Wednesday, 29 December 2010

Taking A Break

Walaupun new school term is just around the corner (in about 5 days time!), I have to admit that i really am in no mood to talk about school. With so many things going on for the past 1 month since the children tamatkan their 2010 school term (their convocation, temporary maidless, Fahmi's circumsicion, my atuk's passing) and also my hectic baking schedule for the past 12 months or so, saya rasa macam baru je nak mulakan my holiday. Yesss... I am taking a short break from baking selepas menyiapkan projek terakhir 3 tier fondant wedding cake last week - on christmas day to be percise! Phewww! How short is the short break I don't know. I have not taken new order except for 1 order in january, other than that I am planning to rest.

Kalau saya cakap rest tu janganlah percaya sangat, sebab dah dasar jenis manusia tak reti duduk diam, nanti dalam diam rest tu ada-ada saja yang saya kerjakan. Spesis gatal tangan dan tak boleh tidur lena kalau tak melayan nafsu yang 9 ni. Tapi memang saya harus gantung apron dan simpan all my baking tools lama sikit kali ini untuk beri tumpuan kepada anak-anak dan keluarga.

Reason being is that my son akan mulakan persekolahan rendah in January. Dia juga akan mulakan kelas fardu ain sebelah petang. While my daughter will be shifting to a new kindy yang jauh sikit dari rumah. She is going to Fahmi's kindy sebab proven kindy ni deliver their promises with Fahmi. While yours truly punya office pula will be shifting to its new office nun di ceruk Pulau Indah. Yeay! Padan muka. So that means banyak perubahan dari segi masa menghantar anak-anak ke sekolah. Sudahlah incik hubby sudah hampir 4 bulan beralih tempat kerja nun jauh di Bukit Beruntung, Rawang. We both dah kerja station yang jauh-jauh so rasanya takde chance lagi we both nak hantar anak or lari sekejap if any emergency arises. Nampaknya tahun 2011 ni memang tahun shifting lah gamaknya! Everybody is shifting to new location. Jadi, kenalah saya take a break from other activities untuk beri masa adapt jadual baru. It is important for me that the children settle down dengan baik di sekolah. Otherwise saya pun tak senang hati nak kerja.

Bila difikir-fikirkan balik... hey, who says that i'm taking a break like I'm really taking a break? I'm taking a break from something to focus my full attention on something else. Hah, rest or break macam tak wujud je dalam kamus saya.

Tuesday, 28 December 2010

I Owe This To Yaya

I should have written an entry on Yaya's school concert tapi disebabkan jadual konsert dia berselang sehari dengan tarikh Fahmi berkhatan makan perhatian saya tertumpu sepenuhnya kepada menjaga Fahmi sampai terlupa nak upload entry khusus buat Yaya ni. Nampak macam berat sebelah pulak saya ni. Sorry princess.

The concert was held on 27 November. Kalau ikutkan jadual awal sebenarnya tarikh tu bertembung dengan konsert cum graduation day Fahmi. Mujur towards the end sekolah Fahmi pinda tarikh bawa ke hadapan, kalau tidak terbelah dua badan mama tak tau nak pilih konsert mana nak attend. Kesian pula anak-anak nanti kalau cuma one of their parents sahaja yang hadir. So, Alhamdulillah tak perlu gaduh-gaduh, the whole family dapat pergi konsert Fahmi & Yaya. Even my mum and nieces who were around at that time pun dapat attend both concert. Meriah!

Terima sijil terlebih dahulu sebelum buat persembahan
Duduk sebelah boyfriend no. 1 dia, Angah. Saya pun tak ingat apa nama sebenar boy ni sebab Yaya berahsia sangat pasal identiti this boy. Dia cuma pernah sebut sekali je nama this boy, lepas tu setiap kali saya tanya pasal Angah, mesti dia buat-buat tak dengar! Kalau boyfriend yang lagi 2 orang tu rajin sungguh dia bercerita. Yes, you heard me right, dia ada 3 orang boyfriend which according to her bukan dia yang nak ber boyfriend tapi the boys yang tergila-gila kan dia! Oh my... tolonglah sayang tak payah ber boyfriend until you are old enough to get married.

