Wednesday, 9 November 2011

Mengasihi Tanpa Syarat

Hubby had to extend his stay kat Ayer Tawar for another 1 night. *sigh* boring.
Saya purposely tak hantar Fahmi ke sekolah hari ini dan semalam, saya bagitau dia mama bagi awak cuti extra
tapi sebab sebenarnya saya rasa tak sedap badan, tak larat nak berkejar pagi-pagi
dedar je dah seminggu rasa nak demam dengan panas tekaknya, pedih mata, sakit kat mata kiri kadang-kadang bawa ke sakit sebelah kepala
Aduhaii badan dah tua, macam ni lah
dalam saya ingat saya telah memontengkan anak saya semalam, rupa-rupanya memang sekolah dia closed pun sempena aidiladha... lorrrrr
Alhamdulillah Allah swt beri saya instint yang baik, kalau tidak sia-sia lah kami tercongok depan sekolah hihihi

Semalam niat nak balik awal tapi tak kesampaian
kesian kat anak-anak sudahlah daddy mereka takde, mama pulak memang sentiasa balik lewat
pagi semalam Yaya dah muncung-muncung bibir tak kasi saya pergi kerja
takde kerja lain nak suruh entertain dia lah tu, seronok agaknya 2 days in a row free without kakak
padahal bila kakak cuti saya lah pengganti mulut bising, tegur itu ini, marah diaorang buat sepah dan serba mak nenek lagi syarahan saya
hubby pun cakap kat diaorang siaplah korang esok mama tak kerja macam nilah mama tapi diaorang cakap walaupun saya marah diaorang tetap suka
alahaiiii... agak esok kalau saya dah berhenti kerja hari-hari ada kat rumah membebel mau tak diaorang tarik balik statement tu? heheheee

tapi itulah nikmat cahayamata yang Allah swt bagi, diaorang penghibur hati diaoranglah yang drive me crazy
kerapkali mereka tak makan malam melainkan tunggu saya balik, padahal saya tak kisah diaorang makan dulu, dah memang mereka selalu makan awal before maghrib
nak tunggu saya yang tak tentu entah balik before maghrib entah balik lepas isyak
bila saya dah balik pun diaorang tunggu saya dah mandi dan solat semata-mata nak makan sama-sama
dah macam tu I cannot help feeling kerja gaji ribu riban berjawatan tinggi pun takde maknanya kalau makan caci hina orang bukan kasih sayang yang ikhlas
kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang anak-anak
balik rumah buka pintu kita disambut dengan senyuman dan pelukan
badan bau masam dengan peluh pun wangi pada diaorang
kita marah, menjerit dan kadang menggila bagai pun tiap malam pipi kita juga yang dicium
pagi-pagi nak pergi sekolah tangan kita juga yang dicium
itulah kasih sayang yang jujur dan ikhlas
menyayangi dan mengasihi kita tanpa syarat!

Monday, 7 November 2011

Teka Teki

We so love to play teka teki
Saya tak tau bila bermula, I think it was years ago
tapi permainan teka teki ni dah macam acara wajib setiap kali masuk kereta
agaknya sebab bosan perjalanan jauh, nak distract budak-budak ni daripada dia bergaduh baik main teka teki
tak sangka pulak Fahmi boleh tangkap minat pulak main teka teki
now everytime nak mula perjalanan mesti Fahmi yang mulakan ajak berteka teki
makin menyeronokkan bila Fahmi pun dah pandai reka teka teki sendiri!
tapi yang lucunya dalam kami ber 4, 3 orang mesti riuh beri teka teki dan menjawab
tapi 1 orang ni mesti senyap terkunci mulut - Yaya!
dia tak spontan dan kesian sangat she tried so hard untuk faham konsep teka teki ni
tapi sampai sekarang masih belum berjaya nak buat teka teki sendiri
bila dia bagi soalan mesti semua orang diam - sebab penat tunggu dia habiskan soalan teka teki yang dah macam cerpen!
hahahaha pity her
I guess next time kalau nak suruh Yaya diam, kami kenalah main teka teki


Okay, ini teka teki pertama untuk anda:

Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang kerja siang malam?

