Monday, 19 April 2010

Running Update

Went for our morning run at the lakeside yesterday. The children took along their bike, which I had to help to carry setiap kali nak cross the quiet road and go down the steps approaching the lake. Before we reached the lake I was already sweating. What an easy way to warm up :-). Oh … and hubby joined us, after all the sweating from lifting the bikes alone and already into my 2nd round barulah nampak batang hidung dia:-P . but we didn’t get to spent time that long with him before his cycling club mates steal him from us to lead their Sunday cycling. Another :-P . Kalaulah tak diangkat jadi cycling club president tak taulah nak kata apa :-P.

Surprisingly, my muscles dah tak menjerit sakit lagi dah. Tak pasti disebabkan kasut running baru atau perumpamaan melayu kata “alah bias tegal biasa”? you all rasa which one?

Whatever it is, I want to get fit and build up my stamina balik, biar badan rasa sihat dan aktif. Same goes with the children. orang kata (orang mana pun tak taulah) kalau parents maintain aktif lifestyle anak2 pun mengikut juga. Which is true juga sebab my mum dulu masa I kecil tersangatlah aktif bersukan. Selalu I follow dia ke mana2 aja team netball PERKEP ada netball match. Keaktifan my mum bersukan tu menurun kat anak2 perempuan dia yang semuanya masuk team netball sekolah, volleyball, acara balapan etc and her sons pun sama aktif with football and volleyball.

As for my children it is still early for me to predict which sports they’ll into sebab I don’t do netball anymore (but would love to!) and their father is not into any sports but cycling (itu kira sukan jugak kan?). So buat masa sekarang my aim is nak bawa the children masuk mini jogathon. Don’t ask me mini jogathon mana coz I don’t know yet. Maklum jelah baru je berjinak2 balik dengan larian, stamina pun takde lagi. Kalau dulu masa muda mudi zaman sekolah rajin lah sangat masuk jogathon (marathon tak larat sih). Nanti bila dah berjaya build up stamina insyaAllah nak register myself and the children mana-mana mini jogathon sekitar shah alam ni.

Friday, 16 April 2010

Cerita Gempar Malam Tadi

Kepala terasa bingung sebab tak cukup tidur malam tadi, sekadar 3 jam aja dek kerana melayan kisah tergempar yang berlaku di kejiranan. Ni bukan nak ceritakan keaiban orang, tapi sekadar mengupas gejala social generasi muda.

Sebaik siapkan tempahan kek tepat jam 12.30mlm saya dah beransur nak tidur. Tapi ‘bantal busuk’ (hubbylah) takde pergi cycling tengah malam acara mingguan dia & geng2 setamannya sekarang ni. Memang susah nak tidur kalau takde bantal busuk ni, sudahnya saya terkelip2 sorang dalam gelap sampailah jam 1.40pagi bila saya terdengar bunyi grill ditolak menandakan bantal busuk saya dah pulang barulah mata terpejam. Sempat juga saya terlena dalam 5-10min, terjaga semula barangkali sebab minda bawah sedar saya terasa ketiadaan orang yang ditunggu2. Cepat saya capai handphone tengok jam 1.50pagi, ada message dari hubby mengatakan dia join orang ‘ambush’ rumah budak bujang student U yang not directly depan rumah kami. Menjenguklah saya keluar tingkap dalam gelap nampak batang tubuh hubby dan geng bas sekolahnya (geng basikal) depan rumah anak2 teruna tu.

Rupa2nya geng basikalnya terjebak ikut sekali selepas diajak pak imam yang mengetuai raid tu. Dengar cerita ada jiran kami yang buat aduan selepas ternampak kelibat perempuan dalam rumah selama 3 hari berturut2 sejak 3 hari lepas. Sebenarnya sebelum saya melelapkan mata tadi sudah saya jengah keluar tingkap tengok kalau ada apa2 yang mencurigakan. Nampak tenang aja rumah depan kami tu, gelap gelita barangkali semuanya dah tidur. Memang dah kebiasan saya sebelum tidur menjengah keluar sejak di rumah lama lagi. Mata saya umpama merakam pemandangan akhir diluar rumah sebelum tidur, bila nampak segalanya in order baru senang nak lelap mata. Saya perhatikan juga rumah anak2 teruna tu, bukan sebab saya ada perasaan tertentu, tapi memang sejak kerap terserempak budak2 perempuan bertandang tak kira siang atau malam, bukannya sekejap atau sekadar duduk luar rumah, selalunya berjam2 di dalam rumah sesekali kedengaran hilai tawa yang cukup nyaring. Cukup untuk buat kami jiran2 ni tahu ada tetamu berlainan jenis di situ. Pernah dulu sekali hubby buat aduan pada jawatankuasa taman, sudahpun dinasihatkan mereka. Tapi umpama mencurah air ke daun keladi, tegar.