Konsert Yaya ni simple je. Cuma ada 2 persembahan je yang dia terlibat iaitu rock n roll dance dan tarian bollywood. Tapi bab nak cari baju for persembahan tu yang buat kami pening dan sedikit frustrated dengan pihak sekolah. Bukannya disebabkan susah nak kena cari baju tema bollywood ke rockers ke tapi tension mencari long sleeve t-shirt warna hitam with long pants hitam berbunga-bunga and tudung hitam. Semuanya serba hitam! Kalah dresscode arqam. Bunyinya macam senang kan? Trust me, it was not as easy as you think. Puas jelajah shopping mall nak cari yang serba hitam. Manalah ada orang nak pakaikan anak pakaian harian hitam kan? Hitam bukanlah warna favourite for children, kalau orang buat baju kanak-kanak mesti buat bright colours. Bila dah jumpa t-shirt long sleeve hitam, satu kerja pulak nak cari seluar hitam berbunga-bunga. Mana ada? Saya beli jugalah pants hitam dengan lining pink. Bila hantar ke cikgu dia reject. Panas hati. Kenapalah tak carikan je biar seragam semua lepas tu suruh je parents bayar.

bazir duit dan buang tenaga saya belikan Yaya tudung hitam yang comel. Pada hari konsert anak saya disarungkan tudung hijau sekolah juga akhirnya. Mana tak frust?

But it was fun anyway. Seronok tengok how well-behave nya anak-anak kita bila under supervision of their teachers. Seronok tengok keletah mereka atas pentas. Yaya seperti yang telah saya jangkakan sangatlah jinak di atas stage. Bila menari goyang badan pun ala kadar je. Padahal masa berlatih kat rumah gaya dia kalah elvis presley. Ni jenis yang berani belakang pentas je. So unlike Fahmi yang kat rumah dia langsung tak mau berlatih or cerita anything tapi bila atas stage whoaa macam dunia dia yang punya.

So there goes, her 1st year in kindy. Next year she's going to kindy abang dia. Saya pula yang rasa sedih nak tukarkan dia sekolah. Sebab walaupun kindy sekarang nampak macam so-so je dari segi pembelajaran tapi sangat selesa sebab dekat dengan rumah, pergi balik sekolah pun teacher yang hantar. Lepas tu saya suka sangat sebab sepanjang Yaya duduk kat daycare sekejap tempohari dia diajar bersolat. Lepas zuhur all the kids took a nap kemudian bila masuk waktu asar mereka dikejutkan untuk solat. Sampaikan ayat-ayat lazim dalam solat pun dia boleh recite dengan lancar. Sejuk hati saya. Cuma tu lah, bab pembelajaran lain tu agak ketinggalan. For her sake terpaksa lah saya tukarkan sekolah :-(.

So long tadika mindaemas.

Monday, 27 December 2010

Cuti-Cuti Ala JJCM - Part 2

The next morning pula hubby bawa kami pergi breakfast kat satu gerai dekat area Beserah. Kata hubby nasi minyak kat sini sedap. Ni pun salah satu tempat dia selalu makan bila ke kuantan. Saya dalam kepala dok membayangkan nasi minyak gulai ayam yang biasa ditemui di terengganu. Gerai ni memang penuh sentiasa, saya tak tau apa nama gerai sebab takde signboard pun. Tapi yang saya tau gerai berdepan dengan deretan rumah teres. Saya bagitau hubby, rumah double storey corner lot depan gerai tu, tokey gerai yang punya. Hubby terkejut, mana saya tau? Saya cakaplah saya nampak anak tokey keluar dari rumah tu bawa sepeket besar serbuk milo masuk ke gerai. Takkan lah tuan rumah tu sewakan rumah dia buat stor kat tokey gerai kan? Rumah sikit punya lawa nak buat stor, mestilah ada relation dengan gerai. Saya pun pelik hubby selalu makan kat sini tapi sekalipun dia tak perasan. Orang lelaki dia datang makan je. Atau saya je yang jenis terlebih suka perhati?