Friday, 4 November 2011

Silau - Edisi Entry Merapu

Aduh!! Sakit mataku tengok warna hijau striking kemeja budak junior engineer yang duduk selisih dengan pintu bilik saya ni
silau dik... hijau itu suppose mendamaikan mata
agak kalau mata stress pergilah tengok benda-benda hijau
ni tidak, pagi-pagi kau dah buat mataku silau
rasa nak pergi je dekat dia dan cakap "dik mari lah akak bawa ko pergi shopping"
kesiannya, takde orang tolong shoppingkan baju ye?
kahwinlah cepat nanti isteri awak boleh tolong pilihkan

macam saya ... pertama kali beli kemeja lelaki ialah untuk suami saya
eh tipu, pertama kali beli kemeja lelaki ialah untuk bakal suami saya
eh tak kena juga sebab yang untuk hantaran tu dia yang pilih sendiri
ok kita mulakan semula...
pertama kali beli kemeja lelaki yang dibayar sendiri dan pilih sendiri oleh saya
ialah untuk suami saya
di mana membelinya? di SOGO, kl
shopping dengan siapa? sahabat baik saya aka kembar saya yang saya sudah kehilangan dia...sob sob
tak dia belum meninggal dunia tapi dia ... arghhh different chapter lain kali je
kenapa tak pergi dengan suami? dah saya outing dengan sahabat saya (outing pertama dan terkakhir lepas kahwin)
berapa helai beli? kalau tak silap 3 helai warna biru, yellow ocre (sila rujuk carta warna air BUNCHO kikiki) dannnnn HIJAUUUUUU! ehemm tapi hijau saya mendamaikan mata

dan suami puji serta suka kemeja yang saya beli untuk dia... fabriknya sedap dipakai
umpama membelai-belai kulit (err ini saya tambah ;-))
err saya tak fikir dia cuma ambil hati saya
buktinya, sejak kemeja itu setiap kali nak beli kemeja kerja suami mesti cari/bandingkan dengan kemeja yang saya beli untuknya

eh eh baru saya perasan hari ini ramai jejaka yang pakai kemeja, baju melayu atau t-shirt hijau, mat bangla pantry boy pun pakai kemeja hijau!!!
dan semuanya... hijau yang menyilaukan mata
apakahh?!


P/S: Kini sudah pasti rumah saya ini akan ditukar hakmilik kepada Fahmi!

Thursday, 3 November 2011

Is My Reward Plan Working?

Semalam masa tengah driving balik kerja dalam hujan saya received sms from hubby.
Ketawa sorang-sorang saya dalam kereta bila baca mesej dia.

"Hahaa...habislah...fahmi kata kwn dia amin nampak keputusan periksa akhir tahun...amin no.*..fahmi..u guest no berapa? U standby jer lah hadiah yg u janji and lot more dlm list dia termasuk kasut, stokin dan bola sepak...last sekali dia ckp...nak mintak rumah nie jadi milik dia...sebab dpt no 1...nie berita x rasmi"

Saya nak ketawa sekali lagi kahkahkahkahkahkahkahkah....
ketawakan diri sendiri... rasa nak nangis pun ada
dia minta rumah saya jadi milik dia?!!! huwaaaaa
confident habis cik mamat tu kali ni
dan owhhh demam bola sepak masih belum berakhir di situ... minta belikan bola sepak lagi, habissss tingkap rumah siapa yang jadi mangsa nanti kihkihkih

hubby cakap masa hubby balik rumah petang semalam Fahmi siap turut dia sampai naik tangga ke tingkat atas
lepas tu dia sentuh dada hubby dan dengan tersenyum cakap "abang ada berita bahagia..."
owhh perkataan 'menggembirakan' tak cukup untuk menggambarkan betapa gembiranya dia ye? sekarang pakai perkataan 'bahagia' pulak
nasib dia tak cakap 'bahagia infiniti'... sekarang dah pandai sikit-sikit cakap infiniti ;-)

yelahhh berita bahagia untuk dia, tapi mama nak pesan jangan over confident sangat my dear, kot amin silap pandang ke kan?
selamat poket mama hehe
tapi kalau betul mama lariiiiiiii!!!!

