Friday 1 February 2013

Jawapan 'Can You Spot The Difference'


Mula-mula nak cakap ampun banyak-banyak. Dah buat posting minta orang cari perbezaan dalam drawing yang entah apa-apa tu tiba-tiba tuan tanah senyap pulak. Umpama orang baling batu sembunyi tangan. Saja menggiat. Tuan tanah tertimbus disebalik tepung, gula dan mentega. Kena clearkan tempahan cepat-cepat sebab kepala dah serabut sangat. Too many things yang perlu difikirkan. Posting yang menyusul pun pakai 'scheduled posting'. Tak sempat nak buat entry susulan bagi entry di atas. Baru ini berkesempatan.


Ahaa... so my drawing was not that bad after all, eh? (Referring to this entry)


Ada yang point the difference dengan tepat. Terima kasih sudi melayan saya. Tapi maaf tiada hadiah... tee heee heee...


Bila saya tengok balik drawing sendiri tu memang banyak perbezaannya. Tulisan 'Jiran Belakang' misalnya. 'Padang rumput' dalam drawing 1 yang tiada dalam drawing 2. Alahhh 'padang' lah sangat kan padahal tapak pembuangan sisa pepejal kucing jer tu sebenarnya! Hot spot tu!


Tapi yang sebenar-benarnya saya nak tunjuk 'sampah sarap' tu, seperti yang di point out oleh puan DLL. Tajam penglihatan beliau pada drawing serabut serabai itu. Saya boleh aja ambil gambar sebenar tapi tak mahu lah menunjukkan rupa sebenar yang lagi azab. Rumahku sudahlah tidak cantik pemandangannya, tambah dengan sampah sarap lagi pedih mata. Ok stop hitting around the bushes ye. Cerita nya begini. Rumah saya rumah endlot. Ada kaki lima dalam 5 kaki (owh sesuai benar dipanggil kaki 5 kan?) sebelum pagar batu-bata. Tepi pagar adalah jalan ber tar, cukup untuk laluan ke lorong belakang rumah. Saya sengaja beli rumah endlot. Walau hajat tak kesampaian adalah corner lot. Takpe tak dapat corner lot dapat endlot pun jadi. Biar endlot sebab at least ada lebih tingkap dari rumah tengah. Kami suka cahaya semulajadi. Memang pesen tak suka duduk rumah yang dikelilingi dinding. Saya boleh claustraphobia... ehhh tiba-tiba! Suka buka tingkap, buka pintu biar angin dan cahaya masuk. Tak suka duduk rumah tutup habis terkepung. Baru terasa 'hidup' gitu. Dan juga kerana saya mahukan pemandangan yang lebih luas.


Untuk 1 1/2 tahun pertama apa yang kami mahukan itu tercapai. Lapang je mata tengok keluar tingkap. Biarlah viewnya jalan ber tar cuma. Tapi lama-lama tepi rumah saya ni dah jadi macam tapak 'used car' pulak. Berderet-deret kereta park kat tepi ni. Mula-mula cuma sebiji je. Lama-lama bertambah sampai penuh whole strecth tepi rumah ni. Jujur cakap saya memang kurang senang hati. Sebab saya rasa priviliged ... chewahhh priviliged lah sangat... priviliged yang kami nikmati sebagai pemilik rumah endlot sudah tiada nilainya sama sekali. Mind you, I paid more untuk view yang tak seberapa tu. Dan untuk sedikit 'privacy' itu. Dan tambah buat saya kesal, yang datang parking tepi pagar itu tak seorang pun ada courtesy untuk say something. Kadang saya sendiri malu nak kata 'tak minta izin' pun. Tapi at least say something lah... courtesy ok. Kitakan orang Malaysia kaya budibahasa.


Hati jadi panas kadang tu sebab boleh je mereka-mereka ini nak park kereta depan rumah masing-masing. Dalam pagar boleh muat 2 biji kereta side by side dengan selesa. Yes, porch rumah-rumah kat sini memang direka dengan keluasan maksima untuk park 2 biji kereta sekaligus. Lepas tu agak kalau masing-masing 'berada' ... ada 3 atau 4 biji kereta pun, boleh je park luar pagar masing-masing. Sebab kaki 5 depan rumah tersangat luas memang cukup panjang kalau terjulur sikit pun buntut kereta jenis continental lah. Kalau kereta jepun or malaysia memang muat sangat. See.... dah cukup mewahlah developer design rumah korang kan? Still you want to park tepi rumah saya. Kadang tu ada yang park ikut 'dan' je. Senget benget. Ada hari parking penuh ya rabbi... ada juga buat selenge pi park sampai terjuih buntut kereta sampai atas jalan utama. Padahal kat situ jugalah bas sekolah lalu nak ambil budak. Jadi susah bas nak pusing masuk lorong sebab kena ambil corner jauh. Kalau van boleh lepas walau susah tapi kalau bas memang hazab lah.


