Sunday, 7 February 2010

In The Aftermath of A Migrain Attack

i had migrain attak on friday, the first after 3 years. it lasted for more than 18hours and even after i swallowed the pain killer prescribed the pain subsided but lingered throughout the whole saturday. the aftermath of the whole attack left me somewhat numb, lost of appetite for food, for everything. nak update blog pun takde mood, for i stayed in bed on saturday trying to shut out the lingering mild but annoying pain and to recover from lost of sleep and rest the night before.

attack kali ini aku betul2 tak tahu apa sebabnya. i'm running my own analysis but couldn't zoom in to the main cause. bila difikir2kan balik the pain started very mild on thursday morning. aku ingatkan cuma sakit kepala biasa. i was supposed to fast, memang selalu puasa sunat isnin & khamis. tapi sakit tu agak mengganggu, akhirnya aku batalkan puasa, take some food and telan 2 biji panadol. agak mengejutkan sebab sakitnya tak hilang. still i went through the day at the office tanpa sedikit pun ada rasa syak that it was tanda2 awal migrain. mind you aku dah 3 tahun free from migrain, walaupun bukan tempoh masa yang lama tapi dah hampir terlupa tanda2nya. or perhaps it was my wishful thinking that i am forever free from migrain that cloud my sense that day.

i went back home in a rush. terus menyibukkan diri siapkan deco kek tempahan orang. entah kenapa kerjaku serba tak kena malam itu. i was anxious, i couldn't focus and i was trembling inside, at that point of time aku tak ambil pot langsung coz i had little time to dwell on other matters except the cake yang nak kena deliver malam tu jugak.

malam tu masa nak tidur rasa sakit kepala makin kuat, tapi disebabkan mengantuk kuabaikan jelah. harap2 bila tidur hilanglah sakit nanti. rupa2nya tidak. i woke up at 3am with throbbing headache. walau kupujuk2 hati untuk tidur tapi tak terdaya juga nak lawan sakit. tiba waktu subuh i had to drag myself off the bed, solat perlahan2. urghh nak gi kerja memang tak daya tapi demi teringatkan nak hantar fahmi ke sekolah aku gagahkan juga mandi basahkan kepala sekali. rasa nak menangis kesakitan tapi apakan daya hubby takde nak ganti tempat aku hantarkan fahmi ke sekolah. perlahan2 aku bergerak masuk kereta. perlahan2 juga aku bawa kereta sebab setiap pergerakan adalah kesakitan yang teramat sangat pada kepalaku. fahmi dah gelisah sangat tengok aku.

after i dropped him off kat school aku singgah ke klinik depan rumah. ya Allah nak keluar dari kereta pun rasa macam nak merangkak je. sempat ku telefon hubby nak mengadu, alih2 aku dimarahnya sebab bawa kereta dalam keadaan merbahaya. tapi apa pilihan aku masa tu. kat klinik the doctor prescribed me with cafergot, tak pernah lagi dapat cafergot from any klinik, normally the docs yang pernah kujumpa bagi ponstan je, yang padaku mild compared to cafergot. maybe aku dah used to cafergot agaknya.

migraine kali ini berpanjangan. lepas makan ubat seharian aku berkurung dalam bilik gelap dan sejuk pun masih susah nak hilang. mata kiriku sakit sangat rasa macam nak terjojol keluar. mujur anak2ku balik sekolah tak mengacau mama dia. diaorang buat hal sendiri je kat bawah. masa sakit begini aku rindu pulak kat mum's tender loving care. she knows how to take care of me waktu2 diserang migraine begini. selalunya ma akan tolong tutupkan langsir, gelapkan bilik walaupun waktu malam gelap gelita not an inch of light dibenarkan, pasangkan kipas kuat2, letak wet towel atas kepala, selimutkan aku. ma will keep communication with me to the barest coz she knows at times like this i can't tolerate bunyi suara or any movement at all. from time to time she would comeback to check on me but she wouldn't say anything. i guess kadangkala she get worried also sebab tengok aku tak bergerak macam orang mati. but that's how it is, that's how i eliminate the pain. by staying still on the bed tak bergerak tak bercakap tak mengaduh tak makan tak minum.

lewat petang jumaat tu sakit berkurangan sedikit. hubby balik awal dari outstation. handphone yang ku matikan sepanjang hari berdering2 dengan sms sebaik kuhidupkan semula. aduhh tak kuasa nak melayan hal ofis waktu2 begini. honestly aku tak pernah off handphone hatta nak tidur sekalipun. tapi kalau sampai aku off kan handphone kali ni you know lah what it means. i was in deep pain!

nak recover your wits and sense selepas kena migrain attack ambil masa agak lama juga. myself personally feel disoriented, kepala rasa kosong betul2 macam tin kosong, kadang nak bercakap pun tercari2 ayat dalam kepala macam orang bodoh je.