Review saya pasal nasi minyak tu? Perasan macam rancangan JJCM pulak kan? Mulanya saya tak mau komen pasal nasi minyak tu tapi dah hubby tanya saya jawab jelah sejujurnya ikut tekak saya. Nasi minyak tu pada saya tiada yang istimewa. Saya agak kecewa bila tengok nasi minyak di kawan kan dengan ayam goreng dan kuah kari kosong. Tapi saya tukar ayam goreng tu kepada ayam masak merah. Memula ingat sedaplah dapat makan nasi minyak pantai timur. Takde apa yang istimewa sebab nasi minyak dengan ayam goreng or ayam merah boleh jumpa kat mana-mana kat KL ni apatah lagi kalau pergi kenduri kahwin. Rasa dia pun biasa-biasa je cuma saya suka tengok nasi dia sebiji-biji dan gemuk. Saya memang tak biasa makan masakan orang pahang jadi saya pada mulanya mati-mati ingat nasi minyak pahang sama dengan negeri pantai timur lain. Kalau kat terengganu dan kelantan (sepengetahuan saya) nasi minyak gulai ayam memang famous sebagai hidangan breakfast. Gulai ayam dia pun rasa tak sama dengan kari ayam kat luar. Bungkusannya pula kecil je, ayam pun dipotong kecil.

Selesai je breakfast kami balik homestay, kemas beg dan pulangkan kunci rumah. Our next stop ialah Gambang Water Park @ City. Yaya suka buat lawak dengan sebutannya yang salah. Kita cakap watercity, dia sebut water kitty. Mentang-mentanglah dia kenal sangat dengan kartun kucing kitty tu, kitty juga yang mudah dia sebut. Dengan confident nya dia duk ulang-ulang "water kitty... water kitty...".

But before that kami singgah kat sri affa cafe again. Saya tebalkan muka borong 6 bekas lagi puding raja. Hubby kata mesti orang kat kedai tu terkejut ada juga orang macam saya yang masuk kedai semata-mata nak beli puding raja je 2 days in a row pulak tu. By the way, cafe ni boleh tahan full juga dengan pelanggan yang makan steambot dan nasi ayam. Kalau full means taste dia sedap lah tu agaknya ye?

Dari kuantan ke gambang water park took us about 40mins juga. Sempatlah the kids tertidur lepas kena marah dengan saya. Mau nya saya tak marah dalam kereta yang sempit tu dia berdua tak berhenti ber galok, bergaduh, bising yang amat macam sarkas lagaknya. Mujur cuaca hari tu cerah walaupun masa kami bertolak dari kuantan agak gerimis sedikit. Bermain air di gambang water park umpama grand prize for the children. Memang diaorang tertunggu-tunggu nak ke gambang. Bila dapat air punyalah seronok dia orang berendam.
Yaya ditched her girly revealing swimsuit and opted for Fahmi's old one. All covered up boy's swimsuit lebih menarik bagi dia! Yeah, at 5 she's making a fashion statement. It was the night before we left to KT when I ask the kids to pack their own baju and don't forget baju renang. I heard she told her abang that she doesn't want to wear her swimsuit lagi dah coz nampak bontot kata dia. Saya terdiam sekejap bila dia datang kepada saya wearing her abang's swimsuit. It fits! Hubby was pleased anak dara dia pandai tutup aurat. As for me, I just enjoy watching my children grow up :-).



Suka sangat diaorang kena landa ombak buatan sampai tertiarap dan terdampar tepi 'pantai' buatan pun masih boleh ketawa





Mek kecik ni tak cukup tinggi untuk main all the games. Tapi dia buat muka sedih sampai nak meleleh air mata sampai abang-abang lifeguard pun tak sampai hati nak stop dia from entering the water games.

Muka-muka puas hati dapat main air sepuasnya.

Tak lah banyak water games tapi cukuplah untuk kami anak-beranak explore sebab kebanyakkan games nya sesuai untuk seisi keluarga. Fahmi surprised me bila he took the slide on his own. Saya dah berdebar-debar risaukan dia sebab before this tak pernah kami main benda alah ni. Saya betul-betul tak sangka dia berani sampai took the slide 2 times! Itupun dia nak lagi meluncur kali ke 3 tapi budak life guard tu tak bagi sebab ramai lagi yang beratur nak pakai karpet luncur tu. My oh my, he has change a lot sejak lepas bersunat. So there goes our cuti-cuti.

