Monday, 4 February 2013

Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah...

Pagi yang redup dan nyaman seperti semalam. Alhamdulillah.
Dah lama cuaca kering dan panas kan. Membahang ke dalam rumah. Syukur pagi ini dan semalam redup dan nyaman je.


Cik Yaya bangun dengan tekak yang perit dan batuk tak lepas. Tiba-tiba saja. Buat hati saya makin resah nak meninggalkan anak-anak untuk 2 hari 1 malam. Kalau waktu masih bekerja dulu saya sentiasa pastikan my outstation trip sependek mungkin, pernah sekali kena overnight tapi selalunya day trip sahaja. Tapi kali ini terasa lain benar. Sebab mr hubby pergi bersama saya. Kalau cuma saya yang pergi barangkali hati tak segundah ini. Bila kedua-dua kami keluar bermusafir (musafir lah sangat!) bersama, risau berganda-ganda.


Macam-macam bermain dalam kepala. Boleh bangun ke mereka pagi-pagi? Sempat ke sarapan nanti? Makan ke mereka? Ada ke yang melayan? Sapa nak hantar pergi sekolah? Kalau ada keperluan sekolah sapa yang nak tengokkan? Homework buat ke? Dan paling menyesakkan kepala, selamat kah mereka?


Pening. Kacau bilau rasanya.


Bas sekolah pagi sudah saya atur untuk 2 pagi saya tiada sebab selalunya saya yang hantar. Mujur ada bas yang sudi untuk 2 pagi cuma. Alhamdulillah.


My abah juga dah setuju nak temankan anak-anak di rumah. Ye, memang saya ada maid tapi tak berani lagi letak 100% keselamatan anak-anak di bahu seorang maid. Biarlah ada ahli keluarga sendiri. It would have been better to have my mom staying with them tapi apakan daya, my mom juga sibuk menjaga cucu-cucu yang lain di sana.


Makan minum? Sudah saya frozenkan sos bolognese kegemaran anak-anak. Cik maid sudah lama tak memasak sejak saya ada di rumah. Daripada dia masak entah apa-apa yang tak menepati selera anak-anak baik ler saya je siapkan awal-awal. Maklum ajalah, menjaga anak sendiri dengan jaga anak orang tak sama. Setakat sarapan ada kuih muih frozen.


Bab bangun pagi ni yang saya fenin sikit. Si Abang tersangat mudah bangun. Walau dia kalau tidur pulas tapi bila bab bangun Subuh dicuit aja terus bingkas. Si Adik ni yang light sleeper macam saya tapi nak bangun sungguh lah liat. Langsung tak macam saya! Saya tak ada 2 hari ni siapa lah agaknya yang terdaya nak mengejutkan dia sampai terjaga. Jangan sampai terlepas bas jam 6.50 pagi sudah.


Harap-harap yang diberi amanah pegang amanah. Jangan jadi si Jerry bermaharajalela bila si Tom tak nampak bayang sudahlah.

Atuk memang sudah tentu superb melayan kerenah cucu. Maklum bukan selalu dapat bersama cucu. Risau juga kalau atuk yang kena buli nanti.


Aduhaiii. Kalau diberi pilihan memang tak pernah mau tinggalkan mereka. Tapi kali ini memang tak boleh nak heret sama. Ini bukan percutian. Dan rasa tidak wajar sangat nak mencutikan mereka dari sekolah. Tak suka nak biasakan macam tu. Penerimaan anak-anak? Fahmi ok saja. Penuh yakin dia kata "Abang OK. Adik tu". Si Adik? "Sapa nak temankan adik tidur?" Dia nampak susah hati benar. Fahmi memang independant. Yaya? Sangat dependant!


Tapi saya rasa untuk 2 hari 1 malam itu nampak gayanya cerah masa depan orang yang nak bermusafir itulah yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena nanti!


Friday, 1 February 2013

Jawapan 'Can You Spot The Difference'


Mula-mula nak cakap ampun banyak-banyak. Dah buat posting minta orang cari perbezaan dalam drawing yang entah apa-apa tu tiba-tiba tuan tanah senyap pulak. Umpama orang baling batu sembunyi tangan. Saja menggiat. Tuan tanah tertimbus disebalik tepung, gula dan mentega. Kena clearkan tempahan cepat-cepat sebab kepala dah serabut sangat. Too many things yang perlu difikirkan. Posting yang menyusul pun pakai 'scheduled posting'. Tak sempat nak buat entry susulan bagi entry di atas. Baru ini berkesempatan.


