Tuesday 15 November 2011

Sup Musim Hujan - Sup Cendawan

Sekarang ni kan musim hujan, bila sejuk macam ni best makan sup
tapi lagi best kalau makan sup cendawan dicicah dengan hirisanm french loaf yang disapu garlic butter
dan lagiiiii sedap kalau sup cendawan tu buat sendiri
ye buat sendiri... apa kelasss makan yang dalam tin punya too processed
marilah makan hidangan yang freshly made!

sekali buat 1 periuk saya frozenkan. Bila-bila nak makan panaskan sikit
tapi selalunya dalam masa 2 hari je dah habis - SOLD OUT!
bukannya susah pun nak buat, beli je apa jua jenis mushroom preferably wild mushroom lah
bagusnya boleh mengenal pelbagai variety mushroom kalau tak yang kita tahu cuma cendawan tiram, tiram putih tiram kelabu lepas tu cendawan butang
bila rajin buat mushroom soup sendiri dapatlah berkenalan dengan shiitake, black jelly mushroom
lepas tu baru-baru ni jumpa enoki tapi enoki ni bukan jenis wild mushroom lah

dan hentikanlah menggunakan cendawan butang dalam tin yang diimport dari China tu ye jenama Narcissi ke hapa entah dan beberapa jenama lain, ada juga yang dia tukar jenama BILAL nak kaburkan orang Islam
dah sah-sahlah dia process pork juga kat situ
kadang saya tak faham dengan masyarakat kita yang tak ambil berat langsung
saya tahu cendawan butang dalam tin tu lebih murah berbanding the fresh ones
tapi anda masih nak berkompromi ke when it comes to HALAL HARAM?
keluar duit lebih sikit tak apa asalkan barang makan yang kita beli tu halal dan suci
jangan berkira dengan benda yang jadi darah daging kita
mencari yang halal itu kan tuntutan agama? fardu kifayah

nak buat garlic butter? tak susah tak perlu beli pun kat kedai
ambil beberapa ulas bawang putih dan cincang sampai halus
kalau buat banyak campak je dalam food processer
saya buat sikit terpaksa tumbuk dalam lesung lepas tu gaul je dengan salted butter
tabur sedikit dried parsley flakes dan simpan semula dalam fridge
bila-bila nak makan sapu kat atas roti dan toast atas pan

No comments: