Monday, 7 May 2012

Cooks and Bakes of The Week

Bakes memang bakes lah tapi bake cakes tempahan orang. Minggu lepas ada 2 biji setelah a couple of months tak pegang spatula. Memula rasa macam cuak, eh reti lagi ke nak melepa buttercream semua ni. Sure terkial-kial. Dalam hati agak-agak mau berzaman nak menyiapkan kek kali ni. Ada satu kek angry bird's face tu, saya mula melapisi kek dan melepa krim agak lewat juga, sudah jam 9.30pm baru terhegeh-hegeh masuk dapur. Hampir jam 12pm siap semua - accident free lagi. Alhamdulillah. Not bad lah, takde tension ke apa.

Minggu sebelumnya tu sempatlah bakes sejenis kek ni untuk makan sendiri. Asyik bakes untuk orang je kan. Tapi kalau bakes untuk masuk perut sendiri pilih kek yang mudah-mudah jelah.

Kek Kelasi mabuk. Hamboiii nama tak hagak-hagak. Jangan risau kek ini tidak mengandungi alkohol, tak mabuk pun makan dia kikikiki. Tapi gambar tak lawa blur je macam orang mabuk juga. Terpaksa dik non, masih bergantung pada hp camera hubby

Resipi courtesy AlongRoz. Dia dah ubah sukatan kepada gram jadi senang sikit. Kek sarawak biasanya sukatan guna gelas, kerap timbulkan kekeliruan dan silap sukatan. Bahagian lapisan hijau tu macam adunan kek lumut while the middle white ones are made of egg whites dengan perahan jus limau kasturi.

Sedap juga cuma kurang manis. Haruslah ditambah gula next time he he he. Kek kalau tak manis bukanlah kek namanya!

Dah lama tak tayang gambar masakan sebab saya malas masak sekarang. Semalam buat pulut kuning dan rendang daging je.



Rendang pedas sedikit, nampak pun merah kan. Fahmi merungut kata pedas tapi yang peliknya Yaya makan selamba je!

2 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

kek tue tergoda & terliur nengoknya ;-)

Liasari said...

Diana,
owh itu mmg ciri2 penting kek kan? harus menggoda dan menggiurkan baru org nk makan... hehe