Ahaa... so my drawing was not that bad after all, eh? (Referring to this entry)


Ada yang point the difference dengan tepat. Terima kasih sudi melayan saya. Tapi maaf tiada hadiah... tee heee heee...


Bila saya tengok balik drawing sendiri tu memang banyak perbezaannya. Tulisan 'Jiran Belakang' misalnya. 'Padang rumput' dalam drawing 1 yang tiada dalam drawing 2. Alahhh 'padang' lah sangat kan padahal tapak pembuangan sisa pepejal kucing jer tu sebenarnya! Hot spot tu!


Tapi yang sebenar-benarnya saya nak tunjuk 'sampah sarap' tu, seperti yang di point out oleh puan DLL. Tajam penglihatan beliau pada drawing serabut serabai itu. Saya boleh aja ambil gambar sebenar tapi tak mahu lah menunjukkan rupa sebenar yang lagi azab. Rumahku sudahlah tidak cantik pemandangannya, tambah dengan sampah sarap lagi pedih mata. Ok stop hitting around the bushes ye. Cerita nya begini. Rumah saya rumah endlot. Ada kaki lima dalam 5 kaki (owh sesuai benar dipanggil kaki 5 kan?) sebelum pagar batu-bata. Tepi pagar adalah jalan ber tar, cukup untuk laluan ke lorong belakang rumah. Saya sengaja beli rumah endlot. Walau hajat tak kesampaian adalah corner lot. Takpe tak dapat corner lot dapat endlot pun jadi. Biar endlot sebab at least ada lebih tingkap dari rumah tengah. Kami suka cahaya semulajadi. Memang pesen tak suka duduk rumah yang dikelilingi dinding. Saya boleh claustraphobia... ehhh tiba-tiba! Suka buka tingkap, buka pintu biar angin dan cahaya masuk. Tak suka duduk rumah tutup habis terkepung. Baru terasa 'hidup' gitu. Dan juga kerana saya mahukan pemandangan yang lebih luas.


Untuk 1 1/2 tahun pertama apa yang kami mahukan itu tercapai. Lapang je mata tengok keluar tingkap. Biarlah viewnya jalan ber tar cuma. Tapi lama-lama tepi rumah saya ni dah jadi macam tapak 'used car' pulak. Berderet-deret kereta park kat tepi ni. Mula-mula cuma sebiji je. Lama-lama bertambah sampai penuh whole strecth tepi rumah ni. Jujur cakap saya memang kurang senang hati. Sebab saya rasa priviliged ... chewahhh priviliged lah sangat... priviliged yang kami nikmati sebagai pemilik rumah endlot sudah tiada nilainya sama sekali. Mind you, I paid more untuk view yang tak seberapa tu. Dan untuk sedikit 'privacy' itu. Dan tambah buat saya kesal, yang datang parking tepi pagar itu tak seorang pun ada courtesy untuk say something. Kadang saya sendiri malu nak kata 'tak minta izin' pun. Tapi at least say something lah... courtesy ok. Kitakan orang Malaysia kaya budibahasa.


Hati jadi panas kadang tu sebab boleh je mereka-mereka ini nak park kereta depan rumah masing-masing. Dalam pagar boleh muat 2 biji kereta side by side dengan selesa. Yes, porch rumah-rumah kat sini memang direka dengan keluasan maksima untuk park 2 biji kereta sekaligus. Lepas tu agak kalau masing-masing 'berada' ... ada 3 atau 4 biji kereta pun, boleh je park luar pagar masing-masing. Sebab kaki 5 depan rumah tersangat luas memang cukup panjang kalau terjulur sikit pun buntut kereta jenis continental lah. Kalau kereta jepun or malaysia memang muat sangat. See.... dah cukup mewahlah developer design rumah korang kan? Still you want to park tepi rumah saya. Kadang tu ada yang park ikut 'dan' je. Senget benget. Ada hari parking penuh ya rabbi... ada juga buat selenge pi park sampai terjuih buntut kereta sampai atas jalan utama. Padahal kat situ jugalah bas sekolah lalu nak ambil budak. Jadi susah bas nak pusing masuk lorong sebab kena ambil corner jauh. Kalau van boleh lepas walau susah tapi kalau bas memang hazab lah.