Sunday, 26 December 2010

Cuti-cuti Ala JJCM - Part 1

We left Terengganu on Monday after spending 2 nights di sana. So 2 malam tidur beralaskan papan sakit badan, baki lagi 1 malam sakit badan hasil bermalam di homestay di Kuantan dengan bantalnya yang keras. Sebenarnya kalau tak kerana arwah Bak meninggal hari Jumaat lepas, memang kami rancang nak pergi bercuti di Kuantan. Dah siap book homestay di bukit sekilau untuk 2 malam bermula 19 Disember. Tapi terpaksa cancel 1 malam sebab ada kematian. Kami check ini 1 malam je hari Isnin tu. Mesti lah orang pelik dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia ni kenapalah kuantan jadi pilihan? Sudahlah saya sendiri pun asal pantai timur, setahun sekali mesti balik ganu. Tak cukup-cukup lagi ke? Tak jemu ke asyik pantai timur juga di tuju. Tak berapa reti nak jawab. Ikutkan cadangan asal saya nak ke utara cover dari Perlis ke Penang dan Kedah. Bolehlah jumpa kawan-kawan lama masa kat U dulu. Dah biasa sangat ke pantai timur ni terutama balik kampung dan bercuti kat cherating. Ingat nak tukar angin lah. Dulu pernah saya ajak hubby cover area selatan (johor) tapi dia tak nak. Sama juga kali ini, alih-alih hubby tukar direction ke pantai timur jugak! Memang padan lah pun dia kahwin dengan saya, angin badan dia memang sesuai benar dengan pantai timur! Dan barangkali memang sudah tersurat, kami beralih arah bercuti ke pantai timur sebab kebetulan nak jadi cerita atuk saya meninggal dekat-dekat time kami nak pergi bercuti.

Masa on the way ke kuantan tu saya ajak hubby singgah tapau bihun goreng kat satu warung di geliga, kemaman. Warung tak bernama bawah rimbunan pokok ni terletak dekat dengan simpang T ke pusat tahanan vessel, monica bay. Amboi tetiba pula rasa macam duk kat miami, florida. Nama monica bay! Nama melayu dia teluk mak nik. Apa yang istimewa sangat sampai sanggup singgah sini semata-mata nak tapau bihun? Sebab bihun goreng dia sedap sangat mengingatkan saya kepada rasa bihun goreng yang dijual gerai depan rumah atok saya masa saya kecil dulu dan yang dijual kat pasar malam kampung saya. Rasa dia memang tak sama dengan bihun goreng kat luar. Saya tapau sekali nasi lemak berlaukkan sambal ikan aye (tongkol) for the kids yang memang hantu nasi lemak dan nasi dagang berbungkus daun pisang for hubby walaupun pada mulanya dia agak kurang setuju kami singgah sini. Bila dapat nasi dagang sampai menjilat jari pula dia makan! Warung ni pun ada jual sata tapi sata dia banyak kanji, laksam dan kerepok lekor goreng. Truly terengganu taste. First time kakak makan laksam, dia pelik sebab ada cili kisar, garam dan belacan atas meja. Itu semua perencah laksam, kalau saya yang makan semua bahan tu saya gaul dengan tangan je lepas tu makan laksam pun pakai tangan, barulah sedap heheeee ;-)

Sampai di kuantan, malamnya hubby bawa kami makan ikan bakar kat medan ikan bakar tanjung lumpur. Rasanya orang kuantan semua mesti tau tempat ni. Punyalah meriah kat tanjung lumpur ni tiap gerai mesti ada orang melambai-lambai suruh kita masuk kedai dia. Teringat saya restoran seafood kat jalan airport kampung melayu subang, gitulah style dia tarik pelanggan tapi bezanya kat tanjung lumpur ni yang melambai orang melayu kat subang pekerja vietnam atau tokey cina dia. Dan dah tentulah yang kat subang ni cina punya, haram sekali saya tak jejak walaupun saya tengok berduyun orang melayu Islam masuk. Entah apa bahan dia bubuh sampai orang kata sedap, entah ada dia pakai arak cina dalam masakan.

