Saturday, 10 September 2011

Bila Dia Cemburu

Fahmi kalau bercakap, tutur kata dia tersusun. Kadangkala sangat tersusun menggambarkan dia dah careully thought about it. Macam Yaya pula dia bercakap laju, selalunya mesti membebel.

Contohnya, tempohari masa saya sedang baca suray Yasin bila tiba-tiba handphone hubby berdering dan he picked up the call. Fahmi was lying on my bed next to incik hubby. He was so quite.
Bila saya selesai mengaji dan hubby selesai bercakap terus je dalam nada lembut Fahmi menegur daddynya, "Daddy, lain kali kalau orang tengah baca Yasin tutuplah dulu handphone tu"
Terkedu saya dan incik hubby especially.
Terkedu sebab pertama, bermakna dia faham kita mesti menghormati dan rendahkan suara atau sebaik-baiknya diam bila mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran.
Kedua, saya tersentuh dengan nada suara lembut, berhemah dan sabarnya dia menunggu hingga daddynya selesai bercakap di telefon - which last as long as the time I took to finish the whole surah Yasin - barulah dia menegur. MasyaAllah saya malu sendiri sebenarnya sebab saya pun tidak sesabar/hemah itu menegur orang. MasyaAllah kadangkala petunjuk dari Allah swt tu dari dari setiap penjuru.

Tapi dalam calm and poise nya dia ada masanya dia lost composure jugak.
Macam satu incident masa raya tempohari yang buat saya senyum sendiri.
Saya tak sangka juga yang anak teruna saya ni punya sifat cemburu. Kalau cik Yaya memang dia display betul sifat cemburu, cemeng, bekeng, tak boleh ditegur dia tu.
Satu hari di hari raya kedua kat rumah mil, Fahmi masuk bilik mengomel-ngomel pasal satu budak perempuan sombong tak nak kawan dengan dia.
Budak ni anak kawan suami saya yang kebetulan sekampung dan sama-sama duduk shah alam.
Memang mereka dah biasa main bersama tapi masa datang beraya rumah mil tempohari budak perempuan ni bawa cousin lelaki dia dan asyik bermain dengan cousin dia je. Cousin lelaki dia ni pun tak nak main dengan Fahmi.
Budak perempuan ni pulak tak sangka jumpa Fahmi kat kampung because they never met di kampung only kat shah alam, so dia ingat bukan orang yang sama.
Saya ada dengar dia cakap kat Fahmi "eh muka awak ni macam budak KL lah"
Fahmi kata dia menyampah budak perempuan tu sombong, lepas tu dia menyampah juga kat budak lelaki tu yang conquer budak perempuan tu sorang-sorang tak kasi main sama.
Saya nak tergelak tengok gelagat Fahmi macam orang yang dirampas kekasih!
Bila saya cakap macam tu Fahmi tersenyum malu sendiri.
Sat lagi saya dengar kat luar suara Fahmi menjerit "... pondan gedik!"
Ya Rabbi... memang marah & jealous sungguh dia. Aduhhh malu... huhu.

Thursday, 8 September 2011

Mee Kicap vs Mee Goreng Sos Tiram

Masakan takdelah sehebat mana pun kali ni tapi saja nak tempek gambar yang buat pertama kalinya saya berjaya letak watermark hehe.
Orang lain dah sampai ke bulan saya baru nak merangkak.

Saya pakai special features kat picnik.com. Saya ni malas godek features dia, tapi tetiba tadi keluar pulak tab untuk sepcial features tambah text ni.
Hmm apalagi tempeklah seketul.
Penat pilih font takde yang lebih lawa dari font ni. Hentam jelah labu.

Hari ni saya baru mula puasa 6 hari pertama selepas selesai buat puasa ganti. Buatlah yang wajib dulu, puasa ganti tu kan wajib, lepas tu baru buat yang sunat. Dulu-dulu saya buat puasa sunat 6 terus tapi sejak few years back saya ubah.
Hari ni terasa nak makan mee goreng lah pulak. Dalam fridge ada baki mee kuning buatan orang Melayu yang saya beli kat pasar besar seremban sabtu minggu lepas.
Berkenan sungguh dengan mee kuning orang ni sebab rasa dia sedap.
Mee pun tahan lama, elok lembap tak macam sesetengah mee yang makin lama duduk dalam fridge makin keras.
No wonderlah gerai dia sentiasa penuh dengan pelanggan.
Ni mee goreng tamak sebenarnya. Ada macam-macam kawan kat dalam. Ada isi ayam, fish cake, ada udang saya selamatkan dari kuah lemak saya campak juga masuk, ada daun kucai, ada taugeh baki lauk dan ada tauhu.