Pernah mr hubby tegur. Ada budak-budak uitm menyewa di sini. Dalam rumah tu tak taulah saya berapa ramai penyea. Tapi seorang sebiji kereta. Ada dekat 4-5 biji kereta yang selalu park tepi rumah. Kadang terlebih 5-6 biji. Hubby pernah tegur bila mereka park sampai terjuih atas jalan. Tapi semua tak mengaku. Satu hari saya intai tengok tuan punya kereta memang keluar dari rumah budak-budak itulah!


Macam nilah. Saya dah lama pendam. Tak selesa. Pertama sebab rasa 'privileged' tu dah tak privileged lagi. Kedua, terasa hati sebab courtesy tu tiada langsung. Nak say hi pun tak pernah. Yang mula buat keje parking tepi rumah ni cuma seorang dua tapi lama-lama ramai yang mengikut sampai terasa rumahku ini tempat parking awam. Ketiga, tak selesa sebab bila parking tepi pagar ini boleh straight nampak isi salam rumah. Ku nak terbongkang depan tv pun rasa was-was kang ada orang start enjin kereta punya lama siap berborak bagai 'bum bam bum bam' macam kedai kopi, ternampak pulak tuan rumah terbongkang. Langsir ada tapi kalau dah langsir pun aku tak boleh singkap udah serupa macam duduk rumah tengah terkepung lah kan?


Dan yang Keempat.... inilah yang ada dalam drawing saya tu... Keempat, sudah kau tiada courtesy buat tepi rumah aku macam parking awam, kau senyap-senyap turn 'tempat parking awam' tu sebagai 'tempat pembuangan sampah' pulak!!! Memang budi bahasa dan adap sopan ke laut sangattttt!  Sampah berupa botol air mineral kosong, kertas-kertas bergumpal, ada papan berlaminate, ada cap warna kelabu dan plastik jajan semua tu tak tau lah berapa lama dah bergumpal kat situ. Sebab kereta park kat tepi pagar ni tak pernah surut. Keluar satu masuk satu silih berganti. Tiba-tiba lah beberapa hari lepas kami balik park kat luar juga masa tu kaki parking tegar semua belum balik lagi atau barangkali Tuhan nak tunjuk kat kami. Tu diaaaaa depan mata 2 longgok sampah. Berdesir lah mulut mr hubby. Hari dah gelap saya tak nampak. Esok paginya barulah saya perasan. Itupun sebab semua kereta tiba-tiba beralih park kat pagar jiran sebelah. Ehhh tiba-tiba...? Hot hati cik kak oiiii! Hot sangatttt!!!


Saya kan malas nak cerita. Umpama mengumpat jiran. Alih-alih kalau saya cerita pun pasal jiran cuma pasal Mr Wong depan rumah dan anak-anaknya atau jiran sebelah kanan yang kedua-duanya berbangsa Tionghua. Yang sangatlah berbudi bahasa dan bertimbang rasa. Atau pun saya sebut pasal Diana, kawan anak-anak yang duduk sebelah rumah Mr Wong. Diana yang neneknya pun seorang Tionghua - mualaf. Apa motif saya sebut ni? Yang duk parking berderet tepi rumah ni kebanyakannya orang kita. Orang Melayu kita. Tapi sedih cakap...


Teringatlah ada terbaca kat majalah Solusi tahun lepas agaknya. Pesanan jangan menyakiti hati jiran. Antara yang saya ingat, bela kucing lepas tu dilepaskan biar kucing pi membuang sisa pepejal merata depan rumah jiran. Tu pun berdosa. Haaaa... engkau ingat takde apa-apa kan? Kau ingat small matter je kan? Berdosa kau tau. Kau sengaja atau tak sengaja asal kucing tu membuang je kat rumah jiran kau yang berdosa. Kucing tu tak salah apa-apa. Dan kedua yang saya ingat - parking kereta sampai menyusahkan jiran.


Ikut hati mau je tampal notis kat kereta diaorang. Tapi kan saya pula yang risau kang jiran terasa hati. Macam bagus je aku nak tepek notis kan. Tak pasal-pasal kena tempelak pulak. Susahnya hidup berjiran. Padanlah zaman sekarang ramai orang lebih suka duduk kondo. Masuk rumah tutup pintu dah takde apa-apa. Tapi kalau duduk rumah flat pun hazab juga. Orang atas sapu sampah atau basuh lantai depan air mencurah ke rumah kita. Hmmm... kadang saya mati kutu tak tau apa nak buat. Inilah bahana nya bila manusia hidup semakin 'jauh' dan terasing antara satu sama lain. Kau engkau, aku aku.