Kami masuk gerai ikan bakar Kak Long. Hubby pilih ikan aji-aji seekor. Saya tak reti bab ikan bakar ni sebab tak pernah makan kedai punya melainkan ikan bakar umbai melaka berbelas tahun dulu. Kami makan kat sini pun sebab hubby yang beriya nak bagi saya merasa ikan bakar sedap yang selalu dia makan tiap kali outstation ke kuantan. Tapi memang sungguh lah sedap ikan bakar dia yang bersalut sambal tu, tambah pulak cicah air asam lagi lah sedap. Ikan bakar umbai tak boleh duduk sebaris dengan ikan bakar tanjung lumpur. Sedap punya pasal tak heran pun nak ambil gambar. Lauk pauk dah luak diserbu piranha baru hubby tegur kenapa tak ambil gambar. Ermm segan lah pulak kat jiran meja sebelah, dia snap pic pakai dslr, saya pakai olympus cokia je gambar pun malap. Kalau anda nak makan ikan bakar marilah makan kat tanjung lumpur ni. Putera raja keraton dari tanah jawa pun nak merasa ikan bakar. Baju tidur corak batik jawa ni cenderahati maid saya dari medan. Tiap kali saya bawa anak-anak keluar berbaju batik jawa ni mesti semua mata tertumpu pada mereka. Mesti diaorang ingat kami ni keluarga Indon hihihi. Dah lah kulit masing-masing 'geseng' (garing kata orang jawa)

Inilah rupa ketam masak telur asin. Takdelah special mana, macam goreng kunyit je rasa dia.

Banyak gerai sebaris pilih je yang mana satu. Kalau nak yang glamer sikit restoran Ana Ikan Bakar Petai. Kedai dia besar 2 tingkat tapi manusia punyalah ramai kena banyak bersabar tunggu makanan sampai. Bila sampai bil rm75++, hubby kata dah naik harga. Kami makan ikan bakar saiz sederhana seekor, ketam bunga masak ikan masin 2 ekor, butter prawn 10 ekor dengan tumis kailan tua (ingat tu kailan dia dah tua! tak sedap). Tak kisahlah mahal pun dah masuk perut bukan boleh pulang balik.

Cuma satu pesan saya, kalau nak makan kat sini pastikan perut anda kosong dan buang hadas kecil siap-siap. Toilet kongsi dia punya lah kotor, ni maid saya yang cerita lah sebab dia ke tandas bawa the kids. Kotor takde yang cuci from time to time dengan segala hadas besar dan kecil terapung-apung sampai muntah maid saya tu. Adeh loya pulak tukang cerita. Mujur lah saya tak ke tandas, kalau tak rasanya memang tak jadi nak makan ikan bakar.

Lepas makan ikan bakar kami ronda-ronda bandar kuantan. Sempat saya memborong puding raja di sri affa cafe, teluk sisek bersebelahan dengan hotel seri malaysia. Puding raja ni memang dah berbulan saya aim. Tapi sebab benda ni cuma ada dijual di pahang saja dan di buat di pekan, pahang maka kenalah saya datang ke sini kalau nak makan. Balik je homestay terus melantak puding raja. Masya Allah memang sedap sebagaimana saya bayangkan. Tau jelah tekak saya, yang manis-manis tu ok je. Hubby yang pada mulanya berkerut dahi tengok ke obsessi an saya mencari puding raja akhirnya turut sama jadi hantu puding raja.
Beginilah rupa puding raja yang belum disimbah sos kastad.

Dah kenyang perut makan ikan bakar dan cuci mulut dengan puding raja kami masuk beradu. Homestay 3 bilik tidur 2 bilik airni sungguh selesa. Each room ada katil kelamin, ruang tamu luas, ruang makan pun luas, dapurnya pun spacious yang amat siap dapur, tong gas, beras, telur, pinggan mangkuk, mesin basuh dan sebagainya. Bilik airnya bersih dan cukup dengan kelengkapan mandian! Memang terasa macam duduk kat rumah sendiri. Kami sempatlah basuh baju-baju kotor guna washing machine semi auto kat situ. Takdelah balik rumah bawa baju kotor bertimbun. Haruslah promote lebih sikit kan. Sewa 1 malam cuma RM150, sangat berpatutan! Kalau datang ramai-ramai pun takde masalah sebab tuan rumah siapkan toto dan bantal terlebih extra. Setakat 12 orang tu no prob at all. If you are interested, please call this number:

Permai Homestay
No. 44, Lrg Sekilau 40, Tmn Sekilau Perdana, 25200 Kuantan
Teres 3 Bilik (Master A/C)
019-9869165
RM 150 semalam
PERMAI HOMESTAY - Lokasi strategik, di tengah Bandar Kuantan (Rumah Teres Setingkat 3 bilik di Taman Sekilau Perdana, Bukit Sekilau).

