Tuesday, 22 November 2011

Perasan Masterchef Kejap! ;-) - Garlic & Basil Stuffed Chicken & Insiden Langgar Pokok

Ada rupa hidangan masterchef tak? Kikiki...
Garlic & Basil stuffed chicken, bertemankan basil pesto pasta & salad

kuat betul pukulan angin masterchef. malam tadi Yaya sampai muncung-muncung mulut berebut tv nak tengok masterchef while daddy dia tengah syok tengok bola Malaysia vs Indon
wallahhh punyalah merajuk tak dapat tengok sampai dia lari baring kat sofa belakang saya pun saya tak perasan
by the time hubby tukar channel masterchef sekejap baru saya tersedar cik Yaya dah pun terlelap dengan mulut herot berot, sian dia dah lah tak sihat batuk-batuk
adoiii time macam ni saya pun tak tau nak menangkan siapa
nak menangkan bapa tak sampai hati anak merajuk, nak menangkan anak kang bapanya pulak merajuk tak dapat dipujuk
last-last suruh Yaya diam jelah... masterchef oh masterchef

Ini kes gedik nak merasa feta cheese. Tak pernah makan kalau cream cheese, mozzarella, cheddar singles, parmesan tu biasalah tapi other variety belum lagi.
Nak cari cheese yang halal bukan senang. Yang ini jenama lemnos, australian made dia pakai microbial untuk bekukan krim jadi feta cheese
Apa rasa feta cheese? Emmm rasa masin! Kahkahkahhhhhh... itu je yang tekak saya boleh kesan, tapi bila dah sumbat dalam dada ayam dia melt, rasa sedaplah lemak-lemak gitu

Hmmm... basil pesto spaghetti ni nampak agak kering. Bukan agak lagi dah, memang kering pun. basil pesto tu dah setahun saya buat, sumbat dalam botol dan simpan dalam freezer.
walau masih likat berminyak tapi bila terdedah dengan udara cepat dia mengering.
hubby tak suka rasa dia, tapi i likeee... rasa lemak-lemak berherba
lagipun makan daun kan, rasa healthy lah kikikiki

Keratan rentas stuffed chicken. Macam subjek sains pulak ye. Selain basil, stuffing kat dalam ni saya letak juga daun bayam yang dilayukan together with minced garlic dan feta cheese.
Rasa dia? emmm yummyyyyy...

Sekarang ni ada satu garis hitam bawah pelipis hidung belah kanan
kesan luka langgar dahan pokok pagi Ahad lepas, besar juga dan nampak buruklah bila luka tu kering jadi berkudis kan
padan muka saya, berbasikal membonceng Yaya sambil kejar mengejar dengan Fahmi
sampai kat satu selekoh tu saya toleh belakang jerit kat Fahmi suruh dia kejar saya cepat
bila saya toleh depan balik "...berdebub!!!"
takkkk... tak jatuh pun tapi dahan kecil sikit dari lengan saya dah sauk muka
tapi saya tak nampak pun... dan kaki masih mengayuh basikal dan basikal pun masih bergerak walaupun masa tu naik bukit sikit
tu yang dahan srettttt kat muka dari pipi kanan lalu bawah hidung
aduhhh dah rasa panas bawah hidung saya dah agak mesti nelah = nelas kata orang ganu (melecet kata orang luar) punya
masa tu saya dok ingat janganlah cermin mata aku pecah or calar... huhu
nasib cermin mata selamat tapi selain luka bawah hidung pipi kiri saya ni calar balar lah jugak
cik Yaya membonceng dibelakang ketawa gelihati tak henti-henti
saya?? rasa nak pitam sekejap sebab berdebub langgar dahan sampai sekarang pipi kanan masih sakit mujur tak bengkak
tapi dalam sakit-sakit berderai jugak ketawa saya... gelihati kat diri sendiri
macam budak-budak!!!

1 comment:

Peri PiA said...

Assalammualaikum
hi,salam kenal
saya gugel tentang feta cheese
dpt sikit informasi dari blog anda,thanks :)