Wednesday, 30 January 2013

Janji Ditepati


Janji mesti ditepati tau. Bukan diCapati. Ok?

Ini semua hasil janji ditepati. Walaupun janji itu sudah 1 tahun terlewat. Tapi itu pun kira masih selamat lagi sebab mendapat jugak kan. Kalau macam MLTR, 25 minutes too late... memang bye bye lah kau tak merasa.




Janji dengan Fahmi sejak tahun lepas nak masukkan dia ke kelas taekwondo. Tapi mama dia kan sibuk takde PA nak uruskan. Dari sehari ke sehari terus lupa. Padahal kelas bukannya jauh pun. Kat kedai-kedai depan rumah tu aja pun. Tapi sebab rasa dah terlewat sangatkan, malu lah nak pergi.



Tahun ni, awal-awal lagi dah pergi register. Masukkan cik Yaya sekali. Walaupun dia tak nak sebenarnya. Eh? Apa kes tak nak? Kata nak jadi tomboy kan? Haruslah tough gitu. Harap kuat menjerit je. Tapi memang suara dia kuat pun bila jerit "Hetz.... hetzzzz..." bagi setiap pergerakan. Sampaikan time buat demo depan nenek pun nenek dia boleh tersentak terperanjat boboiiii!!! "Alah... kuatnya suara adik..." Selalu kan kalau menjerit kat rumah pun halus nyaring je suara... ni keras you seketul-seketul bunyi dia.

Time malam hari Jumaat jam 8 kerja saya hantar diaorang ke kelas taekwondo. Sementara tunggu depa habis kita lepak dengar tazkirah kat surau jap. Ada sekali dapat ustaz yang bagi tazkirah tak tengok jam... terlajak! Habislah tak senang duduk ahkak macam orang kena buasir je. Kalau time lain ok juga terlajak pun tak kisah. Tapi kali ini takut tak sempat ambil budak-budak tu kang meraung pulak tinggal berdua aja.


Dengar cerita dari ma saya, anak kakak saya yang baru masuk darjah 1 pun dah mula kelas taekwondo. Ahaaaaa... ku takut bila semua dapat berkumpul nanti jangan laman rumah nenek jadi medan pertarungan antara Goku, Gohan dan Naruto sudah.

Tuesday, 29 January 2013

Macarons - Takkan Pernah Bosan


Dah lama tak buat macarons. Walaupun saya suka sangat makan macarons dan sering baking di dapur tapi saya malas sangat nak buat sendiri. Sebabnya saya dah jemu dengan tekstur cookies/shell dia yang sama. Cheh... takkan pernah bosan konon!


Tapi betul saya takkan berhenti mencuba. Dan akan sentiasa mencuba resipi yang baru, membuat penambahbaikan. Sehingga saya puas. Sebelum ini saya guna resipi David Lebovitz untuk macaron perisa coklat yang sangat rich dan chocolatey. Serta resipi Deeba from passionateaboutbaking.com yang sangat perfect for beginners. Cuma saya agak kurang berpuas hati kerana untuk kedua-dua resipi ini menghasilkan shell atau cookies yang agak keras/terlalu rapuh walaupun selepas diperam dalam fridge selama beberapa hari. Susah nak mendapat tesktur yang crunchy diluar tetapi goey didalam dengan kedua-dua resipi di atas. Bukan maksud saya resipi itu tak bagus. Barangkali perbezaan tekstur bahan yang digunakan kerana kita bukan dari negara yang sama.


Kerana itu, setiap kali saya teringin makan macarons saya akan beli dari seorang adik manis ni yang sering berjualan di booth di Subang Parade setiap sabtu dan ahad. Malangnya sejak bulan puasa tahun lepas dia dah tak buka booth lagi. Dan beberapa kali saya tempah dengannya jodoh kami umpama belum mahu berjumpa lagi kerana terlalu banyak halangan. Akhirnya, saya berhenti mengharap. Sehingga hasil daripada blogwalking saya terjumpa resipi macarons oleh Heather Baird yang dipost oleh Rosie Alyea - a blogger, a mother of two very beautiful girls and a professionally trained baker with amazing talent! She is based in Canada and can be found at Sweetapolita.





