Dulu buat entry segalanya mee - mee rebus tulang, bihun sup tulang, mee seafood laksa dan segalanya kelapa. Kali ni buat entry segalanya durian pulak.
Umum sudah tahu kat rumah saya ni memang ada hantu durian. Hantu-hantu durian saya ni mewarisi selera saya masa kecil. Once upon a time dulu saya sendiri pun hantu durian, kalau tiba musim durian, abah akan bawa balik durian yang manis untuk saya sebab dia tau saya tak suka durian lemak pahit. Abah saya ni memang pandai cari durian yang sedap. Kali pertama saya dan hubby mengenal durian udang merah adalah melalui abah. Since then, we are hooked! Saya dah tak nak durian lain lagi dah. Pendek kata, saya lebih rela demam kerana makan durian udang merah daripada demam kerana durian biasa. Cheh sombong! Sekarang ni badan memang cukup kalah dengan durian, makan sikit dah sakit kepala dan rasa nak demam. Banyak kolestrol durian ni (ke aku yang banyak kolestrol? hahah). Pasal tu saya sanggup tahan kenginan nak makan durian sehingga jumpa udang merah.
Malam Sabtu lepas kami keluar makan. Seharian dapur tak berasap sebab siang tu dah separuh hari tengok sports day Yaya, balik rumah tukang masak declare gantung apron. Malam tu kami ke kedai mamak di pekan meru, klang dekat dengan rumah. On the way ke kedai mamak tu anak-anak dah ternampak gerai jual durian tepi jalan. Apa lagi terus menjeritlah diaorang suruh beli durian sebab dah lama budak berdua tu minta saya buat kuah durian, saya bagi alasan takde durian. Aii kalau terus beli maunya harum semerbak kereta saya sebab durian lama terperap dalam but kereta. Pujuk diaorang beli on the way balik lepas makan nanti. Cukuplah sekali saya bawa durian balik dari pulau indah ke rumah, 1 minggu baunya tak hilang, tiap-tiap hari kepala saya sakit dalam seminggu tu.
Rezeki kami baik malam tu. Dapat durian udang merah yang tersangatlah manis. Siapa sangkat gerai kecil tu ada jual udang merah pada harga RM7/kg, jauh murah berbanding harga waktu peak. Hubby beli 4 biji, tak besar pun dan isinya pun dah lembik. Durian lama, agaknya takde orang nak beli. Dalam 4 biji saiz kecil tu saya ambil 7 ulas buat kuah durian. Bakinya dikerjakan hantu-hantu durian. Ya Rabbi, diaorang ni makan durian macam makan nasi!
Kuah durian di makan dengan pulut. Anak-anak saya bantai makan cicah roti je. Suka dan bersorak diaorang bila mama tunaikan hajat diaorang. Tapi cik minah hantu pulut dan hantu durian tu sempat komen kenapa kuahnya lain, ada kuning kuning. Laaa, memanglah yang kuning tu kan isi durian. Selalu buat kuah pakai durian tak berjenis yang pucat, keras, tawar tetiba kali ni pakai durian udang merah yang memang kuning jingga warnanya, tu Yaya nampak pelik.
Saya gerun tengok anak-anak makan durian macam makan nasi, maka saya larang mereka habiskan kesemua. Ada 3 ulas yang saya bawa lari. Nak disimpan saya tak tahan bau durian dalam rumah, better get rid of them. Tapi bukanlah dibuang. Saya turn them into seri muka durian.
Saya buat separuh adunan je sebab pulut pun tak banyak. Ni saya improvise resipi asal seri muka oleh NanaSham dari myresipi. Bahagian kepala nya tebal sikit, takpe biar puas merasa durian. Letak pewarna kuning baru ada rupa durian, kononnya lah. Memang sedang elok sedap lemak manis bahagian kepala tu. Pulutnya tawar sedikit sebab saya terlupa nak tambah garam. Tapi bila hubby bawa pergi ofis hari Isnin tu habis licin siap ada nak order lagi. Hehehe... maaf saya tak jual. Tak perfect lagi, setakat makan sendiri bolehlah. Saya patut lebihkan telur dan kurangkan tepung untuk bahagian kepala kuih baru elok lembut. Takpe until next time... tapi itu bermakna kena beli durian lagi. Ohhh tidakkk! Cukuplah kuota makan durian untuk tahun ini.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago
2 comments:
terliur lah Lia.......
Buat jom... ;-)
Post a Comment