Yeahh countdown lagi. Lagi 1 hari lagi nak mula berpuasa. Rasa macam berdebar sikit entah kenapa padahal bukannya tak biasa berpuasa, dah terlalu biasa sebenarnya! Seingat-ingat lupa saya (maklumlah sebab dah jadi amalan/kebiasaan sangat) rasanya dah 3 tahun saya amalkan berpuasa sunat Isnin Khamis, sejak mulakan 3 tahun lepas belum ada bulan yang saya tak puasa sunat langsung, kalau miss pun mestilah time angkat benda merah sahaja atau bila public holiday duk kat rumah suami ada tak bolehlah kita nak teruskan berpuasa. Nanti siapa nak teman cik abang makan, kan?
Pun begitu, kali ini tetap rasa berdebar. Maklumlah bila puasa bulan ramadhan ni suasananya lain sikit dan dugaannya pun berbeza. Kalau puasa sunat yang puasa cuma diri saya sendiri. No rush balik rumah nak prepare juadah berbuka sebab yang berbuka pun cuma saya seorang. Saya ni mudah dan ringkas, makan apa saja. Kadang berbuka dalam kereta on the way nak balik rumah tu, saya makan je coklat atau keropok. Bila sampai rumah nanti barulah jamah nasi sikit (itu kalau ada mood nak makan nasi, kalau mood kureng kujamah lauk je).
Tapi bila tiba ramadhan ni, tak boleh pakai attitude 'no rush' tu lagi dah. Memang kena rushing sokmo. Rushing balik rumah nak masak untuk suami dan anak-anak nak berbuka. Ramadhan cuma 1 bulan je dalam setahun, takkanlah saya nak lantakkan je incik suami dan anak-anak berbuka dengan lauk air tangan cik pembantu rumah. Jangan pula disalah ertikan ingat saya terlalu memperbesar-besarkan hal makan padahal ibadah puasa itu yang lebih utama. My point is that saya ada anak-anak yang sedang berlatih berpuasa, walaupun saya masak seringkas mana sekalipun tapi hidangan saya sangat berbeza from what they normally get from cik pembantu rumah. It is a reward for them, biar mereka rasa bermotivasi sikit. Kalau dulu masa diaorang kecil yang berpuasa cuma saya dan hubby, saya jarang or langsung tak masak kami banyak beli food kat bazar ramadhan je. Jadi seperti tahun lepas, saya dah siapkan menu sepanjang ramadhan. Biar senang incik hubby membeli belah di pasar, so that he knows what to buy for that week, boleh minimise pembaziran. Takdelah sayur-sayur kecut dalam fridge menunggu untuk digunakan. Dan senang juga kerja cik pembantu rumah boleh siapkan bahan-bahan untuk saya masak. Come to think of it, wah bertambah ringanlah kerja cik pembantu rumah sebab puan besar take over masak. Just 1 month in a yer je cik puan, 1 month je... ;-)
Now, kenapa saya berdebar?
1. Sebab saya kerja jauh took me 1 hour or more to reach home. Kat perjalanan tak tau lah dugaan apa yang menanti. Faham-faham jelah kat pulau indah ni kalau lori terbalik mau dekat 40mins-1jam stranded kat sini.
2. Semalam balik kerja saya nampak tepi jalan depan uitm puncak perdana tu dah ada beberapa tompok timbunan pasir dan crusher run (batu kerikil). Bahu jalan juga sudah dikeruk... haiii takde ke bulan lain diaorang nak buat kerja jalan (roadworks). Sah jalan jam balik kerja nanti, don't know for how long. Kenapa ye buat kerja jalan mesti kena bulan puasa. Kat Mesia ni banyak 'Jalan Raya'.
3. Anak-anak saya sekarang pergi sekolah awal. Fahmi sebab masuk sekolah awal, Yaya sebab mama dia yang kena keluar awal. I wonder if they can cope with their rest time being reduced. Malam dua-dua mesti ikut kami berterawih di surau, tidur lewat sikitlah dari kebiasaan. Hmmm... rasanya Fahmi tentu dah tak dapat berterawih sama lagi. Yaya boleh tahan lagi kot sebab minah ni sekolah half day je balik sekolah boleh tidur. Bolehlah dia berjaga malam. Kalau Fahmi hmmm pukul 8.30 dah zzZZzzz.
4. I plan to change our diet puasa, berbuka hidangan ringan, while sahur yang lebih berat supaya anak-anak cukup energy dan nutrition di siang hari. Maklumlah si Fahmi sekolah dari pagi sampai petang, perlu energy secukupnya. Tapi saya kurang yakin dengan diri sendiri. Berapa lama saya boleh bertahan bangun awal pagi temankan mereka bersahur? Saya mengaku saya memang LEMAH bab bangun sahur ni. Inikan pulak nak siapkan sahur yang heavy sedikit (bukan apa pun setakat burger, nasi goreng, bihun goreng macam breakfast). Boleh buka mata tak aku ni? huhu... tahun lepas saya sub kat cik pembantu rumah je. While hubby sahur sorang. Terukkan saya ni ...ngeh ngeh ngeh.
Anyway, selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam. Semoga diberi kekuatan iman dan kesihatan tubuh badan untuk beribadat.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago
No comments:
Post a Comment