Mee goreng ni saya bagi gelaran baru - Mee Goreng Sos Tiram. Anak-anak saya sejak dulu panggil Mee Kicap.
Sebabnya maid saya ni ada sikit malas jaga kualiti masakan, dia nak masak cepat main goreng mee tanpa bawang etc melainkan kicap dan telur je.
Bajet nak bagi rupa macam mee mamak lah, gelap gelita.
Last week saya goreng mee kat rumah my mum. Fahmi buat perangai tak mau makan padahal mee goreng ni one of his favourite.
Dia cakap "abang tak nak makan mee kicap"
Saya cepat balas kat dia "Ni bukan mee kicap, ni mama yang masak. Ni mee goreng sos tiram. Tak caya tengok rupa dia kan cerah tak macam mee kicap kakak. Sedap ni mee goreng sos tiram"
Dia menggeleng jugak tak nak. Last-last mama dia guna kuasa veto, letak sepinggan depan dia suruh makan sekarang juga.
Garang kan macam mak tiri? Saya habaq kat dia "abang makanlah mesti sedap nak tambah lagi"
Sudahnya laju je dia makan siap minta tambah!
Hambik ko, aku dah kata. Lain kali janganlah nak bantah cakap mama.
Sold out mee goreng saya malam tu diterjah anak-anak sedara.
Memang mee kuning yang saya beli ni 1st class.
Lain kali balik seremban boleh beli lagi buat stok ;-).

Wednesday, 7 September 2011

We Are 9!

Hold my hand and never let go.



He was discharged from the hospital this morning.
I have a very bad diarrhea - whole day long till late evening due to food poisoning.
My body is aching all over.
He is still a little bit tired.
But that doesn't stop us from going out together.
Having a quite dinner.
No exchange of gifts. No flowers is necessary.
We are happy just spending time together.
Happy 9th anniversary to us!

Tuesday, 6 September 2011

Siapa Yang Sakit

Cuba teka siapa yang sakit sebenarnya?


Budak ni ke?Dia ni kesejukan tu yang berselubung tuala.

Tak dapat? Give up? Menyampah dengan perkataan give up, anak buah saya kalau main teka teki suka guna perkataan give up ni.

Neither Yaya nor Fahmi yang sakit tapi daddy dia lah.
Dah selamat buat minor surgery untuk remove batu karang sebesar 3mm. Alahai citot je tapi sakit dia Allah swt saja yang tahu.
Batu tu duduk dalam saluran antara buah pinggang dengan pundi kencing.
Sudahlah saluran tu halus, ada pulak batu karang blocked laluan, tu yang sakit. Amazing kan benda sekecil 3mm can make you sakit sampai bergulung.

Saya bawa the kids melawat daddy diaorang tadi. Hubby ambil bilik untuk 2 orang sebab saya tak boleh nak overnight temankan dia. Anak-anak nak sekolah.
Bukan tak kesiankan incik hubby, tapi kami memang macam tu, kalau anyone of us sakit we try our best untuk tidak menjejaskan jadual dan welfare anak-anak.

Dia bermaharajalela pulak atas katil pesakit. Mentang-mentanglah daddy dia tak sakit teruk boleh duduk atas kerusi, dia bantai makan atas katil!

May hubby have a speedy recovery, insyaAllah.

Monday, 5 September 2011

Rumah Sakit Raya

Orang Malaysia raya sebulan kan? Jadi kiranya masing-masing masih dalam mood raya lah. Pasal tu ofis pun lengang today.
Saya ni rajin kerja (konon!), anak-anak buah masih syok sambung cuti tapi saya dah start keje and found myself very much in the mood for work.
Entah tenaga apa yang saya dapat sejak kena sengatan lipan tempohari, I feel sangat-sangat re-charged, segar dan on-the-go.
Unfortunately, I have to admit yang saya tidak boleh bekerja sendirian.
Hence, banyak benda yang terpaksa dibiarkan tersadai sementara menunggu anak-anak buah start kerja.
Arghhh... bosan bila pergerakan kita being held up sebab orang lain.
Have to bear with it for another couple of days or another week for certain cases.
Mampuss ... benar-benar mencabar kesabaran ni.