Bukannya nak buruk sangka, tidak pula kami membayangkan sebarang kelakuan sumbang di rumah tersebut. Malah saya yakin mereka tidak berbuat sumbang, setakat yang saya perhatikan, mereka ni baik2 belaka.Tapi tidaklah bermakna boleh dibiarkan saja pergaulan bebas sebegitu sedangkan hati dan minda berkata perbuatan itu salah. Sungguhpun atas alasan buat study group sekalipun tetapi kenapa perlu ditempat tertutup? Dan tak mengenal siang atau malam. Elakkanlah fitnah, jauhilah perbuatan yang mendekatkan diri dengan maksiat. Kalau nak berbincang soal kuliah sesame kaum sejenis kat mana2 pun takpe, kalau bercampur lelaki dan perempuan buatlah secara terhormat, ditempat terbuka dan terang, jaga tingkah laku (bukan dengan hilai tawa yang bergema atau bertepuk tampar) supaya tidak disalah sangka. Kalau tidak terpaksalah kami jiran2 ni laksanakan tanggungjawab memberi teguran, kerana saya tak mahu terseret sama dosa bersubahat. Bukan itu saja, saya tak mau anak2 kami yang masih kecil ini terikut2 dengan nilai social yang mereka lihat depan mata sendiri.

Apapun saya juga manusia kerdil yang lemah iman. Saya membesar di bandar kecil, walau punya kawan lelaki dan perempuan pelbagai bangsa tapi yang saya perhatikan rata2 teman sebaya masih punya sifat pemalu (skema) yang tebal. Berkawan rapat macam adik beradik tapi tidak melanggar batas, keluar malam jauh sekali. Kejadian malam tadi menyedarkan saya betapa teruknya nilai social zaman sekarang. Seram sejuk memikirkan cabaran social yang bakal anak2 saya tempuh nanti. Moga2 anak2 saya tidak terjebak dengan perkara yang tak senonoh. Hmm… better stop my children from watching those western teens series yang banyak disiarkan kat astro tuh.

Thursday, 15 April 2010

New Shoes ...

I bought a pair of new running shoe for myself. And a pair each for fahmi and yaya. The one that I've been using bukanlah a proper running shoes. I think that’s the reason pergelangan kaki dan lutut rasa sakit teruk selepas berlari last week – a part from the fact that saya dah lama tak berlari.

Yaya pulak dah outgrown her running shoes. Molek sangatlah we get her a pair of new one sebelum mencederakan kaki dia yang comel itu. Fahmi was not supposed to get a new pair sebab his masih elok. Tapi sebab harga kasut pun tak mahal sebab kami bukanlah beli branded punya sekadar model Power keluaran Bata, Malaysian made sahaja, maka masih ada allowance to buy him a new pair. Mine was selling at rm60, the children’s punya about rm20 cheaper than mine. Lepas tu dapat voucher rm10 lagi, kami guna untuk beli kasut sekolah fahmi. All in I spent about rm160 for 3 pairs of running shoes, a pair of school shoe and 3 pairs of socks. Murah!

Offered to pay for hubby’s new pair of running shoe jugak tapi dia menolak. None of the shoes yang ada kat Bata tu menarik perhatian kata dia. Maklumlah kasut kat situ tak branded, murah2 pulak tu. Dia nak yang branded :-P. Tapi toksah berangan nak beli brand Nike ye, bersekongkol pulak memperlekehkan Islam nanti. ;-)

p/s: tak payahlah saya tunjuk gambar kasut Power saya tu kan, semua orang pun tau ;-)

Wednesday, 14 April 2010

Nak Urut Dik?!

Dua hari lepas seharian saya jalan mengangkang, tapi takdelah buruk benar macam pak mat kengkang sebab saya dah control habis cara jalan sungguhpun sakit urat2 dalam badan menahan gaya @ control ayu. Nak duduk pun sakit pinggang, nak berjalan lagilah seksa. Itu belum kisah saya tak tidur semalaman pada malam isnin lepas sebab sakit badan. Serius, bila saya baring atas tilam bisa sungguh badan macam patah2 tulang saya dibuatnya. Itulah bahana berjogging sakan padahal dah berbulan tinggal jogging.