Selain resipi david lebovitz dan deeba, saya pernah mencuba pelbagai resipi lain termasuk resipi-resipi yang biasa digunakan pembuat macarons tegar. Mengikut rekod saya hanya resipi lebovitz dan deeba saja yang berhasil di tangan saya. Kadang-kadang dengan melihat pada resipi saja naluri kita boleh beritahu sama ada outcomenya will be perfect or not. Dan resipi Hether Baird ini, sekali imbas, entah kenapa ada satu macam keyakinan, hati saya berkata saya tidak akan kecewa.






Resipi ini tekniknya mudah. Saya memang tak pandai teknik swiss meringue macarons jadi saya tidak akan buang masa mencuba. Sebaik memicit adunan ke atas baking sheet hati saya sudah berlagu riang. Saya menghentak loyang beberapa kali untuk mengeluarkan 'air bubble'. Adunan tersebar rata menipis kemudian mengering selepas direhatkan beberapa jam.


Cuma ada sedikit komplikasi sewaktu membakar. Suhu yang dicatatkan dalam resipi terlalu tinggi. Ikut pengalaman lalu, macarons biasanya dibakar pada suhu 160C ke bawah. Tidak pernah lebih. Loyang pertama saya ditongsampahkan kerana pada suhu 190C seperti dalam resipi, hasilnya macarons saya retak dan tiada 'kaki'. Saya rendahkan suhu kepada 150C sahaja untuk batch kedua. Dan Alhamdulillah... they have feet!!! 



Saya teruja dengan shell yang nipis dan kaki (feet) yang tidak terlalu tinggi seperti macarons saya sebelum ini.  


Rasa dia? Ummm... perfecto! Lapisan luar shell berkilat dan nipis. Bila digigit lembut didalam. Isinya juga padat. Tiada hollow. Kurang manis berbanding lebovitz dan deeba punya. Tapi masih lagi manis kerana itulah sifat macarons. Manis. ;-) This one is a keeper.

Can You Spot The Difference?


Selalu tak main permainan ini? Can you spot the difference (s)? Atau juga dikenali sebagai Sama Tapi Tak Serupa. Kemudian kamu akan disuruh kesan serta tandakan 10 perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua gambar.


Whoaaa.... wheelsondbus buat contest lah... give away contest ke ni? 
Mmmphhh bidaah ler kalau wheelsondbus nak buat GA ni... tebal kulit ku ini. Siapa lah yang nak masuk GA... bajet blog famous ke hapa?


Ok. Apapun saya nak minta anda untuk lihat 2 gambarajah ini. Terlebih dahulu tuan punya blog minta maaf di atas kualiti gambarajah yang kureng memuaskan (read: lukisan ku huduh)



CAN YOU SPOT THE DIFFERENCE (S)?
RAJAH 1 
Situasi biasa di tepi pagar rumah saya sejak lebih dari 1 tahun yang lepas hingga sekarang




RAJAH 2
Situasi tengahari ini di tepi pagar rumah saya. Can you spot the difference?



CAN YOU???????





Wednesday, 23 January 2013

Nasi Pesto Chef Adu


Badan masih panas dengan peluh melekit tapi malas nak mandi semula. Berblog lah dulu. Baru lepas yoga dan bersenam dalam rumah je. Ingat nak jogging kat tasik tapi pagi tadi masa hantar anak-anak ke sekolah saya perasan jerebu tebal. Tak jadi jogging. Bau rentung semacam. Kalau dekat sekolah anak-anak lagilah teruk. Kawasan kampung kan, mereka masih lagi mengamalkan pembakaran terbuka ni. Kadang saya tak faham. Sekolah dikelilingi kawasan rumah-rumah kampung, kalau awak membakar petang semalam sampai ke pagi esoknya masih tercium bau rentung dan asap tebal merebak ke sekolah. Budak-budak ada pendidikan jasmani pula. Yang merasa kesannya anak-anak dan cucu-cucu awak juga. Tak kesian ke? 


Kadang saya rasa frust tak semena-mena. Barangkali kerana saya dibesarkan di bandar, masa kecil duduk rumah flat mana ada daun bersepah nak kubakar. Sampah pun dikutip orang perbandaran. Bila abah beli rumah pun kami tak amal bakar sampah. Dah terbiasa kumpul daun kering masuk plastik. Biar orang perbandaran juga uruskan.


