Tuesday, 10 May 2011

A Mother's Rambling

I warn you this is one long rambling. Let me begin with a conversation between myself and Fahmi dalam kereta malam Sabtu lepas while we were on our way to my mum's house.

Fahmi: Bila abang ada anak nanti, kalau anak abang minta mainan abang beli 1 je lepas tu abang tak nak beli dah.

Errkkk terkezut sedikit bila dia sebut part 'ada anak' tu. Hmm... menarik juga topik yang Fahmi tiba-tiba je brought up ni. Boleh saya ambil kesempatan untuk bring him to see my point of view about toys and why we (me & hubby) selalu tolak permintaan dia for more toys.Walaupun saya cuak sikit bila dia sebut "bila abang ada anak nanti" aduhai kecik lagi anak aku ni dah fikir pasal anak.

Saya: Kenapa pulak (pura-pura innocent)
Fahmi: Yelah, sebab abang tak nak habiskan duit beli mainan. Abang kasi dia 1 je cukup.

Haaa sudah sampai chance baik nak cucuk jarum ni.

Saya: Haaa pandai pun abang, pasal tu lah mama tak kasi kalau abang nak beli mainan sebab bukan mama tak suka ke tak sayang abang tapi mama tak nak habiskan duit untuk benda yang cepat rosak. Abang dah banyak mainan cukuplah, duit kena simpan untuk abang nak belajar nanti.

Fahmi dah terus terdiam. Tak taulah saya sama ada sebab dia agree dengan saya atau dia sebenarnya baru tersedar implikasi kata-kata dia tadi. But whatever it is Fahmi memang selalu beri saya kejutan dengan cara dia berfikir. "Bila abang ada anak nanti..." Amboi jauhnya dia fikir. Teringat saya kat diri sendiri. I was around his age bila satu hari tu saya minta my mum latih saya buat sommersault atas lantai... alah bukan sommersault apa yang berguling kepala atas lantai tu. I failed miserably to do that at school during PJ class when all my classmates berjaya buat sekelip mata je. Tu yang kena balik berlatih kat rumah. Bila dah distress saya menangis, my mum marah saya kenapa nak seksa diri, sambil menangis saya cakap "kalau dah buat ni pun orang(kata ganti diri yang saya) tak boleh, macam mana nak masuk universiti". My mum kata jawapan saya tu buat dia tergamam... kecik lagi dah cakap pasal universiti. Hahaha... saya tak taulah kalau karekter boleh diwarisi, tapi si Fahmi ni ada sikit karekter saya.

Enough lah panjang kisah terkenang semasa dulu. It is never too late to wish all mothers happy mother's day.

Bukan semalam atau hari ini saja mothers should be celebrated tetapi setiap hari. Kalau dekat bolehlah cium tangan ibu setiap hari, kalau jauh kenanglah mereka dalam doa kita. Itupun salah satu cara kita meraikan mereka, sama ada masih hidup atau sudah pergi. Biasakanlah anak-anak mendoakan ibubapa mereka, paling mudah ajak mereka bersolat bersama-sama sebab masa itulah kita boleh latih mereka mendoakan ibubapa. Tak kisahlah walaupun anak-anak tu masih kecil di bawah umur 7 tahun, tak salah mulakan dari awal, biarpun mereka belum faham tapi perlahan-lahan kita terangkan. InsyaAllah cepat juga mereka faham. Jangan sampai nanti bila anak-anak dah besar mereka tak tau mendoakan kita sebab kita tak pernah ajar. Itu silap kita, jangan menyesal kemudian hari.

Jangan pula kita kata "Eleh aku dulu pun mak ayah tak pernah ajar doa, tapi bila dah besar pandai sendiri juga". Kalau pandai sendiri tu Alhamdulillah baguslah sebab anda berjaya guna akal dengan baik, itupun barangkali berkat doa ibubapa juga iye tak? Barangkali ibubapa kita dulu bukan tak nak ajar tapi tak sempat nak ajar sebab sibuk cari duit untuk besarkan kita dan beri pendidikan. Jadi walaupun kita belajar cara solat atau berdoa dari ustzah dan bukan diajar direct oleh ibubapa kita harus ingat who makes it possible untuk kita belajar dari orang lain? Itu semua adalah hasil usaha ibubapa juga. Sebab kalau tak kerana usaha mereka cari duit siang malam untuk beri pendidikan secukupnya, kita pun tak dapat nak kutip ilmu dari cikgu or ustazah.