owh aku masih tak pasti what triggers the attack kali ni. nak kata something in my diet yang tak sesuai rasanya takde apa2. nak kata stress, hmm i wasn't that stressful few days sebelum kena migrain. but lack of sleep and rest could be one of the factor. barangkali kesan2 tak cukup tidur minggu sebelumnya lepas tu bila hubby pergi outstaion whole week last week pun aku susah nak tidur.

hubby sibuk suruh pergi scan kepala aku ni. but i told him aku dah cukup bersyukur sebab sekarang ni 3 tahun sekali baru aku kena migrain. kalau dulu dalam setahun tak terbilang kerapnya aku kena migrain. syukur alhamdulillah.

Wednesday, 3 February 2010

Announcement - FAST SALE



Dear All,

I’m selling this 3D Thomas Tank Engine cake at knock down price of RM50 only. The Thomas cake is a product of my recent practice with 3D cakes. Since my children dah selalu sangat makan kek, sayang kek ni kalau terbiar kat rumah coz nobody at home going to eat them! So I decided to sell them at very minimal price.

Cake flavour = choc moist cake (umm yum yumm), covered with buttercream and weight at +-1kg.
As you can see here the cake is 80% done. Cuma tinggal nak letak muka Thomas yang diperbuat daripada fondant, serombong dan roda serta the railway track (fondant tak boleh simpan dalam fridge). Then it will be perfect! Cake will be fully ready by tonite.

This cake is a perfect choice if you want to treat your kids ke, anak sedara ke; you doesn’t have to wait until the next birthday.

If you are interested, please email me at juzcakes@gmail.com and transfer at least 50% deposit to confirm your booking. You may collect the cake from my house at Alam Budiman from 9pm tonite. Cake is sold at first come first serve basis and strictly for self-collection.

Grab this offer now!

Thank you.

Sunday, 31 January 2010

Tiramisu

i am not a fan of tiramisu. antara sebab2nya adalah the coffee flavour infused within. tambahan pulak aku sangat alergik pada kafein, dan kek berasaskan keju juga bukanlah kegemaranku. tapi bila kubelek2 resipi tiramisu yang ada kat internet terasa mudah pula. rugi kalau tak cuba membuatnya. there are two choices, samada resipi berasaskan raw egg atau non-egg recipe. i choose the latter.


beginilah hasilnya. hiaskan dengan fresh blueberries dan chocolate shave. yaya cukup suka kek ni. hubby tak nak sentuh langsung coz he's on diet :-P. aku pulak tak boleh makan banyak nanti sakit kepala and tak boleh tidur malam.

this recipe calls for mascarpone cheese. tapi disebabkan tak jumpa keju mascarpone yang halal maka ku gantikan dengan cream cheese ajalah. the sponge biscuits or what the italians called savioridi mudah benar meresap cecair. i shouldn't have celup biskut dalam bancuhan nescafe lama sangat. akibatnya nescafe meleleh keluar dari kek. pun begitu tak menjejaskan rasa. i need more practice. maybe next time cuba resipi yang pakai telur pulak.

Roast Chicken

malas nak type panjang2 just nak tempek gambar lunch kami semalam - roast chicken. sebab dah lama tak panggang ayam so roast chicken semalam 1 ekor habis dibedal, tinggal tak sampai 1/4 chicken simpan dalam fridge. nampak sangat lama dah kempunan nak makan roast chicken.
roast chicken kali ni cerah sikit sebab pakai fair n lovely. sebenarnya ku cover ayam dengan aluminium foil masak panggang, tak mau dia cepat rentung. masa 20mins terakhir baru ku buka foil bagi dia golden skit. itupun masih cerah lagi, dah tak kuasa nak tunggu lama2, perut dah lapar.
my plate, i had roast chicken bahagian dada of course with salad and keledk merah panggang juga. tak mau makan nasi lah tu konon.
hubby's... mesti ada nasi ;-)

Saturday, 30 January 2010

Pass Baton

sekarang giliran fahmi pulak demam. sejak pagi jumaat lepas badan dia agak suam2, pun begitu lepas diberi ubat demam dia pergi ke sekolah, mujur jumaat takde kelas agama so dia balik awal. he seems ok a bit yesterday and siang tadi. tiba2 malam ni panas badan dia naik mendadak. we had some suppository left over yaya so aku bagi sebiji kat fahmi. anak teruna ku ini memang penakut lebih skit, bukannya sakit pun bila dimasukkan suppository dalam punggung gebu dia tu tapi dia punya menjerit bukan main.

esok another busy day for me. kak malisa jiran lama ku minta masakkan nasi beriyani lagi. kali ini 5kg aja. ingatkan tahun lepas kumasakkan 10kg nasi beriyani untuk dia? punyalah banyak. dia ajak masak kat rumah dia je, nak tumpang tengok cara aku memasak katanya. but since fahmi is not well aku minta barang2 dihantar je ke rumahku, biar aku masak di rumah sendiri aja. alah bukannya ada resipi rahsia pun.