Pernah mr hubby tegur. Ada budak-budak uitm menyewa di sini. Dalam rumah tu tak taulah saya berapa ramai penyea. Tapi seorang sebiji kereta. Ada dekat 4-5 biji kereta yang selalu park tepi rumah. Kadang terlebih 5-6 biji. Hubby pernah tegur bila mereka park sampai terjuih atas jalan. Tapi semua tak mengaku. Satu hari saya intai tengok tuan punya kereta memang keluar dari rumah budak-budak itulah!


Macam nilah. Saya dah lama pendam. Tak selesa. Pertama sebab rasa 'privileged' tu dah tak privileged lagi. Kedua, terasa hati sebab courtesy tu tiada langsung. Nak say hi pun tak pernah. Yang mula buat keje parking tepi rumah ni cuma seorang dua tapi lama-lama ramai yang mengikut sampai terasa rumahku ini tempat parking awam. Ketiga, tak selesa sebab bila parking tepi pagar ini boleh straight nampak isi salam rumah. Ku nak terbongkang depan tv pun rasa was-was kang ada orang start enjin kereta punya lama siap berborak bagai 'bum bam bum bam' macam kedai kopi, ternampak pulak tuan rumah terbongkang. Langsir ada tapi kalau dah langsir pun aku tak boleh singkap udah serupa macam duduk rumah tengah terkepung lah kan?


Dan yang Keempat.... inilah yang ada dalam drawing saya tu... Keempat, sudah kau tiada courtesy buat tepi rumah aku macam parking awam, kau senyap-senyap turn 'tempat parking awam' tu sebagai 'tempat pembuangan sampah' pulak!!! Memang budi bahasa dan adap sopan ke laut sangattttt!  Sampah berupa botol air mineral kosong, kertas-kertas bergumpal, ada papan berlaminate, ada cap warna kelabu dan plastik jajan semua tu tak tau lah berapa lama dah bergumpal kat situ. Sebab kereta park kat tepi pagar ni tak pernah surut. Keluar satu masuk satu silih berganti. Tiba-tiba lah beberapa hari lepas kami balik park kat luar juga masa tu kaki parking tegar semua belum balik lagi atau barangkali Tuhan nak tunjuk kat kami. Tu diaaaaa depan mata 2 longgok sampah. Berdesir lah mulut mr hubby. Hari dah gelap saya tak nampak. Esok paginya barulah saya perasan. Itupun sebab semua kereta tiba-tiba beralih park kat pagar jiran sebelah. Ehhh tiba-tiba...? Hot hati cik kak oiiii! Hot sangatttt!!!


Saya kan malas nak cerita. Umpama mengumpat jiran. Alih-alih kalau saya cerita pun pasal jiran cuma pasal Mr Wong depan rumah dan anak-anaknya atau jiran sebelah kanan yang kedua-duanya berbangsa Tionghua. Yang sangatlah berbudi bahasa dan bertimbang rasa. Atau pun saya sebut pasal Diana, kawan anak-anak yang duduk sebelah rumah Mr Wong. Diana yang neneknya pun seorang Tionghua - mualaf. Apa motif saya sebut ni? Yang duk parking berderet tepi rumah ni kebanyakannya orang kita. Orang Melayu kita. Tapi sedih cakap...


Teringatlah ada terbaca kat majalah Solusi tahun lepas agaknya. Pesanan jangan menyakiti hati jiran. Antara yang saya ingat, bela kucing lepas tu dilepaskan biar kucing pi membuang sisa pepejal merata depan rumah jiran. Tu pun berdosa. Haaaa... engkau ingat takde apa-apa kan? Kau ingat small matter je kan? Berdosa kau tau. Kau sengaja atau tak sengaja asal kucing tu membuang je kat rumah jiran kau yang berdosa. Kucing tu tak salah apa-apa. Dan kedua yang saya ingat - parking kereta sampai menyusahkan jiran.


Ikut hati mau je tampal notis kat kereta diaorang. Tapi kan saya pula yang risau kang jiran terasa hati. Macam bagus je aku nak tepek notis kan. Tak pasal-pasal kena tempelak pulak. Susahnya hidup berjiran. Padanlah zaman sekarang ramai orang lebih suka duduk kondo. Masuk rumah tutup pintu dah takde apa-apa. Tapi kalau duduk rumah flat pun hazab juga. Orang atas sapu sampah atau basuh lantai depan air mencurah ke rumah kita. Hmmm... kadang saya mati kutu tak tau apa nak buat. Inilah bahana nya bila manusia hidup semakin 'jauh' dan terasing antara satu sama lain. Kau engkau, aku aku.



2 comments:

azieazah said...

Dulu dulu orang kata, tiada saudara dekat, jiran lah menjadi saudara mara adik beradik kita.


Tapi hari ini, dengan jiran pun kita jadi cuak juga. Alangkah malangnya, kan?

Liasari said...

Ye, dlm Islam memang jiran adalah saudara terdekat. Tapi zaman sekarang berapa ramai yang menghayati?
Malu juga nak cakap hal ni, diri sendiri pun belum tentu sempurna.