Sunday 29 September 2013

299 Di Serai Thai


299 memang selalunya low-key. Almaklum bukan kanak-kanak ribena lagi. Tapi tahun lepas dapat bantal bentuk love warna pelangi buat saya terasa seperti zaman bercinta! Hatta zaman bercinta pun tak merasa hadiah sebegini. Manakan tidak, berkawan tak lama tak sempat merasa dapat hadiah birthday bagai. Tapi tak apa, selepas itu setiap tahun si dia tak pernah lupa belikan bunga. Cukup untuk buat saya ceria ;-).


Saya terbayangkan anak-anak buatkan kek untuk saya, dengan dibantu oleh Daddynya. Tapi angan-angan yang terlalu tinggi di kayangan tu baik lupakan jelah. Sangatlah tidak realistik, silap-silap saya juga yang kena bantu bancuh adunan. Silap-silap saya yang kena deco kan!


Jadi bila dipelawa makan di luar sebagai hadiah meraikan, saya tidak menolak. Tekak terasa nak makan hidangan Thai authentic. Mr Hubby dah tentu terkejut. Dia tau saya kurang minat. Tapi entah kenapa saya terasa kecur liur sangat nak makan Miang Kham - ulam daun kaduk yang diisi pelbagai bahan seperti bawang merah, bawang putih, kelapa parut,cili padi, limau nipis, udang kering, kacang tanah dan sos cili istimewa, dibungkus dan makan begitu saja. Saya kan memang gemar aroma daun kaduk ni. Jadi kami tuju ke restoran Serai di Seksyen 3, Shah Alam. Sayangnya, restoran ini tak hidangkan miang kham... sob sob sob. Pun begitu tak terkilan sikit pun sebab hidangan kat situ memang superb!




Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Bila dah kenyang depa berdua ni memang hyper sangat. Mentang-mentanglah restoran tu lengang masa kami datang sebab masih terlalu awal lagi. Depa berdua buat macam rumah sendiri, fooling around tak kisah ke orang.


Restoran di seksyen 3 ni sudah agak lama beroperasi. Sudah dikunjungi rancangan JJCM. Walaupun dekorasinya agak lama tapi masih cantik dan selesa. Kalau mahu yang agak posh sedikit, silalah ke cawangan mereka di Empire Subang Jaya.

No comments: