Monday 2 April 2012

7 Today

Siapa???


Dia lah....





Pagar depan dah rongak, ngeri betul kalau dia menyengih hihihi

Dah pun 7 tahun umur dia, sekejap je rasa
masa lahir berat 3.10kg, dialah tiniest baby in the family
suara halus, kalau menangis tak keluar suara, mulut je ternganga
kalau kita sibuk buat keje kat dapur ke hatta dok hadap tv sekalipun
dengan dia duk dalam baby cot, rasanya mau lah dekat setengah jam dia meneran tangis
baru kita sedar... itupun setakat bunyi "wekkk" halus je
harap orang telinga nipis macam mama ni je boleh tangkap bunyi
kalau telinga tebal macam daddy... sampai berkedutlah urat pipi kamu
masa baby suara tak mau keluar
bila dah besar nyaring yang amat bingit telinga!
banyak mulut pulak tu! hi hi hi

The birthday cake. Looks yummy eh? Taste yummy too... Chocolate cake with peanut butter cream cheese frosting! Sinful but delicious... sure gonna add few inchies to my hips area! :-P thanks to rima from bisous a toi who introduced this cake in her blog

Before cutting. Do you know? I made Yaya cut her birthday cake 1 day earlier - yesterdayyy!!!! Punyalah takut tak dapat celebrate together today sebab her daddy and mama ni terlalu bizi

Saya nyaris terlupa birthday dia
kepala berserabut dan sibuk plan untuk ke Bandung
tiba-tiba hari khamis baru teringat, petang tu dari ofis terus saya telefon dia
saya tanya dia nak hadiah apa
tau apa dia jawab? "adik tak nak hadiah apa-apa lah, barbie adik dah banyak tu"
alahiiii bagusnya... tak nak hadiah? belum pernah jumpa orang yang tak nak hadiah
"biar betul adik tak nak hadiah?"
"mama belilah apa-apa, adik tak tau lah... mama jangan bagitau adik. mama buat surprise lah" wekkk! rupa-rupanya dia takde idea nak minta apa
oh yes, one thing about Yaya ni dia memang tak fikir sangat pasal hadiah apa-apa
jarang nak dapat jawapan yang tepat dan cepat dari dia
kecuali masa dia minta iPad dulu lah...
tak macam Fahmi, si Fahmi always knows what he wants for birthday, for doing well in school etc

Sudahnya sampai hari ini saya masih belum beli hadiah dia lagi
saya pun takde idea!!! he he he
esok nak bawa partypacks untuk kawan-kawan sekelas dia
last week masa saya bagitau nak buat partypacks mengamuk-amuk Yaya tak mau
erkkk!!!? apahal?
dia berkeras tak mau bagi partypacks kat kelas
sebab dia tak suka budak-budak kelas dia tu, jahat kata dia!
adehhh... jahat?!
kemudian baru saya teringat, minah berbintang Aries ni memang payah sikit bab berkawan, bukan susah dapat kawan
ramai orang suka nak berkawan dengan dia, tapi dia yang memilih
kalau aura tak sama dengan dia, tak kiralah lelaki ke perempuan ke
dia kata tak suka tu makna tak suka lah
yang dia kata 'jahat' tu bukan apa
budak-budak kat kelas tu suka mengusik dan mengejek dia
pasal dia ni kan 'bekeng'... mulut bising suka membebel
dapat pangkat 'penjaga kelas' (bukan ketua kelas tau)
job description dia ialah tukang repot kat cikgu kalau ada budak nakal dalam kelas
jadi of course lah dia selalu kena usik
Yaya pulak jenis lagi kita usik lagi dia kuat melenting
maka menjadi-jadi benarlah budak mengusik dia

Digging on her cake... yummm yummm just before I rushed her out to Giant mencari bahan-bahan partypacks dia

Setelah dipujuk-pujuk akhirnya she relented
dia izinkan juga saya buat partypacks tu
dia siap tanya cikgu lagi berapa orang dalam kelas
dia balik bagitau saya "Mama, cikgu rozina kata 88 orang termasuk cikgu"
whattttt?!!! biar betul 88 orang tu macam 2 kelas je...
saja buat lawak cikgu rozina ni ye... he he
insyaAllah esok bawa 45 partypacks... siap untuk cikgu rozina sekali

Owh by the way... saya cakap cik Yaya ni banyak mulut kan?
hmmm... memang dasar mulut tak boleh plaster
ada ke patut dia pergi bagitau cikgu rozina yang dia nak pergi bercuti ke bandung
bila dia balik sekolah last week dia bagitua saya "Mama cikgu rozina pesan, pergi Bandung nanti belikanlah cikgu beg cantik-cantik 1"
erk!!! haisyyy minah ni sabar jelah
saya terkejut dan pening fikir mesra alam sungguh anak saya ni dengan cikgu dia
seingat saya masa saya kecil dulu nak bercakap dengan cikgu pun saya takut
inikan pulak nak berborak... adehhhh ikut sapa ni?

4 comments:

Ami said...

Happy 7th bday yaya.cake tue mmg nampak sedap sgt Kak Lia,dpt kat saya mau sehari suntuk makan tue je hehe.dah sudah kene beli present kat cikgu sekali huhu

Liasari said...

auntie ami, yaya said thank you!
owh klu ami yg mkn kek tu mmg afdal sgt lah, org kurus xpe mkn bebyk hehe
... ye skrg x pasal2 kena beli present cikgu... sabar jelah hehe

Ayu said...

Dah besar dah Yaya! Happy b'day syg! :) Kak Lia, budak2 sekarang tahap yakin diri mmg tinggi, tak mcm zaman kita dolu2.. Perfume, make up, fesyen baju cikgu pun dorang boleh tegur mcm sembang dgn kawan2 je. Hehe..

Liasari said...

Ayu,
tenkiu ayu!
tu lah pasal, terkejut sgt dia ni over ramah dgn cikgu. tapi bahaya jugak tau, tak bleh simpan rahsiaaa... heheh