Saya terfikir, apalah salahnya kita ubah minda dan pemikiran. Dah berzaman media dok gebang pasal penipisan ozon, pasal mejaga kualiti alam sekitar. Tak terkesan sedikit pun ke? Kalaupun kawasan awak tak diservis oleh orang perbandaran apa salahnya kita be creative. Think creative. Daripada dibakar daun-daun kering tu kumpul dan jadikan baja kompos. Esok-esok awak tabur kat pokok mangga, pokok cili, pokok sawi ke hatta pokok bunga sekalipun. Kitar semula kan ada hasil nya? Sudahlah cuaca tersangatlah panas sekarang ini kan? Panas dan kering. Janganlah kita pun sama kering dengan kasih sayang. Itu yang kitar semula, buat baja kompos, hentikan kebiasaan membakar sampah, hentikan menyumbang kepada jerebu tu semua berkasih-sayang lah tu. Time macam ni yang tak semena-mena rasa nak sign up jadi member sahabat alam sekitar ni. Ternyata lah masyarakat kita masih terlalu jauh dari menghayati isu-isu alam sekitar. Padahal yang saya nampak isu pokoknya adalah BERKASIH-SAYANG je sebenarnya. Kasih-sayang yang global.


Bila cuaca kering, panas dan berjerebu begini my daughter paling cepat bereaksi. Yaya dah mula sakit tekak dan dedar badannya. Sekejap panas, sekejap ok. Sekejap lembik, sekejap bersemangat semula. Saya suspect tonsil dia bengkak, biasalah bila cuaca panas begini, temperature badan akan naik, maka tak mustahil bila dia kurang minum air to flush body heat kemungkinan terkena infection pada tonsil boleh berlaku. Ternyata antibiotik yang dia ambil penghujung Disember lalu berjaya protect her dari terkena infection pada tonsil. She was given antibiotik untuk cure her dari infection kuman pada gigi yang berlubang serta bernanah teruk. According to her doctor antibiotik yang dia ambil tu cukup untuk lindungi tubuh dia dari sebarang infection selepas itu. 


Bangun pagi paling mencabar untuk cik Yaya in these few days. Yelah dengan tak sedap badan tu kan. Alangkan saya yang mula kena tempias dedar ni pun rasa payah je nak bangun. Dah 3 hari tidur tak berapa lena, asyik terjaga 3 kali setiap malam. Paling best terjaga jam 2 pagi lebih, niat dalam hati mau juga solat tahajud... tapi tak larat sungguh nak bangun! Itu nak bagi alasan tak sedap badan atau sebenarnya iman yang kurang mantap? Tepuk dada sendiri tanya lah...


Saya tak cuti kan cik Yaya dari sekolah. Selagi dia masih larat biarlah. Kesian ada juga... tapi saya lagi kesian dia ketinggalan pelajaran. Sebab saya tahu kelemahan tubuh badan dia. Dengan tonsil yang kerap kena infection jawabnya memang keraplah dia terpaksa dicutikan. Jadi kalau sakit sikit-sikit biarlah ke sekolah aja. Esok pun dah nak cuti kan? Sempena Maulidur Rasul. Biar dia berehat sepuasnya esok.


Tamatkan kisah membebel dan kasih sayang global itu. Jom jenguk Nasi Pesto yang saya buat berpandukan resipi Chef Adu. Satu Malaya kenal dia kan? Tak payah nak intro lagi.  Resipi nasi pesto ini disiarkan dalam majalah Saji bulan ini, Januari 2013. Saya bukan pembaca tegar majalah Saji, beli satu keluaran itu saja sebab terpampang gah wajah Chef Adu bergaya dengan hasil air tangannya. Nampak menarik resipi-resipi yang dia buat. Terpanggil untuk mencuba 2 resipi beliau. Yang pertama, inilah Nasi Pesto.





Kalau biasa mendengar pesto tentu tahu pesto adalah sejenis pes hijau yang biasa digunakan sebagai sos pasta. Gaya penyediaan sos pasta kan ada banyak jenis. Ada sos bolognaise, marinara, carbonara, alfredo, sos minyak zaitun semata (olio), sekadar menyebut beberapa. Pesto atau pes hijau ni dibuat dari campuran daun basil (selasih), kacang pine atau lain-lain jenis kekacang dan minyak zaitun yang diblend kesemuanya menjadi pes yang likat. Kalau nak makan dengan pasta just gaulkan aja pesto tadi. Rasa dia lemak-lemak gitu. Sedap.