So, how was your raya?
You know mine ;-). Very very low key with a bit of drama here and there.
Dua hari sebelum raya ada drama swasta kat rumah my parents. I'd rather not mention it kerana ianya sangat emotionally disturbing dan sangat personal.
Hilang mood beraya coz I get really distracted by what happened.
Nasib baiklah my sisters in law semua decided untuk balik beraya rumah mil.
So I was spared the sufference of bersilat alone di dapur. Kalau hati sudah gundah gulana macam manalah nak focus memasak.
Nanti lauk semua jadi tawar setawar jiwa ragaku. Memang mak cik emo gila.
Agaknya lipan yang gigit saya tu pun memang sengaja kot pilih orang yang paling emo dalam rumah tu untuk digigit pada raya pertama.
Selagi tak kena gigit asyik terkenang drama swasta tu je. Padan muka sendiri, ko dah malas sangat nak masuk dapur kan, hah ambik ko dia bagi sebiji terus tak boleh jalan. Good enough reason tak masuk dapur kan kan kan?
Pandai ko lipan pilih mangsa.
Saya kena gigit lipan on first raya, incik hubby pulak masuk emergency room on 4th raya.
Siang tadi dapat news incik hubby kena minor operation buang batu karang.
Orang lain sibuk beraya rumah sedara mara. We both sibuk beraya di hospital.
Terasa lucu dan serba tak kena raya kali ni.
Tapi syukur Alhamdulillah, setiap sakit itu datang dari Allah swt untuk menyuci dosa-dosa.
Orang alim zaman dulu menangis kalau tak ditimpa sakit. Inikan pula orang Islam tahap 'awam' macam kita.

On the other hand semalam kami dah mula menghadiri jemputan open house.
Jiran lama jemput sempena meraikan anak perempuannya yang bernikah semalam. Nikah je dulu sebab kedua-dua wife/husband nak kena fly balik ke Jepun khamis ni habiskan study.
Untung sesiapa yang mak bapak kahwinkan. Saya adik beradik siap kena warning, bukan tak kasi kahwin muda.
Tapi kalau nak kahwin siapkan duit belanja hantaran/kenduri sendiri.
Kalau yang lelaki duit ada setakat lepas buat mas kahwin je, maka nikah jelah korang tak yah kenduri bagai.
Sebut pasal nikah kahwin ni, bertepatanlah dengan masa sebab lagi 2 hari genaplah 9 tahun saya membina rumahtangga dengan incik hubby.

Tarikh anniversary kali ni jatuh dalam kehangatan orang menyambut raya, walaupun ingat tapi sesekali lupa. Ni pun nyaris lupa lagi sebab incik hubby nak kena operate.
Semalam masa kami shopping decorative lamp pun boleh dapat jemputan kenduri kahwin dari one of the customer.
Asalnya dia menegur si Yaya, agaknya terhibur tengok mulut murai Yaya kot.
Saya pun tegur dia semula, yelah kita buat tak dengar atau nak buat sombong pun bukan ada faedah.
Eh ramahlah pula akak tu, terus dia tulis alamat rumah pada resit saya.
Hah! Dah cakap sombong takde faedah, tengok bila ramah terus orang ajak makan.
Siap jemput saya datang kenduri kahwin anak dia di sunway kayangan. Dekat dah tu dengan rumah, insyaAllah hajat di hati memang nak pergi.
Orang berat mulut muka serius macam saya ni memang susah mesra dengan orang.
Tanya lah kat ma saya sendiri, dia tau lah anak perempuan dia ni memang susah bercakap dengan orang kalau dah dia tak hendak. Dengan family sendiri pun kalau ditanya sepatah jawab sepatah.
Sekali tengok memang orang kata sombong. Saya sendiri pun tak faham dengan perangai sendiri!
Tapi bila sesekali buka mulut boleh pula buat kawan!

Wednesday, 31 August 2011

Suatu Hari Di Hari Raya II - Orang Bandar vs Lipan

I was saved from my raya nightmare - iaitu memasak raya dishes seorang diri seperti dua tahun sebelumnya bila all my sister in laws balik raya awal tahun ini.
Bila masterchef ada, little chef macam saya ni jadi out of place lah.
But heyy I'm not complaining, I'm more than happy... and relieved.

Tetapi rupa-rupanya my nightmare comes dalam bentuk dan situasi yang berbeza.
Dalam pertarungan orang bandar vs. lipan merah gergasi pada malam raya 1, kau orang ingat sapa menang?
Wahhh takkan raya-raya ada buat acara fear factor pulak?
Hehehe... memang lebih dahsyat daripada fear factor.
Eh before that saya nak tanya, berapa besar lipan paling besar yang pernah anda jumpa?
Pernah jumpa lipan yang saya fikir sudah cukup besar lah.


But nothing beats this lipan yang setiap ruasnya sebesar duit syiling 5sen, siap dengan kaki-kakinya flat out begitu saiznya boleh disamakan saiz ibu jari orang dewasa.