Tapi memang seronok kalau kita diraikan. Tak perlu buat keraian yang besar-besar, tak perlu makan di hotel, tak perlu keluar duit pun masih boleh meraikan ibu. Setakat kad buatan tangan yang comel macam ni pun cukup buat hati kita flutters kan?
Memang tak perfect macam kad kat kedai tu, tapi sebab anak kita buat sendiri pun kita dah rasa puas hati. Walaupun selepas bagi kad ini, dia yang ambil balik gelang tu pakai sendiri... hehe. Kita ibu-ibu ni kalau dengan anak memang cair dan bias kan?


I'm glad I didn't listen to Yaya's request nak beli kad mother's day kat memory lane 2 minggu lepas. Tapi ada ke patut dia nak beli kad dekat kedai je? Pulak tu saya yang membayar nye untuk diri saya sendiri, isyy mana best. Pulak tu dia suruh saya pergi jauh-jauh sebab tak nak kasi saya nampak kad mana dia pilih. As if I wouldn't find out masa nak bayar nanti haha Yaya oh Yaya.

Saya tak terfikir apa nak diberi pada ma for mother's day. Nak masak for her, ma saya ni pun cerewet makan macam saya. Nak ajak gi makan kat hotel, hmmm so typical. Saya rembatlah beg tangan sebiji untuk ma, sebab rasanya dah lama beg tangan ma tak berganti. Ehhh... untuk mak mentua tak beli apa-apa lagi. Hmm idea yang bagus juga belikan beg tangan untuk hadiah raya nanti ye. Selalu sangat bagi baju raya kan abang kan? ;-)

Monday, 9 May 2011

Sleeping Beauty a.k.a Kaki Tidur

Siapa tak suka tidur angkat tangan. Ada ke? Kalau dah penat seharian bekerja bila malam badan tentu letih, tidurlah apa lagi. Tidur tu kan rehat untuk recharge energy. Kot kalau tak tidur tentu otak pun letih, bila otak letih signal yang disampaikan kepada badan pun samalah. Ada ke orang yang suka tahan tidur. Aduhai tak kuasa den, terseksa rasanya. Orang yang kena seksa kat penjara abu gharib dan guatanamo tak taulah mcm mana azabnya tak dibenarkan tidur.

Tapi saya kagum dengan budak seorang ni yang boleh tidur kat mana-mana saja.

Kalau nak tidur, tidurlah mata, jangan ditunggu makanan yang tak sampai-sampai lagi tu...
Penat tunggu food kat kedai makan, jadi kita tidur dulu!

Kalau tengah siapkan homework cepat je berat mata ye. Lebih-lebih lagi kalau kena tulis kata kerja "TIDUR, TIDUR, TIDUR" berulang kali. Nescaya terkena panahan 'sihir' tidur, macam dia.

Kejadian aneh tapi benar ini berlaku di rumah mil hujung minggu lepas. Anehnya, hari masih awal belum pun masuk tengahari dan sebelum kejadian cik Yaya sangatlah segar bugar dan tanpa dipaksa-paksa sukarela buat homework sorang-sorang dalam bilik. Bila saya masuk ke bilik pasang kipas dan lampu serta temankan dia sambil baca majalah, begini pulak jadinya. Aneh, salah kipas ke?
Nampak perkataan 'tidur' tu?

Adam, anak buah hubby masuk bilik jenguk kami. Ketawa dia lucu tengok Yaya. Saya rasa kena tulis perkataan "BANGUN, BANGUN, BANGUN" untuk break the spell. Tapi kata Adam kena cari lelaki untuk cium Yaya kejutkan dia dari tidur ala-ala sleeping beauty or snow white lah kiranya. Tapi Adam tak rela sebab dia tak nak awek... skema!

Friday, 6 May 2011

Whenever I have free time I'd indulge in experimenting with new dishes/recipes. But sometimes tak sempat tunggu ada masa lapang, whenever the urge arises even at odd hours saya bantai juga cuba resipi baru, macam laksa johor ni.