Tuesday, 1 November 2011

Ramblings

It is the beginning of a chilly November, no rain, the sky was bright but remain chilly
Semalam hujan lebat sampai ke malam dah tentulah sejuk pagi ini.
Saya pula feel very sleepy, beratnya mata memandu pun masih dalam keadaan mengantuk
Bahaya!
Ini bahana mengulit novel baru dibeli sebelum tidur selama 2 malam berturut-turut
It was a very thick one, I told myself tunggu hujung minggu baru layan baca novel
But I couldn’t help myself after reading a few pages I was hooked, tak boleh berhenti
Mata yang kelat boleh jadi segar… uisyyyy sihir apakah ini
It is an Islamic romance novel… membacanya menerbitkan keinsafan
Hubby tergelak bila tengok tajuk novel ni, manakan tidak melihat tajuk “Awak Suka Saya Tak” everybody would laugh
Macam tajuk buku budak-budak, bahasanya juga mudah dan ringkas
Sarat dengan unsur dakwah dalam penceritaan yang ringan

Uarghh! Rasa malas nak bangun pergi kerja pagi tadi… mood tarakk!
Rasa nak menjerit dalam kereta tadi cakap malas kuat-kuat
Tapi saya sedar saya tak boleh cakap macam tu sebab Yaya ada kat sebelah
Saya sangat berhati-hati nak cakap depan anak-anak “malas kerja” “malas bangun pagi” “boringnya pergi kerja”
Tak mau diaorang terikut-ikut nanti keluar pula dari mulut mereka “malasnya nak sekolah”
Nanti siapa yang susah? Sebab tu walau penat walau berat hati walau takde mood nak kerja macam mana sekalipun saya elakkan daripada tunjuk depan anak-anak
Tak mau mereka mudah mengalah, mudah hilang semangat, mudah mengeluh
Sakit sikit jangan dibiarkan jadi halangan, tak suka lembik-lembik dan melayan lembik
Kena didik hati mereka sejak kecil untuk take things seriously, amanah dan tanggungjawab jangan ambil mudah
Fahmi minggu ni periksa subjek-subjek agama pula, saya dah pesan biar hujan lebat macam mana pun dia mesti pergi kelas, minggu yang lepas-lepas bila hujan lebat saya izinkan dia skip kelas
Dah dibekalkan payung dan baju hujan, dia kena jaga diri supaya tak jatuh sakit faham-faham jelah musim hujan dah sekarang ni
Tapi malam tadi dia cakap dah tak larat nak redah hujan, minta saya uruskan dengan ustaz faiz untuk ambil dan hantar dia balik
Ya Allah rasa malu sangat kat anak. Mama dia tak jaga kebajikan anak dengan baik, setakat payung dan baju hujan mana tahan nak redah hujan lebat sekarang ni
Aku sendiri berlari ke kereta dengan payung semalam pun lencun
Kijam sungguh… sudahnya suruh incik hubby call ustaz faiz malam tadi jugak
Nak saya telefon sendiri segan lah perempuan telefon lelaki malam-malam, cukuplah sekali dulu saya telefon nanti tergoda pula dengan suara lembut manja saya dicorong telefon!
Tak bukan perasan… kita kalau bercakap dengan orang yang tak familiar memang naturally nada dilembutkan sedikit lebih-lebih lagi bila nak minta tolong
sampai kadang ada yang tersalah sangka ingat saya ni muda remaja lagi… kan incik hubby juga yang susah nanti tak gitu?
InsyaAllah sehingga tamat kelas agama pertengahan bulan November ini Fahmi akan naik kereta ustaz faiz
Lepas tu mereka cutiiiiii! Owh what to do with them masa cuti sekolah nanti, they’ll drive kakak nuts dengan kerenah diaorang, nasib saya kerja hahaha!
Nak hantar pergi kem cuti sekolah ada ke untuk 7 years below? Kalau ada memang nak sangat lah saya hantar, biar diaorang socialize dan beraktiviti sihat sikit
tapi ada ke orang yang sanggup nak layan kerenah budak 6-7 tahun? kehkehkeh

Monday, 31 October 2011

Peteh Ganu Peteh - Hadiah Tengok Bola?



