kali sakit – sebab demam selsema teruk awal bulan ni. Tapi dia entah dah berapa kali ambil MC! Dan pulau indah tiada kena mengena dengan demam selsema saya. Masa kerja kat ofis yang selesa tidak padat dalam bandar yang dekat dengan rumah tu pun awal tahun lagi saya dah kena migraine. Macam mana tu? Eiii kalau dah terasa bersalah sebab banyak ambil cuti dan banyak ambil MC daripada datang kerja (padahal new year baru je masuk 3 bulan) janganlah nak himpun kawan masuk dalam spesis kaki cuti dia. :-P
Kawan gaduh mulut pula datang lepak bilik saya masa lunch break tadi, dia sangkakan saya cuti. Saya tanya dia siapa yang cakap saya cuti, saya jarang sekali masuk lambat tidak seperti dia yang setiap hari clock in jam 11 pagi (sebab liat bangun pagi) tiba-tiba hari ni saya masuk lambat pandai-pandai je orang kata saya cuti. Kawan ini tukar soalan, “oo bukan ke awak nak ambil cuti this week”. Saya tergamam seketika, ini gosip liar sungguh langsung tak terniat saya nak bercuti-cuti hatta tau ini musim cuti sekolah dan anak-anak merengek nak pergi jalan-jalan. Akhirnya dia berkata “ oo kalau awak tak cuti baguslah sebab saya nak apply cuti”. Owh saya lupa sekejap dek kemarahan pada orang-orang yang suka reka cerita. Ini soalan “psiko” sebenarnya dan saya sudah masuk jerat dia. Yang nak cuti sebenarnya dia tapi sebelum apply cuti dia nak pastikan line clear means bukan semua senior management ambil cuti serentak, kalau tak alamatnya tipis peluang cuti dia diluluskan. Keji!
Di ofis ini, hati-hati dengan orang yang suka guna ‘ayat-ayat psiko’. Kalau dah lama kerja anda taulah apa maksud saya ‘ayat psiko’.
Nota: Orang yang baik bila tiba-tiba satu hari 'ter' buat jahat, mesti kecoh satu kampung. Orang yang dah biasa buat jahat, satu kampung tahu dia jahat bila tiba-tiba buat baik 1 kali takde sapa heran. Err... apa kaitannya falsampah ni dengan cerita kat atas?
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago
No comments:
Post a Comment