Wednesday 9 November 2011

Mengasihi Tanpa Syarat

Hubby had to extend his stay kat Ayer Tawar for another 1 night. *sigh* boring.
Saya purposely tak hantar Fahmi ke sekolah hari ini dan semalam, saya bagitau dia mama bagi awak cuti extra
tapi sebab sebenarnya saya rasa tak sedap badan, tak larat nak berkejar pagi-pagi
dedar je dah seminggu rasa nak demam dengan panas tekaknya, pedih mata, sakit kat mata kiri kadang-kadang bawa ke sakit sebelah kepala
Aduhaii badan dah tua, macam ni lah
dalam saya ingat saya telah memontengkan anak saya semalam, rupa-rupanya memang sekolah dia closed pun sempena aidiladha... lorrrrr
Alhamdulillah Allah swt beri saya instint yang baik, kalau tidak sia-sia lah kami tercongok depan sekolah hihihi

Semalam niat nak balik awal tapi tak kesampaian
kesian kat anak-anak sudahlah daddy mereka takde, mama pulak memang sentiasa balik lewat
pagi semalam Yaya dah muncung-muncung bibir tak kasi saya pergi kerja
takde kerja lain nak suruh entertain dia lah tu, seronok agaknya 2 days in a row free without kakak
padahal bila kakak cuti saya lah pengganti mulut bising, tegur itu ini, marah diaorang buat sepah dan serba mak nenek lagi syarahan saya
hubby pun cakap kat diaorang siaplah korang esok mama tak kerja macam nilah mama tapi diaorang cakap walaupun saya marah diaorang tetap suka
alahaiiii... agak esok kalau saya dah berhenti kerja hari-hari ada kat rumah membebel mau tak diaorang tarik balik statement tu? heheheee

tapi itulah nikmat cahayamata yang Allah swt bagi, diaorang penghibur hati diaoranglah yang drive me crazy
kerapkali mereka tak makan malam melainkan tunggu saya balik, padahal saya tak kisah diaorang makan dulu, dah memang mereka selalu makan awal before maghrib
nak tunggu saya yang tak tentu entah balik before maghrib entah balik lepas isyak
bila saya dah balik pun diaorang tunggu saya dah mandi dan solat semata-mata nak makan sama-sama
dah macam tu I cannot help feeling kerja gaji ribu riban berjawatan tinggi pun takde maknanya kalau makan caci hina orang bukan kasih sayang yang ikhlas
kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang anak-anak
balik rumah buka pintu kita disambut dengan senyuman dan pelukan
badan bau masam dengan peluh pun wangi pada diaorang
kita marah, menjerit dan kadang menggila bagai pun tiap malam pipi kita juga yang dicium
pagi-pagi nak pergi sekolah tangan kita juga yang dicium
itulah kasih sayang yang jujur dan ikhlas
menyayangi dan mengasihi kita tanpa syarat!

2 comments:

Puan nOLie said...

betul...then I choose to be housewife next year...

Liasari said...

puan nolieee.... sy silap baca ke statement puan ni?
heyyyy sama lah kita klu gitu, insyaAllah will be a h/wife jugak!