Can you figure out what was he up to with the lilit kepala? I bet you know the answer.
But I'd like to begin with the beginning ;-) ;-)

His final semester exam is over, seperti kebiasaannya he is allowed to ask for a special gift itupun kalau he can keep up with good performance.
Tapi kali ini baru 1 week exam tamat, result pun tak keluar lagi tapi dia dah nak redeem his 'reward ticket' in advance! And he succeeded!
Haissyyyy tak aci sungguh, ni macam tak confident je result ok, daripada tak merasa baik redeem dulu... bijak sungguh dia find ways to get what he wished for.
And you want to know what did he asked for? Bukan toys, bukan new gameboy/pvp, bukan holiday trip... tapi dia minta nak tengok bola kat stadium!!!
Mak aiii... cik mat seorang ni memang pandai betul cari hadiah yang unik bila saya sendiri sudah hilang idea apa nak beri kalau berjaya maintain good performance.

Orang sibuk tengok bola dia pun sibuk nak tengok bola jugak.
Ajak tengok kat rumah duduk depan tv je dia tak mau, nak tengok kat stadium!
Padahal dia ni bukan minat bola sangat pun, dia lagi minat fast cars macam daddy & mama dia, hmm mana dia dapat idea ni?
Oklah nak tunaikan hajat dia, takpelah result tak dapat lagi pun.
Saya teringat hujung minggu lepas akan ada final piala malaysia, terengganu vs negeri sembilan pulak tu... uhhh uohhh so exciting
satu team tanah kelahiran dan asal usul, satu lagi team tanah tempat I was raised up
tapi maaflah saya tak sanggup nak pergi stadium walaupun main kat stadium shah alam yang dekat dengan rumah... memang bukan kegemaran saya dan hubby
Tapi kerana Fahmi, saya conceived this idea pujuk hubby bawa Fahmi ke sana
siap belanja mereka tiket lagi... (yelah kalau tak buat macam tu hubby pun bo layan)
saya kenalah usahakan supaya hubby cair kali ini, kalau tak kesianlah Fahmi saya
Tapi... yang tak bestnya Fahmi kata dia nak sokong N9!!!
kenapa kah...? haisyy apa-apa jelah... he is developing his own personality, don't squash them, tapi knowing me... hmmm tau-tau jelah saya ni suka test my persuasion skills
Selama 1 minggu saya memancing 'undi' dia, memujuk, bercerita macam-macam to sway his choice of team... dia tegar!
Until the last day... saya balik kerja singgah giant sect 13 tengok tempat tu dilimpahi penyokong-penyokong ganu berbaju putih, oh wow tiba-tiba saya rasa meremang bulu roma
saya pulak dilanda euphoria... satu excitement pula bila masuk dalam suasana begitu
serta merta rasa seronok, my mood lifted up, happy semacam, rasa nak menjerit bersorak, feel like want to giggle all the time... macam orang high! hihihi
dah lama saya tak berperasaan begitu... hampir dah terlupa
Balik rumah saya cerita kat Fahmi what I saw, nampak muka dia bercahaya
memang dia dah berhari-hari cakap rasa tak sabar nak tunggu sabtu
terus dia tanya ada tak yang berbaju kuning (N9)? bila saya cakap takde seorang pun terus hilang cahaya di wajahnya... ohhh saya nampak satu peluang terakhir di situ
apalagi saya masuk jarum lagi... dan akhirnya tiba-tiba dia minta disiapkan baju putih!

T-shirt ben10 ultimate echo echo ni jelah berwarna putih, itupun dia suruh saya tulis TERENGGANU di belakang t-shirt... aikkk tiba-tiba je ;-)
Siap berjaket bagai, mujur malam tu tak hujan walaupun ramalan cuaca kata hujan ribut petir

Untuk pastikan hubby had smooth time with him, saya siapkan mee goreng sos tiram untuk mereka alas perut sebelum pergi stadium... bila perut kenyang semua orang pun happy to play his part kan kan kan?
Owh hubby yang kononnya tak sokong ganu pun pakai t-shirt putih juga... aikk?
Hubby siap beli helmet kids size lagi khas untuk malam tu. Diaorang pergi naik motor je senang nak parking.
Yaya merajuk tak dapat pergi. Tapi malam tu saya bawa dia pusing stadium untuk dia rasa tempias kegembiraan abangnya
Tergelak besar saya bila dapat MMS hubby dengan gambar Fahmi berlilit kepala kat atas tu.
Wo hoooo! Puas lah hati dia tak dapat t-shirt bertulisan terengganu tapi dapat jugak lilit kepala tanda dia penyokong terengganu. RM5 satu!!!