Saya terlupa nak snap interior homestay tu, yang ada cuma pic ruang tamu ini saya dapat di mudah.com. For more photos sila layari laman web mudah.com ye!

Friday, 24 December 2010

Homesick

Pheww! It feels so good to be back at home at last after been away for 4 days. We reached home on Tuesday night. Baru 4 hari tinggalkan rumah dah rindu nak tidur kat tilam sendiri. Rindu sangat-sangat nak hirup udara kat rumah sendiri – a place that I’m familiar with. Kalau gini lah gayanya macam mana nak tinggalkan rumah pergi bercuti kat oversea lama-lama? Baru 4 hari dah homesick. Itupun been away 4 hari bukannya ke tempat asing pun, balik kampung halaman dan tidur dalam rumah tempat tumpah darahku sendiri di Kuala Terengganu!

Dah lah masa nak tinggalkan rumah pun hati saya terasa berat sangat. Risau nak tinggalkan rumah ni. Risau kan pokok-pokok takut kehausan takde yang tolong siramkan air in case cuaca kembali panas (walaupun saya tahu sekarang musim hujan). Kadang-kadang saya rasa saya ni dah almost at same level dengan mak mentua dan pak mentua yang selalu bila kami ajak datang rumah mesti bagi alasan ayam takde orang bagi makan lah, pokok takde orang nak siram kan lah... Dah macam orang tua pulak.

Jadi after 4 days tidur berbantalkan kusyen sofa yang tak berapa keras tapi tak juga lembut, beralaskan lantai papan yang dilapik dengan karpet nipis, berhimpit-himpitan dan berlambak-lambakkan di ruang tamu umpama pusat penempatan sementara mangsa banjir, malam tadi kami merasa tidur yang sangat nyenyak di atas tilam sendiri. Memang begitulah suasana kat rumah arwah Bak bila anak cucu cicit berkumpul serentak. 4 bilik tidur tidak cukup nak tampung kebanjiran kaum kerabat, apatah lagi tilam, bantal dan selimut. Bukannya daif sangat sampai takde duit nak beli tilam bantal bagai tapi takde tempat nak simpan agaknya. Berkumpul serentak bukannya selalu kalau tak kerana kenduri, orang sakit atau kematian. Nak berkumpul time raya pun 10 tahun baru dapat sekali. Kalau nak diikutkan jumlah yang balik kali ini tidaklah seramai mana, cuma separuh dari jumlah sebenar. Tapi majoriti memang suka tidur bergelimpangan di ruang tamu. Seronok sebab dapat kembalikan nostalgia lama. Bila dah tidur berlambak di ruang tamu, sebelum tidur sempat lagi berborak sambil baring di tempat masing-masing. Masa ini jugalah cucu-cucu dan cicit-cicit yang kecil ambil peluang nak tidur sesama sendiri. Fahmi pun tak ingin tidur berkepit dengan mama or daddy dia. Nak tidur dengan uncle-uncle kecik dia. Dah nak tidur pun masih sempat ber'galok'. Kalaulah semua anak cucu cicit berkumpul harus melimpah sampai ke dapur pun ada yang menumpang tidur.

Hanya gambar berlatarbelakang kan masjid ini yang sempat saya snap sepanjang di kampung kerana waktu siang kami sibuk ke sana ke mari beli barang untuk kenduri tahlil , bila malam sibuk dengan tahlil dan mengemas rumah lepas tahlil. Ini pun sempat di snap masa singgah solat jamak asar & zuhur di Masjid Tengku Tengah Tengku Intan Zaharah atau lebih terkenal sebagai Masjid Terapung. Tak sempat sampai rumah arwah Bak lagi.

It was windy dengan hujan renyai-renyai. Kuat angin bertiup sampai rambut Yaya plastered to her face.

