Tuesday, 27 October 2009

Our Dilemma

with our plan to move in to our new house by end of november, it is anticipated that these few weeks approaching that date and few weeks thereafter going to be the most hectic weeks in our life.

bukan setakat packing and unpacking things aja, but with kerja-kerja memasang cabinet yang masih belum siap dan basic essentials yang belum cukup lengkap tambah kelam kabut jadinya. itu baru hal rumah yang akan diduduki nanti. perkara lain yang perlukan perhatian kami ialah finding a suitable school for our children. fahmi's current kindy dah mula bagi borang untuk registration for next year school semester, yaya's smart reader pun dah bagi registration form with fees structure. but we have to pass sebab next year kami dah tak tinggal sini lagi.

fahmi will be 6 in january, while yaya will turn 5 next year. kalau sebelum ni hanya fahmi aja yang betul2 attend daily kindy, next year yaya will have to follow suit. we did our survey tapi tak banyak kindy yang reliable kat area U10. kat AB sendiri cuma ada tadika manja ceria (yang dah ditarik lesen program lil caliph) and another kindy yang yet to be launch. i heard they going to name it tadika mindaemas. sounds promising but i've never heard of it before. is it another franchise programme?

we (me & hubby) dah discuss. we are not going to send fahmi or yaya to tadika manja ceria especially now with their licensed revoked dan macam-macam hal lain yang tak settle. that's left us looking for other kindy di luar AB but within U10. di neighbouring nusa rhu ada Q-dees, hubby's friends kata bagus. but we have to pass sebab fees dia a bit too high for us. yang tinggal kini cuma smart reader di sunway kayangan dengan annual and monthly fees yang affordable. unfortunately with my impending plan to "look for greener pastures" (since it won't necessarily comes with better $$ package), $$$ is going to be very tight, we can only accomodate 1 seat for smart ready kindy but not 2. iskkk...

itulah yang menyebabkan kami suami isteri bertegang urat sekejap. bukannya gaduh pun, it's just that cara kami brainstorming tu kadang2 so intense, tapi lepas tu bila otak masing2 dah cair mencurah2 ilham tiba hehehe.

so begini ilham yang aku dapat:

Fahmi will get the priority seat ke smart reader kindy next year.

Rationale
Di bahu fahmi sebagai anak sulung ada tanggungjawab yang besar untuk beri contoh yang baik kepada adik dia. He is the role model, apa yang dibuat akan mempengaruhi adik dia. So we have to do it right with him in order to do better with yaya.

We also note yang fahmi ni his nakal side can get the better of him dan mengganggu konsentrasi terhadap pelajaran. He needed to be put under a rigorous program yang boleh mengawal tingkah laku dia dengan lebih strict. We want to give him as much exposure he can absorb, let him have the best for now supaya nanti bila dia dah pandai berfikir sendiri hopefully ilmu yang dia dapat ni membantu dia buat keputusan masa depan. Phewww! that's a very serious note!

Yaya for now she has to settled for a normal kindy. kemungkinan besar tadika mindaemas.

Rationale
Yaya masih ada 2 tahun lagi untuk dapat pendidikan pre-school. We took into account that she is the type yang suka belajar, apa je new lesson yang abang dia belajar dia akan menyibuk juga nak ambil tahu, buku iqra' abang dia pun dia dah boleh baca. So we intend to manipulate her interest for books and lesson and her openness to be train/educate and her easy reception towards ilmu. Let her go to normal kindy, but at the same time she will (I believe) benefit from ilmu dan pendedahan yang abang dia dapat. At this stage we feel that it is much easier to shape her. God willing, bila dia turns 6 nanti iaitu bila fahmi dah masuk standard 1, giliran yaya pula ke smart reader. Hey, we can even continue sending her to saturday tutorial class next year.

Parenting, tak semudah yang aku pernah bayangkan. takde buku yang boleh mengajar dengan tepat. we are writing our children's path... aku berdoa sangat2 yang we make the right choice for them. we have so much hope for them... well which parents don't. dengan $$$ constraint, this is the best arrangement i can think off.

Sunday, 25 October 2009

Tray Cake

aku tengah kemaruk nak makan kuih talam @ tray cake kata omputih. kebetulan aku punya banyak masa lapang minggu ni. jadi malam selasa lepas aku cuba buat talam suji untuk kali pertama. talam suji memang favourite aku selain daripada talam keladi. tak susah rupanya nak buat kuih talam ni. cuma talam suji kali pertama tu aku guna santan terlalu pekat. maklum jelah santan kotak. kalau santan perah sendiri belum tentu sepekat itu.

tak puas hati dengan hasil cubaan kali pertama, jumaat malam aku buat lagi sekali talam suji. kali ni guna santan perah sendiri, sementara lapisan atas tu aku guna gula merah serbuk sebab kali pertama dulu aku guna gula melaka warnanya agak kurang gelap dan rasa pun tak berapa manis.