I wanted to make a videocall to hubby tapi malam tu tak dapat lah pulak
but the next picture lagi buat saya ketawa
Owhh kesian dia tak dapat seat... terpaksa duduk atas tembok tangga, kalau tak memang dia tak nampak apa... dan dia duduk di bahagian penyokong ganu
dah kuajar dia cara bersorak tapi hubby kata dia dok diam je
tapi bila balik rumah melompat-lompat dia suka sampai tak boleh tidur asyik bercerita je
owhh anakku lambat panas enjin ye?
walaupun ganu tewas malam itu, dia tetap happy dan puas sebab dapat tengok bola
sikit pun tak marah kat saya sebab ubah fikirannya
kata dia tahun depan dia masih nak sokong ganu jugak!

Wednesday, 26 October 2011

Random

It's a public holiday for deepavali, and I'm at the office :-)
surprisingly the kids woke up early lah pulak, Fahmi woke up just before saya angkat takbir nak solat subuh
terus dia cakap dia pun nak solat subuh juga, so I make a space for him next to me
lepas solat I asked him to go back to sleep, adik dia pulak celik mata masa saya bersiap nak pergi kerja
saya turun ke tingkat bawah nak start enjin kereta both of them dah puas mengayuh basikal di pagi yang dingin dan berkabus
owhhh bestnya kalau dapat jogging dalam cuaca macam ni
my legs dah tak sore lagi lepas jogging Ahad baru-baru ni, unlike Ahad 2 weeks ago
alah bisa tegal biasa kata orang lama

I wasn't at work yesterday, not feeling well
I have one upset stomach, feeling queasy all day long and my head goes dizzy
and NO before you guess, I"M NOT PREGNANT
rasanya ada stomach bug yang degil dalam usus ku ini sebab been feeling like this on and off sejak 3 weeks ago, I didn't get any medication sebab rasanya saya tahu kenapa
I change my diet recently, I added green apples into my breakfast and lunch
yes, that must be it
and my eyes sangat sakit tak larat nak tenung skrin pc lama-lama
tak taulah kalau ada infection kesan daripada pemakaian kanta sesentuh yang tidak cermat, tapi I don't wear them on daily basis though
So I spent most of yesterday at home, in my room
sesekali buat kerja ofis yang perlu, whenever the queasiness hit me I stopped work dan baring dan toilet, kemudian baring dan baring jelah... boring!
The only time I went out was to send and fetch Fahmi from religious school
Yaya ajak main kat taman petang tu pun saya tak mau, tak sedap badan

Saya sempat made dhall, eaten with instant chapati that I bought last week
this time around saya buat dhall guna rempah serbuk dari pakistan
followed exactly the steps kat belakang kotak
not bad jugaklah walaupun bau dia tersangatlah india
alah bau rempah-rempah yang sangat kuat kalau kita lalu kat kedai rempah india tu
cuma saya tambah serbuk kunyit dalam 1 sudu kecil sebab warna rempah agak pucat dan kusam dan tambah garam which was not mentioned at the back of the box
they have forgotten to mention it atau the dhall was meant to be eaten bland?
saya tergoreng garing sikit mustard seed, cumin and cili merah
jadi ada sedikit rasa hangus/pahit di situ, tapi after a while hilang juga rasa pahitnya bila dah tambah garam hehehe...
jadi sempena deepavali, since saya tak buat maruku :-P saya tayang chapati segera ni with dhall jelah
hope everybody have a good rest siang tadi ;-)

and owww yeah, help yourself with one of these cake lollies coated with chocolate

I made them from leftover buttercake yang digaul dengan cream cheese, serupa dengan pop cake. Tapi saya lebih suka gelarkannya cake lollies sebab duduk atas batang lollipop bak kata anak-anak saya