Honestly when I made this saya masih lagi recuperating from bad dry cough, bau bahan tumisan terutama cili memang boleh trigger batuk yang tak henti-henti. Tambahan pulak kami baru je balik dari celebrate birthday my maid kat luar, malam pun dah lewat. Ikutkan penat dan tak sihat memang rasa nak tidur je, tapi tangan itchy sangat nak pegang sudip. Balik dari makan kat luar saya terus ke dapur siapkan bahan-bahan dan menumis. Kenapa lah sibuk sangat nak menumis malam-malam buta? Sebab laksa johor ni nak buat hidangan breakfast hari Sabtu. Ayyy tak boleh tunggu pagi ke baru menumis, what's the hurry? Sebab Sabtu tu saya kerja... malas nak bangun awal sangat menumis kang terlajak pulak nak gi kerja.

Saya buat separuh resipi aja tapi lebihkan santan sedikit. Barulah ummphh rasa dia.Kuah mesti masak dengan api perlahan dan mesti pekat betul baru lah ada kick. Mil mesti terkejut kalau dia tau saya masak laksa johor, sebab dia sendiri pun belum pernah saya lihat masak laksa ni.

Boleh katakan hampir kesemua negeri ada resipi laksanya tersendiri. Pantai timur terkenal dengan laksam, utara terkenal dengan laksa asam, belah selatan setahu saya cuma johor saja yang ada laksa johor yang dimakan dengan spaghetti while di sarawak ada laksa sarawak. Laksa johor pada saya adalah kombinasi laksam pantai timur dan laksa asam utara. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kuahnya bersantan macam kuah laksam yang bahan utamanya adalah kuah ikan bersantan. Laksa johor juga ada ciri-ciri laksa asam utara sebab penggunaan asam keping untuk terbitkan rasa masam. End up kuah laksa johor ni rasa dia masam manis berlemak serta berempah. Since laksa johor ni dimakan dengan spaghetti saya terfikir maknanya menu ni agak baru juga tercipta sebab zaman tok nenek dulu kala manalah ada mee spaghetti. And I couldn't help but feel that mungkin juga asalnya orang johor tak ada hidangan laksa tetapi as time goes by hidangan ini dicipta hasil kombinasi laksam dan laksa asam. Pandangan peribadi saya je, belum buat kajian lagi.

Hmm weekend ni nak eksperimen apa ye?

Tuesday, 3 May 2011

How The Kids Spent Their Holiday

At nenek's (MIL's) house in batu anam, segamat with their cousin yang jumpa setahun sekali (mujur!). Playing games... semua cucu mil are into video games, gameboy, PS2, psp, or yang ciplak punya like my kids punya pvp.
Bangun pagi masing-masing pegang psp or pvp. Mainlah sampai lebam. Mandi pun liat!

So that's how our labour day long weekend goes. The adults just lepak'ing'... the kids playing.

Wednesday, 27 April 2011

Cinta Sudah Berputik Ye...? (^_*)

Lebih 8 bulan juga saya tunggu pokok heliconia saya ni berbunga. Alhamdulillah 2 minggu lepas putiknya dah mula tumbuh.

Dan minggu ini bunganya sudah berkembang. Hati saya pun berbunga-bunga juga ;-).
Heliconia ni dia ada banyak variant. Yang seperti dalam gambar ni dipanggil heliconia pandula inflorescence. Bunga dia terjurai ke bawah. Ada 2 jenis lagi heliconia kat laman rumah ni. Yang di luar pagar ada heliconia psittacorum dan parrot heliconia. Ada 1 yang ala-ala heliconia tapi tak sure lah same family atau tidak tapi better known as birds of paradise... alah yang macam gambar profile saya tu ;-)

Wordless Wednesday - Power Puff

Owh kali ini memang betul-betul power - menjadi!!!
Yeah you are right, these are cream puffs but my children dubbed them power puffs ;-)

Tuesday, 26 April 2011

Makan Tulang

Kau dapat makan hati pun dah cukup bagus, jiran sebelah makan tulang je.
Tapi tulang bukan sebarang tulang. Tulang yang berlemak dan berdaging nipis ni bila dah direbus empuk dan dibuat kuah mee rebus, fuhh sedapnya tak terkata. Masuk lif tekan sendiri daa...

Tau tak, lemak-lemak pada tulang ni saya cukup geli nak makan tapi ada tukang kutip. Nak tau siapa? Tu cik minah mulut becok hantu pulut... tak sangka dia yang cerewet makan ni boleh sebat lemak saya.