While the adults semua sibuk dengan kerja masing-masing, the cucu yang kecil dan the cicits pula sibuk buat bising dari dalam rumah sampai ke luar rumah. Saya senang hati lihat my children bermain dalam kandang lembu yang dikelilingi rumput liar tinggi dan pokok-pokok tua di belakang rumah. Senang hati lihat anak-anak bermain dengan nature sebagaimana saya masa kecil dulu. Hatta satu kali pun anak-anak tak mengadap tv! Sangat mengejutkan sebab kalau di rumah mereka tak lekang dari depan tv. Kuat tarikan nature kan? Masa kami singgah menginap di homestay di kuantan, terus Fahmi merungut boring sebab tv kat homestay takde siaran astro, maka tak dapat tengok kartun. Agaknya kalau lah anak-anak saya dibesarkan di kampung (KT) saya tak perlu beli tv pun tak apa. Tak perlulah nak bayar bil astro tiap bulan! Bil letrik pun jimat kalau gitu!

Friday, 17 December 2010

I Should Have Been There

Hari ini kami terima berita sedih. Atok saya yang saya panggil Bak meninggal pagi tadi. Masa telefon saya berdering dengan panggila telefon Ma adalah waktu sepatutnya alarm saya berbunyi jam 7.20pagi. Memang saya bangun lewat, sebab saya cuti solat dan sebab malam tadi tidur lewat menyiapkan baking projek maka sengaja saya set kan alarm lewat. Saya tidur lena sungguh kerana kepenatan, badan memang bagai dipaksa bangun bila telefon berdering. Jadi bila Ma sampaikan the sad news otak saya belum cair lagi, masih di tahap beku. Dan bila hubby tanya "so, macam mana?" which means dia memberi saya peluang untuk merencana pergerakan kami seterusnya hari ini, saya blank. Saya kata biarlah dulu - yang bermaksud beri saya masa untuk digest the whole thing nanti saya beritahu plan kita. Saya serba salah, too many people bergantung harap kepada saya hari ini dan esok. Ada janji yang terpaksa saya mungkiri, kenalah saya pertimbangkan baik-baik.

I made a few calls on the way ke ofis. Yes, saya masih pergi ofis lagi, that's the only place yang boleh stimulate otak saya untuk berfikir dengan pantas dan while making my plan I can sort out a few things yang pending. Mujur masa buat calls tu saya tak kena tahan dengan polis sebab saya nampak incik polis di belakang saya tapi rupa-rupanya dia nak tahan lori. Mujur saya jeling cermin sisi...mujur!

Bila sampai kat ofis, fikiran saya rasa sesak. Saya realised ada beberapa perkara yang menghalang saya daripada segera pulang ke KT. Pertama, kereta saya masih tersadai di worksyop. Kalau normal service sepatutnya semalam dah selesai tapi sebab bearing tayar sebelah kanan sudah berbunyi maka it took the mechanic extra time nak tukar bearing. Kedua, distance antara KL dengan KT yang mengambil masa perjalanan yang panjang - sempat ke saya sampai before jenazah dikebumikan? Ketiga, saya sepatutnya deliver 2 tempahan kek harijadi esok. Keempat, fulus tak berapa nak ada. Saya menunggu duit claim saya dibayar barulah boleh collect kereta dari worksyop.

Solution kepada masalah pertama kereta tersadai di worksyop dan kedua - distance ialah balik naik flight. Pagi tadi hubby suruh saya balik dulu naik flight. Tapi saya fikir, dengan duit tak berapa nak ada lebih baik saya offer option balik naik flight to Ma dan Abah. Kesian kat Ma, sebab dah beberapa kali Ma cakap nak balik jenguk Bak. Since Ma anak sulung, sudah tentu saya harus beri keutamaan buat Ma. Tapi bila Ma menolak kerana yakin she can reach KT before jenazah dikebumikan lepas asar, saya sendiri pun tak rasa selesa nak balik naik flight. Dibuatnya saya yang sampai dulu kat KT before Ma, nampak macam selfish pulak saya ni. Since duit pun tak berapa nak ada, maka saya lupakan option naik flight, tak perlulah saya berhutang dengan incik kad kredit.

Solution kepada masalah baking commitment pula, I was thinking nak sub kan the decoration works kepada another baker. Kek semua dah siap bake tinggal nak deco saja. Sebenarnya saya rasa tak tergamak nak sub deco works kat orang lain sebab hasil kerja tak sama. Serba salah dibuatnya. But since kereta pun siap lepas asar petang tadi, maka saya lupakan plan ni. Nak berkejar balik KT pun memang tak sempat dah tengok jenazah kali terakhir. Akhirnya saya siapkan juga baki tempahan. Esok pagi jelah kami bergerak balik ke KT.

