Tapi tak dapat saya nak ikut gaya dia, (bukan gaya nabil, gaya kawan saya tu) sebab tak reti sangkut shawl atas bahu macam orang lain kat ofis ni. Saya tak suka banyak sangat aksesori atas badan, rimas dan lemas. Tengok orang balut shawl nampak comel je and feminine… saya ni tak cukup feminine, macam pokok kelapa je tegak sebatang gitu.
Tempohari bila saya pakai gelang antik berbatu warna warni saja nak bagi berseri sikit sebab pakai blouse putih, terus jadi perhatian. Nampak sangat saya tak biasa berhias berlebihan. Tapi hakikatnya memang macam tulah saya, suka simple je tak suka yang sarat barat, barang kemas pun tak reti nak pakai. Kalau gi shopping tak suka bawa handbag, bawa handbag gi keje pun sebab nak sumbat barang essential. Sememangnya saya jenis simple orangnya dan praktikal (alah sebenarnya ko tu tak fashionable ngaku jelah! :-P). Kot nak bergaya lebih sikit pun bila time raya or pergi majlis orang kahwin. Lain pada tu ala pokok kelapa jelah tegak sebatang. Sesuailah dengan karekter saya.
Samalah macam dessert yang saya buat 2 hari lepas ni. Memang macam gitu je rupa dia tak payah nak berhias bagai pun sedap. It look simple dan nak membuatnya pun mudah. Tarte tatin nama dia. It is a French word jadi sebutannya harus ada sedikit diskaun di situ. Lidah pendek ke apa orang perancis ni – sila sebut tart tate.
Tarte tatin ni pada saya umpama upside down apple pie lah kiranya.
No comments:
Post a Comment