Untuk nasi pesto ni, Chef Adu ada resipi khas. Chef Adu masih kekalkan bahan utama pesto iaitu daun basil dan minyak zaitun. Kelainannya ialah ditambah cili api hijau dalam adunan. Jadi ada rasa pedas sedikit sesuai dengan tekak orang Melayu. 


NASI PESTO DAUN SELASIH 
by Chef Adu Amran (Majalah Saji Januari 2013)


4 mangkuk nasi putih
1 sudu besar mentega

Bahan Pesto
20gm daun selasih
10gm daun basil (saya berpendapat Chef maksudkan English basil)
3 tangkai cili padi hijau
3 batang serai - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang
500ml minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa

Kisar semua bahan pesto di dalm pengisar hingga lumat. Campurkan nasi dengan pesto dan mentega. Gaul hingga sebati. Pastikan minyak dalam pesto tidak terlalu banyak supaya nasi tidak jadi berminyak.

Nota:
Saya kurangkan sukatan minyak zaitun kepada 200-250ml sahaja. Asalkan bahan-bahan dikisar boleh lumat cukup. Pengsan kalau pakai 500ml minyak zaitun. Mahal tu! 500ml tu stok saya pakai 2 bulan... hehehe




Portion yang agak kecil ini milik cik Yaya. She likes the kerepek Lotus Root, memang buat khas untuk dia je.


Nasi dimasak seperti biasa kemudian digaul dengan mentega semasa masih panas sebelum digaul dengan pesto. Dapatlah warna kehijauan pada nasi. Sedap. Memang best resipi Chef Adu ni.





Friday, 18 January 2013

My Sunshine

My sunshine turns 9 pada 5 Januari lepas. Dia lah abang kat rumah, dia juga Abang Long dalam kelasnya. 9 tahun tu rasa macam sekelip mata je. Tapi tiap kali dia berdiri sebelah saya dengan puncak kepalanya mencecah bahu saya terasa "... dah besar dah anak aku!" Tak lama lagi dah boleh jadi bodyguard mama dah!




Masa mengandungkan dia dulu naluri kuat mengatakan baby lelaki in my womb ni walaupun scan beberapa kali tak nampak juga. Pilihan nama-nama anak juga semuanya nama-nama lelaki. Confident! Ada dua nama yang saya shortlist untuk pilihan mr hubby. Syahmi dan Fahmi. Ada juga minta mr hubby carikan nama tapi dia serah 100% kat saya, dia pilih nanti. Saya tak minat nama-nama moden atau yang terlalu komersil hingga tergeliat lidah nak sebut. Apatah lagi yang English style. Biar Islamik, berbunyi Arab dan ada makna yang baik. Saya tak tau kenapa nama Fahmi sangat kuat tarikannya. Yang saya tau saya rasa senang dengan nama itu. Secara tidak sedar saya sebenarnya telah menamakan anak saya ini seperti nama seorang teman sefalkulti berasal dari Pulau Pinang yang bagus agamanya dan sangat molek pekertinya tetapi suka mengusik. Padahal dulu saya menyampah sikit dengan dia! Ha ha ha... saya jeles sebenarnya sebab agamanya bagus... saya entah apa-apa. Dan akhirnya, Wan Fahmi Izzuddin pilihan saya dan mr hubby. I wonder what my friend will say kalau dia tau saya namakan anak saya seperti nama dia.




Kenapa Wan? Sedangkan daddynya sah Melayu-Jawa. Orang kampung mr hubby dulu suka lah make fun of the name Wan... katanya orang jawa patut nama Wak. Haissyyyyyyy... nak kena silat kalimah jugak. Mestilah bersebab.

His birthday kali ini tiada hadiah. Kami tak berjanji dan dia pula tak meminta. Gambar kat atas tu salah satunya dia menunggang basikal hadiah harijadi 2 tahun lepas. Saya cuma buat 45 botol rainbow cake in jar untuk dikongsi dengan teman-teman sekelasnya.






 Decorate ala kadar je. Untuk diri sendiri memang begitu, asal boleh cukuplah. Hahaha...

Harapan saya semoga Fahmi membesar menjadi anak yang soleh, beriman dan berguna kepada agamanya. Impian saya dan mr hubby sangat tinggi untuk Fahmi. Biar dia lain daripada yang lain dikalangan generasi kedua-dua belah keluarga kami. Tak perlu menjadi yang berpangkat, berharta melimpah ruah. Biar kaya kasih sayang, ilmu dan amal. Moga Allah permudahkan dan makbulkan impian kami. AMin.