sementara talam suji duduk dalam kukusan aku sambung pulak mengadun bahan untuk buat talam pandan. yelah senang dan cepat sangat siap, bila kutengok jam baru pukul 10malam, eh awal lagi sempat buat lagi satu. sementara rajin! dah siap semuanya kubiarkan sejuk. esok pagi nak bawa balik ke rumah my mom ;-)talam suji terkukus lama tu yang merekah lapisan atas dia

Thursday, 22 October 2009

The Construction of A 5kg Cake

macam gempak je title entry ni ... heheh
to tell you the truth, in my opinion cake decoration works is not much different from construction works or even architectural works. for an instance, kerja2 menyalut cream pada kek i referred to as similar to kerja2 melepa simen pada batu bata/ikat batu.

last weekend adalah kerja2 construction mencantumkan 6 biji kek bersaiz 7inx7in menjadi sebiji large kek. customer nak kek seberat 3kg with condition kek mestilah large enough to feed 300pax. she doesn't mind kalau kek itu nipis. but i can't compromise when it comes to taste and quality. dan aku tak buat kek just for the sake of getting money. i care about my cakes and i care about what i deliver to my customer.

tebal kebiasaan kek coklat ku withinj the range 2.5 inches. tapi kali ni aku kurangkan kepada 1.5in to achieve the required width. alhamdulillah kek tak terlalu nipis dan masih kekal kelembapannya. aku bimbang sungguh kalau2 kek terlalu nipis jadi crunchy ditepi2nya.

next comes kerja2 mencantumkan kek. garu kepala juga aku buat matematik dalam kepala. finally i decided to bind the cakes together dengan menyalut kek dengan choc ganache pada lapisan pertama. i know memang most cake guna choc ganache yg sama aku gunakan but to tell you the truth it's not the same ganache that i normally use on my cakes. if you notice ganache pada kek2 coklat ku nampak very the shining, well that effects doesn't come from ganache biasa. i've been using another method/recipe untuk menghasilkan ganache yang lebih moist, sedap dan berkilat. but i reserve this special ganache for the outer layer because this type tak membantu to hold the cake together. pasal tu kena pakai usual ganache.

other bakers ada cara mereka sendiri. this is my way of doing it. aku sapu the side with ganache dan cantumkan all the 6 cakes. kemudian ratakan satu lapisan nipis (crumb coating) ganache pada ruang2 yang agak berbukit. let it set and once the first layer is set bolehlah aku tuangkan my special ganache ke atas kek by doing it 1/3 at a time. kena cepat2 ratakan ganache sebab kalau lambat2 ganache berinteraksi dengan udara boleh jadi terlalu likat untuk diratakan, berbelak2 pulak jadinya nanti. too cair pun tak boleh coz dia tend to drip at the sides, too hard pulak susah nak diratakan. i had to work fast. alhamdulillah in 30mins i finished covering the whole cake with ganache. after that i leave it to set overnight.
the next day, awal2 pagi lagi aku dah sambung siapkan dekorasi kek pula. i bein with menepek choc rice di keliling kek. terkial2 juga sbab the sides tak cukup lebar untuk menampung tanganku, so aku gunalah spatula kecil untuk meratakan choc rice.
piping the ganache untuk buat borders keliling cake can be a very though job especially bila ganache makin pekat. aku tak mau mencairkan nya semula sebab nanti too thin nak kena tunggu pekat semula lambat. memang likat dan pekat begini bordernya lebih cantik dan elok terletak, tapi pergelangan ku terpaksalah menanggung sakit akibat tekanan yang kuat. lenguhnya sukar nak digambarkan...

pun begitu, aku rasa menyiapkan kek 3kg ni adalah pengalaman yang sangat enriching. owh by the way, final product weigh almost 5kg. the chocolate that i used to cover the cake aja dah melebihi 1.5kg! it is a heavenly pool of choc you have there in the cake :-).
mahukah lagi aku buat kek sebesar ini? ohhh... aku kena fikir berulang2 kali sebelum terima tempahan sebegini lagi. kalaupun iye, it must be on my terms & conditions. hehe ;-)

Monday, 19 October 2009

Panjang Umur Mu...


hajat nak upload pic kerja2 mendeko kek 3kg ditangguhkan buat sementara untuk memberi laluan kepada entry khas sempena ulangtahun hubby yang ke ? dot... dot... dot... hari ini 19/10.
tiada hadiah seikhlas doa dariku dan anak2 semoga hubby sentiasa di bawah lindungan dan ramhat Allah swt. sebagai tanda ingatan maka kuhadiahkan kek carrot hasil air tangan ku sendiri. mwahhh takdelah benda lain kan itu je yang kutahu, lagipun everyone bleh enjoy hadiah ni sama2 right?

tak sempat nak buat surprise sebab aku balik kerja pun dah nak maghrib, sampai je kat umah lepas berbuka ala kadar dan solat terus deco kek ni ala kadar. terkial2 juga sebab nak cepat. hubby pun dok tunggulah aku siapkan kek ni.

now everyone can take a bite... help yourself ;-)

Sunday, 18 October 2009

Nasi Bukhari

seperti yang dijanjikan sempat juga aku sediakan nasi bukhari untuk hubby & anak2. sambil aku menyiapkan final touch up pada kek choc moist tu sambil aku meramukan bahan2 yang diperlukan untuk buat nasi bukhari.

disebabkan dah janji nak deliver kek pada jam 1 petang, maka terpaksa aku delay kan masak nasi after i got back from AB. sudahnya kami sekeluarga lunch hampir jam 3 petang. fahmi dah merungut pada kakak kenapa kakak masak nasi lambat sangat padahal dia tak tahu aku sebenarnya yang memasak tadi. but the waiting worth it.