Solution masalah fulus tak berapa nak ada pula sudah diselesaikan bila mana claim saya dibayar petang tadi, jadi bolehlah saya collect kereta di worksyop.

Entah kenapa kali ini saya agak emosional. Owh bila berdepan dengan kehilangan orang tersayang sudah tentulah emosi terganggu. Saya tahu Bak sudah terlalu uzur. He is 80 years old, dia sudah terlantar sakit sejak kejadian dilanggar kereta bulan puasa baru-baru ini. He was bedridden sejak kejadian itu. Tidak nampak tanda-tanda akan pulih. Saya sudah boleh menjangkakan akan terima berita sedih ini. But I cannot help to wish that he'll get better. Bak yang saya kenal seorang yang kuat. Di mata saya sentiasa ternampak kenangan-kenangan lama saya dengan Bak. Saya nampak Bak yang rajin melayan kerenah cucu-cucunya - setiap kali saya balik kampung mesti dia bawa kami berjalan kaki di pagi hari ke tepi pantai. Saya nampak Bak mengusik kami dengan akar pokok liar tepi pantai. Bersungguh dia kata akar ni boleh dimakan, maka saya dan cucu-cucunya yang lain pun kutiplah akar-akar tu bawa balik. Bila separuh jalan, badan Bak bergoncang menahan ketawa, baru kami sedar kami sudah tertipu. Bak rajin bawa kami temankan dia cari hidangan sarapan pagi. Dengan mata kememe, gigi tak bergosok, mandi pun tidak kami jalan kaki sama-sama mencari nasi dagang, nasi lemak dan kayu keramat (kuih cakoi kata orang luar). Kerana menemankan Bak, maka saya yang masih kecil dapat lihat sendiri macam mana orang buat kayu keramat kegemaran saya dulu.

Memori-memori ini saja yang tinggal untuk saya sekarang. Walhal, saya sentiasa simpan angan-angan satu hari nanti saya mahu anak-anak saya mencipta memori yang sama bersama Nyang (Bak) mereka. Saya lupa Bak sudah sangat berusia tapi kerana dia sebelum ini sentiasa kelihatan gagah I cannot help to wish anak-anak saya dapat cipta memori mereka sendiri dengan Nyang mereka. I guess bukan semua orang bertuah berpeluang kenal dan ada memori dengan moyang masing-masing. Saya termasuk dalam golongan segelintir yang bertuah sempat bermesra dengan moyang saya sendiri sebelum arwah meninggal masa saya berusia 15 tahun. Setidak-tidaknya saya sudah cukup dewasa untuk ingat balik semua kenangan. But my children masih kecil lagi, tak taulah sama ada mereka ingat Nyang (Bak) mereka bila besar nanti.

Bak was there untuk cipta memori yang indah masa saya kecil. Bak was there when I got married. Bak was there masa saya buat kenduri aqiqah Fahmi. So you see, that's why I cannot help to wish that all the above halangan tak wujud semasa saya terima berita sedih ini. I should have been there petang tadi. I should have.

Wednesday, 15 December 2010

Bila Telur Berlambak...

...and before they turn rottens cepat-cepatlah cari jalan nak menghabiskan stok telur kat rumah. Inilah masa yang sesuai nak cuba buat baked mexican eggs. Resipi dah lama minta dengan puan sally tapi dah bertahun peram. Dari sehari ke sehari nak buat tapi tak terbuat juga. Kalau telur naga diperam pun dah keluar anak boleh terbang dah.

Weekend lepas saya buat baked mexican eggs.
.
Ikutkan info dari cik google baked mexican eggs ni calls for the use of black beans selain daripada telur as its main ingredients. Tapi saya tak berapa gemar lah nak makan kekacang selain daripada tempeh. Kalau kacang dhall dah dibuat kari dhalca tu okaylah. Jadi saya gantikan dengan mince beef bercampur mince mutton sikit. Mengembek lagi! Takdelah susah mana pun nak membuatnya tapi makan tahun juga baru sampai seru
Saya buat 1 tray sederhana besar dan 1 tray kecil. Saya tabur parutan keju mozzarella di atasnya sebelum dibakar... voila! Fahmi panggil hidangan ni lasagne sebab rupa dia hampir sama. Tak kisahlah janji boleh dimakan.