Jadi dua malam lepas, saya buat muka kesian merayu dengan hubby minta urutkan kaki dengan minyak gamat panas. Sambil mengurut sambil dia mengomel marahkan saya sebab gagahkan diri berjogging sampai 3 pusingan keliling tasik. Lah, banyak sangat ke 3 pusingan tu? banyak kot untuk orang yang keras otot macam saya ni. Hubby mengomel lagi kat saya, katanya saya tak buat senaman stretch up dulu. Eh, kan saya dah buat before berjogging, siap fahmi ikut sekali senaman saya tu.

Apapun, lepas diurut saya tidur lena amat. Keesokan paginya badan saya dah segar sikit. jalan pun dah boleh gaya kucing. Tak tahulah berkat urutan tangan hubby atau minyak gamat panas tu ye? Tapi hubby memang pandai mengurut, tak boleh nak saya nafikan kalau tak lain kali dia tak nak tolong saya lagi ;-) ;-)

Tuesday, 13 April 2010

Bila Terlebih Rajin

princess saya yang seorang ini sungguhpun dia suka berlagak diva tapi adakalanya rajin juga dia menolong saya buat kerja2 rumah. selalunya when i least expected it.
contohnya susun baju dalam almari. yang mengejutkan saya pada satu malam sesudah selesai solat isyak, yaya tunjukkan saya baju2 saya yang sudah kemas tersusun dalam almari. pelik juga saya sebab rak baju saya 2 kaki lebih tinggi dari dia. rupa2nya masa saya sedang solat dia terlangkupkan bakul baju dan panjat atas bakul untuk susun baju2 saya. patutlah kemas dan cantik je susunan dia.
dan ini aksi dia few nights ago yang sempat saya snap.
pandai juga dia ambil hati mama yang sedang ntahapaapa ni.

Monday, 12 April 2010

Filo Pastry

for those yang tertanya2 macam mana rupa filo pastry, here i upload gambar packagingnya. maaf tak dapat nak ambil gambar the filo sheet sebab masih beku, nak dibuka helaiannya supaya nampak jelas kena tunggu dia defrost. tak larat cheq nak tunggu hehe.

jangan confuse filo pastry/sheet dengan kulit popia. filo sheet ni jauh lebih nipis, diperbuat daripada tepung gandum. harga sekotak agak mahal juga, belasan ringgit tapi saya pun tak ingat. this one brand pampas i bought from cold storage. kalau pergi giant or tesco cuba jenguk frozen section dekat area yang sama dengan kulit popia mungkin ada (saya dah berkurun tak ke giant so saya main agak2 jelah harap mengena! ;-)).

filo sheet ni mesti disimpan di tempat beku. bila nak pakai defrost kan beberapa jam. nak asingkan setiap lapis kena hati2, sebab mudah koyak.jangan biarkan terdedah pada udara nanti cepat kering, lebih sukar kita nak meyapu dengan butter mahupun nak melipatnya.

hope this info helps. ;-) ;-)

Sunday, 11 April 2010

Banyak Aktiviti

erm banyak sangatlah aktiviti hari ni konon.
pagi2 lepas solat subuh (subuh gajah!) kejut the children. i took the children for a run while hubby seperti biasa pergi cycling with his gang. oh yes, eversince dia form (secara tak rasmi) a cycling club ni, he spent less and less time for activities with us. grrrr!
i managed to do 3 rounds of running around the lake at our home before i retired. itupun yaya dah mengadu sakit kaki and retired after 1 round.
walk back home, collect sekotak cupcakes tempahan customer pastu terus pergi hantar. tak yah mandi lah tak sempat dah... heheh busyukkk!
tengahari malas nak masak coz hubby pergi kenduri, so i just cook garlic butter rice and grill dory fillet sekeping. lauk pauk mentah dah takde!
sambil2 tu mengerjakan buat kuih koci. selesai mengukus dah dekat pukul 2.30pm. naik ke bilik solat zuhur then acara kuak lentang atas katil with yaya. hahaha...
petang pergi collect barbie doll untuk buat doll cake for one customer ni. balik dari collect doll tu kami anak beranak mengerjakan kebun depan laman rumah.
now at almost 11pm ni... my unuse muscles kat kaki and pinggang dah menjerit2 sakit. ada yang jalan mengangkang esok nih.


p/s: i've found my wit, no?