Saturday, 17 October 2009

3 Jam Di Bukit Sentosa

baru aje habis menyalut kek tempahan AB dengan choc ganache. kek seberat 3kg itu adalah yang paling besar pernah kubuat. kerja2 mendeko kek akan disambung pagi esok sebelum deliver kepada tuan punya kek tengahari nya.

so now bolehlah update entry dan upload pics taken masa kunjungan open house ke rumah my auntie, enda zizah di bukit sentosa petang tadi. sangkaku open house tu untuk ahli keluarga aja, tapi setibanya kami kat sana terkejut juga aku tengok rumahnya dipenuhi tetamu yang aku tak kenal. eihh jadi segan pulak. ingat tak entru ku pasal rombongan hantar jenazah yang sesat smapai ke genting highlands tempoh hari? kat rumah inilah jenazah arwah pak cikku disempurnakan 2 bulan lepas sebelum disemadikan di hulu langat.

tak sempat bersalaman menegur tuan rumah, aku disambut terkaman mak2 sedara dari port klang yang juga merupakan sepupu abah. mereka yang kebetulan dah nak beredar rupa2nya menyampaikan jemputan majlis kenduri kahwin anas (my 2nd cousin) bulan januari tahun depan. amboi sambung menyambung kenduri kahwin sebelah port klang ni, lepas kenduri anak2 umi, kali ni enda zan pulak sambut baton buat kenduri anak dia pulak.

back to open house enda zizah, terkejut juga aku tengok orang yang mengipas satay tu adalah tak lain dan tak bukan melainkan ayah idir ku sendiri. jauh benar dia datang dengan satay2nya dari seremban sampai ke rawang. itulah untungnya ada bapa sedara yang pandai buat satay, bila nak kenduri tak payah cari satay tempat lain. lagipun satay dia memang sedap, padat berisi, gemuk2 pulak tu. petang tadi aja dia bakar 1,700 cucuk satay!

rumah enda zizah yang luas dan lapang memang jadi kesukaan anak2ku. aku dah jangka fahmi & yaya tentu seronok dan puas bermain keliling rumah. ada mini playground siap dengan buaian pulak tu.

fahmi dah tak sabar2 nak jejak rumput. puas dia dapat sepak bola, mujur tak kena khemah orang membakar satay hehe

ayah idir dan ayah man, thumbs up to them sebab gigih membakar satay walau hari panas

nak interframe jugak hehe

yang ni model iklan ubat gigi mukmin. senyum senang hubby... maklumlah puas dapat makan char keuy tiaow 2 pinggan... tapi memang yumm yumm

ralit dihembus angin sepoi kat patio bersulam hidangan yang sedap2 tak sedar jam dah hampir pukul 5 petang. hampir 3 jam juga kami kat sana barulah bertolak balik semula. itupun sebab aku nak siapkan kek, kalau tak rasa nak baring kat patio.

Friday, 16 October 2009

Food Fight

i make hubby and the kids choose what they want for dinner tonite. but what's the choice? chicken lasagna or spaghetti? oh pilihan lah sangat kiranya tu? both pun pasta hahaha. betapa susahnya mereka nak buat pilihan coz memang semua orang dalam rumah ni suka makan pasta, provided that it is served with bolognese sauce.

the kids keliru dengan selera masing2, they want both actually. the first time i popped the question fahmi jawab spaghetti while yaya wants lasagna. the 2nd time aku bertanya lagi sebab nak menguji hati mereka, this time both jawab lasagna. nampaknya the kids cukup 'kalah' dengan lasagna compared to spaghetti.

now, when the kids dah made up their mind aku pulak yang separuh hati menerimanya, coz deep down aku dah terasa bosan pula makan lasagna. lately ni kan kerap buat lasagna. so i called up hubby. sengaja i dragged him into this tangle coz he's the one with veto rights kan? hehe. for the first few seconds he doesn't seem to be able to answer me directly. i knew by then that he was having difficult time choosing between these two option yang not quite an option. they so love lasagna & spaghetti. finally he choose spaghetti for the same reason as mine although i can tell he'd very much like to dig into lasagna, again. if only they can have both, unfortunately the sauce is just enough for one.

finally, who won this food fight? spaghetti did! ha ha


psst... i promise hubby i'd be making nasi bukhari this sunday. it'd be his advance birthday celebration. his birthday is on monday next week, i won't be able to cook anything special on weekday and don't quite feel like going out to eat. sejak raya ni asyik makan kat open house orang je kan. masak sendiri lagi best kan kan kan?