Eh apasal pulak lipan yang dah mampus dok dalam longkang ni yang kau ambil gambar?
Hah, lipan ni dah mampus di belasah dengan selipar oleh incik hubby dan pak mentua.
Kerana lipan ini telah berjaya secara senyap dalam orang sibuk dok bersalaman menghantar our last raya guests beredar di muka pagar semalam, menyengat tapak kaki si orang bandar!



Beginilah rupa kesan sengatan lipan merah gergasi itu. Lubang sengatan lebih besar daripada lubang suntikan doktor. Gambar diambil pagi ini. Malam tadi dalam sakit terpekik terlolong kau jangan buat lawaklah nak ambil gambar.

Sakit ke? Kau cubalah kalau nak tau. MasyaAllah bisa dia saya rasa lebih teruk daripada rasa sakit nak beranak (amboi sekarang bolehlah kau cakap, cuba beranak esok aku nak tengok hehe).
Tapi serius cakap, masa kena sengat tu saya pun confuse ingat terkena lidi penyapu. Tapi few seconds after that barulah mula berbahang peritnya sampai dah tak boleh jejak kaki lagi.
Terjerit-jeritlah tetamu suruh incik hubby yang sedang syok menghenyak lipan dengan selipar untuk sambut saya.
Lepas tu saya rasa bisanya terus meresap naik ke buku lali, sakitnya umpama buku lali saya ni dihempuk-hempuk dengan tukul.
Meresap lagi bisanya sampai ke pangkal betis terus sampai ke ruas lutut.
Saya cekak pangkal paha in attempt nak berhentikan bisa dari melarat ke seleuruh kaki.
Sakitnya hanya Allah swt saja yang tahu.

Incik hubby terus bawa saya mencari klinik. Malam raya pertama di segamat yang kenyakan kliniknya di miliki orang Melayu, even a 24hrs klinik pun closed for business! What hope did I have? Melainkan hospital kerajaan sajalah.
Sepanjang jalan saya melolong kesakitan, dah tak tertanggung rasanya.
Mulut tak berhenti terkumat kamit baca selawat shifa'.
Saya dah tak boleh fikir straight, hanya selawat shifa' aja yang saya ingat.
Dalam raungan sakit, juraian air mata yang kalau ditakung boleh buat hantaran meminang puteri gunung ledang, saya tahu lafaz selawat saya berbunyi pelik di telingan hubby yang penasaran memandu kereta.
Agaknya dia ingat bini dia ni dah sewel disengat lipan sampai merapu seorang diri.

Sampai kat hospital saya merasa azabnya layanan hospital kerajaan. No emergency is an emergency.
Duduklah kau mengerang atas kerusi roda tunggu giliran kat emergency klinik. Lawak nabil pun tidak sesadis ini.
After a jab lega sikit sakit, tapi tidak hilang sepenuhnya.
The pain still lingered kat tumit, buku lali dan betis, I knew bisa ini bukan bisa biasa. The HA macam tak percaya tengok saya masih gelisah tahan sakit. Apa kau ingat cucu lipan ke yang sengat aku ni? Ni moyang lipan punya kerja ok?

On the way balik kami singgah beli mineral water kat 7e, saya cepat-cepat telan painkiller sebiji sebab sakitnya dah datang balik.
Sampai kat rumah dah pukul 1 pagi.

Tuesday, 30 August 2011

1 Syawal 1432H - Suatu Hari Di Hari Raya

Pagi raya di batu anam, segamat yang dibasahi hujan renyai-renyai.
The kids pagi-pagi sebaik pulang dari solat sunat aidilfitri terus mengadap tv main playstation. Budak-budak ni tidur sama-sama di ruang tamu malam tadi.

Getting ready untuk acara bermaaf-maafan di pagi raya. Sofa baru turut dirasmikan! ;-)

Orang sibuk berbaris bermaaf-maafan dalam suasana yang serius, tengok anak dara saya sempat menyelit menempel kat belakang atuk jadi pemerhati. Mana ada cucu lain yang berani menempel begitu, semuanya duduk jauh.

6 out of 10 keluarga yang dapat berkumpul di pagi raya. Yang lain giliran beraya di rumah mentua.

My handsome boy. Smart sungguh dengan baju melayu rona coklat manis lengkap bersampin!

My little girl dengan muka dipaksa bergambar. Dia sibuk nak main bunga api dan mercun tu pasal muka masam bila suruh posing. Gambar nampak kabur sebab asap bunga api.

Dah lama tak interframe kan? heheh...

Selamat hari raya kepada semua. Maaf zahir dan batin dari saya dan keluarga.