Friday, 29 January 2010

Am I A Shopaholic?

i have this urge to spend money. padahal bukanlah ada benda tertentu yang betul2 perlu dibeli. tapi rasa gatal je tangan berbelanja. dalam kepala keluar macam2 idea, pastu nafsu mendesak2 suruh beli itu dan ini. nak beli books lah (coz MPH tengah buat sales dekat stadium melawati kan), nak beli frame gambar kat ikea lah, nak beli cat untuk dinding family hall. padahal belum gaji lagi, ye jangan terkejut memang aku lambat dapat gaji orang lain dah habis menabur zakat barulah aku dapat merasa hehe. apapun syukur rezeki masih ada.

i tried to push all the thoughts pasal spending money (when there is none), tapi setan dalam kepala ni cakap takpe swipe je credit card. pastu tengok tudung yang ku pakai tetiba datang idea suruh beli tudung lagi. pastu tetiba idea beli dvd menerjah padahal dvd citer apa yang nak dibeli aku pun tak tahu... asal keluar duit jadilah. isyyy apa ke halnya nafsu aku ni. arghhh tak boleh dengar and layan sangat kemaruk aku ni. pms aku lambat lagi tau jangan buat hal. err... shopaholic ke apa aku ni? i never consider myself one. am i? urghh nasib nafsu tak menggila suruh pergi harvey norman sales. giler mahal weh... kalau dah pipit, pipit juga.

Thursday, 28 January 2010

Rempah Kari Homemade

Dah lama tak masak kari, rasa kecur liur pulak nak makan kari ayam yang ditumis dengan rempah kari buatan sendiri. Dah jemu makan kari dari rempah baba’s, lagipun baru2 ni aku dapat tau dalam rempah kari baba’s ada MSG. terus je tawar hati dah nak pakai rempah kari baba’s. tapi itu bukanlah sebab utama aku masak kari guna rempah buatan sendiri. Rempah buatan sendiri ni memang tak boleh nak dibandingkan dengan baba’s ke adabi ke. Sedap dia lain macam – ni ikut tekak akulah, tekak orang aku tak tau. Dan harus kuakui kesedapannya tidak ada kena mengena dengan air tanganku. Rasanya cara penyediaan rempah yang perlu ditumbuk atau digiling serta fresh pulak tu yang buat aroma kari betul2 terasa. Tapi bagi yang suka kari ala2 mamak tu just stick to baba’s, allagappa’s dan sewaktu dengannya ye. Sebab rempah kari yang kubuat ni rasa2nya boleh diterima oleh tekak melayu je hehe.

Kalau rasa nak mencuba meh lah tengok apa bahan2nya. Owh jangan risau takde bahan pelik2, semuanya ada kat dapur masing2 ;-). What you need untuk hasilkan rempah kari bagi sukatan 1 ekor ayam:

Bahan A (kering)

1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
½ sudu teh lada putih
½ sudu teh biji lada hitam

Bahan B (Basah)

½ inci kunyit
¼ inci halia
8 tangkai cili kering (direbus & toskan)
5-6 ulas ulas bawang merah (yang kecil2 tu)
3 ulas bawang putih


Rendam bahan2 A selamat sekurang2nya ½ jam atau sehingga ketumbar/jintan lembut dan kembang, kemudian ditoskan. Pastu samada ditumbuk atau digiling hingga lumat bersama2bahan2 B yang dimasukkan secara berperingkat. If you have low tolerance untuk berlama2 di dapur (like me... sometimes nak cepat je), bolehlah campak je semua bahan A & B ke dalam food processor atau blender, kisar sampai lumat. Cuba cium bau rempah tu…emmm harum jer hehe. Pastu bolehlah tumis dengan rempah 3 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelage. Oops jangan lupa daun kari, tapi kalau takde pun ok juga ;-) step seterusnya sambung sendiri lah ye, semua orang pun dah tau macam mana nak masak kari, i just share with you cara2 nak buat rempah sendiri je.


For those yang tertanya2 if I invented the recipe, the answer is NO. resipi kat atas adalah resipi asal my mil. She never use rempah kari yang dijual di pasaran. I guess pasal itulah mil kalau memasak mesti lama coz she prepare all the bahan2 from scratch! Pun begitu kari ayam dia tersangatlah sedap. Tapi biasalah orang tua2 masak main campak2 je mana ada sukatan tertentu. Sukatan tu aku yang agak2 sendiri from my observation. selamat mencuba!