From my entry Kenapa? Kecewa? You would have guessed where we were last weekend. Yup, we attended a wedding in Johor Bahru. Not just a wedding, it was hubby’s niece wedding.
Bukan senang tau nak tengok kami attend family function sebelah hubby
We missed 2 weddings (his nephews) last year. Satu sebab bertembung dengan tarikh Fahmi berkhatan, satu lagi ada orang tu conveniently chose not to inform me
I love weddings. Tapi saya beriya-iya sangat nak pergi wedding tu bukan sebab ianya adalah wedding semata-mata, tapi sebab ianya berlangsung di JB where half of hubby’s siblings resides.
Saya memang dah bertahun-tahun sejak kahwin dengan hubby ajak dia jalan-jalan ke JB ziarah sedara-mara tapi belum pernah sekali pun dia tunaikan
Cuma sekali je saya ke JB lepas kahwin dulu itupun sebab bawa PIL pergi meminang/bertunang adik hubby. Sekali tu jelah, lepas tu… harammmm tak jejak rumah sedara-mara JB lagi dah
Tak tau kenapa dia tak bawa saya ke JB lagi dah, itu kena tanya dia sendiri. Saya pernah juga sampai JB sendirian disebabkan kerja tapi day travel jelah
Tu yang kali ni bila dengar anak sedara dia nak kahwin saya bersungguh-sungguh nak pergi walaupun tau dia ada ‘agenda’ lain
Tak nak hajat saya kali ini tak tercapai maka saya pun come up dengan rancangan saya sendiri
I voluntered to bake wedding cake for his niece! And they (his sil & niece) accepted!
Hehe so takde alasan lah tak nak pergi kan… kena pergi juga sebab nak hantar wedding cake orang
You see, saya ni bukan senang nak dapat cuti. Tapi sejak dah hantar surat ‘cerai’ ni makin menjadi-jadi beraninya saya minta cuti dan setiap kali tu insyaAllah diluluskan – kalau sejak dulu macam ni kan best!
Bila saya dapat cuti hari Jumaat lepas, incik hubby pulak kena turun kerja. Jadi dah petang juga kami bertolak ke JB and we missed the solemnisation ceremony
Takpelah mujur kek nak pakai untuk resepsi esoknya
The 3 tier cake that I made
Walaupun dapat lepas hajat pergi JB tapi tak best juga sebab kedatangan kami memang macam ribut, the next day resepsi tak habis lagi kami dah cabut ke Melaka sebab nak tunaikan ‘agenda’ hubby berjamboree basikal pulak
Adusss memang tak sempat feeling langsung, nak beramah mesra pun tak sempat sangat sebab masing-masing sibuk pinjamkan kudrat untuk majlis, saya pun sibuk buat finishing kek
Nak jalan-jalan Pasir Gudang dan JB lagilah tak sempat, rugi anak-anak tak dapat ronda JBMy little princess love and enjoy weddings as much as I do
Tapi saya dah janji dengan Fahmi, kalau dia dapat nombor 1-3 masa periksa akhir tahun saya nak bawa dia pergi makan ketam kat Tanjung Langsat! Incik hubby belanja!
Dua hari berkejar sana-sini dan perjalanan ke JB yang jauh memang sangat memenatkan
Kalaulah saya sorang-sorang memandu ke JB memang saya menjerit lemas…
truth is saya lebih rela & enjoy memandu ke Terengganu walaupun jarak lebih jauh dan banyak kena ikut jalan kampung dan jalan persekutuan yang sibuk tapi pemandangannya tak membosankan, tak sempat mengantuk sebab mata dan otak kena alert selalu
Pergi dan balik dari JB orang kata lagi mudah sebab lalu highway… tapi tulah yang membosankan dan melemaskan saya, jalan lurus je pemandangan sama – mengantuk!
Nasib hubby yang drive hehehe
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
11 months ago
No comments:
Post a Comment