Friday, 19 July 2013

10 Ramadhan 1434H - Rindu Cendol Sawit


Saya rindu cendol sawit sebenarnya. Pernah makan cendol sawit? Dekat shah alam ni saya belum pernah jumpa lagi. Tapi kali pertama rasa, saya beli dekat rumah kakak saya di kuarters KLIA. Harganya RM2.00 satu cawan plastik yang tinggi tu. Rasa dia? MasyaAllah... nikmat sangat! Serius cakap lebih sedap daripada cendol santan biasa. Sebutlah apa jenama cendol yang terkenal sekalipun, cendol burhan ke cendol leman ke semuanya kena pukul dengan cendol sawit. Rasa lemaknya manisnya jauh lebih sedap dari segala cendol!

Itu sebab kebelakangan ni saya rajin sangat kalau balik rumah my mom mesti mau lalu jalan singkat melalui kuarters kakak saya. Sengaja buat alasan sebab nak singgah beli cendol sawit! Hahaha. Mr Hubby pun dah hooked dengan cendol sawit ni sampaikan tempohari masa dia pi ambik my parents dia bantai beli 6 bungkus cendol untuk berbuka!

Tapi takkanlah tiap-tiap kali rasa teringin cendol sawit nak pi redah ke KLIA. Tak kuasa lah pulak dengan bayar tol dan petrol lagi. Dapat cendol diperbuat daripada krimer sejat pun jadilah. Krimer sejat pun diperbuat daripada sawit juga kan... kita adjustlah kasi rasa ala-ala cendol sawit heheh...


Saya campur 1 tin krimer sejat dengan 1 kotak santan kurang lemak cap Ayam. Santan kotak tu saya panaskan sebentar atas dapur.  Tambah secubit garam bagi rasa lemak. Tambah air 2 tin lagi supaya tidak terlalu pekat. Kemudian mix saja dengan air gula melaka dan cendol. Letak air batu bila nak minum. Siap!!!



Thursday, 18 July 2013

9 Ramadhan 1434H - Soto Ayam Adami



Haha... masak soto pakai perencah segera Adami je. Tak payah susah-susah nak menumis bagai. Cheat! (*_^)


Lagipun memang sedap pun perencah soto jenama Adami ni. Dah 2 kali saya guna. Saya rebus rempah supnya dengan 2 ekor rangka ayam. Bukan tak boleh rebus sup sendiri tapi saya tak pernah puas hati dengan resipi-resipi yang saya cuba. Rasanya tak sama. Entah, gamaknya sebab saya masak memang tak pernah letak MSG kot tu yang tak sama rasa dia. Tapi so far makan takde orang yang mengadu sakit kepala. Mr Hubby berselera je makan tiap kali saya buat soto ni. Tapi saya tak pernah cakap pun saya guna perencah segera. Hehehe... tapi kalau dia baca entry saya ni dia tau lah!!! Kikikikiki.... What a cheat!

P/S: aksesori lain seperti pegedil, isi ayam dan paling penting sambal kicap resipi mak mentua tu memang confirm buat sendiri ye. Takde nya semua keluar dari peket segera! ;-)

Wednesday, 17 July 2013

8 Ramadhan 1434H - Gurame Bakar Saus Kecap Manis




Anak-anak dan mr hubby suka makan ikan bakar. Tapi dah selalu buat ikan bakar style pedas bercurah sambal. Sesekali kena tukar gaya baru tak bosan. Kali ini saya bakar ikan gurame style Sunda. Iaitu diperap dan disalut saus kecap manis.




Kalau pernah pergi Bandung atau rajin menikmati hidangan Sunda pasti kenal ikan gurame kan? Alahaiii... saja je buat orang confius kan? Orang kita panggil ikan talapia. Serius cakap jangankan gurame, sebelum ini ikan talapia pun saya tak kenal. Tapi sebab dah suka (bila sekali pekena) jadi terus kenal lah ye. Ikan gurame saya ni tukang bersih ikan pergi buang sirap semua dah tak cantik tak nampak mengepak sirip dia bila siap dimasak. Makan dengan nasi panas dan sambal terasi yang dicicah dengan ulam-ulaman. Hari ini ulam takde, kita pakai timun pun jadilah. Oh by the way, sambal terasi tu nama glamer kat Bandung. Kalau tempatan dipanggil... sambal belacan!!! je pun jijah oiiii....



Tuesday, 16 July 2013

7 Ramadhan 1434H - Anekdot Ramadhan... Perjalanan Jauh?


Semalam mr hubby tak kerja. MC, sakit belakang. Dia kerja kuat lately ni. Sibuk dengan projek pemasangan partition gerai jualan di JJ Rawang tak selesai lagi. Muscle sudah bengkak. Jadi berehat dirumah saja sambil layan anak-anak. Alhamdulillah dah 7 hari kita berpuasa. Setakat ini anak-anak ok aja. Nampak jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih cergas dan bertenaga. Tiada rungutan haus, lapar. Tiada lagi soalan bertubi-tubi "lagi berapa jam nak berbuka ni Mama?"... "lagi berapa jam?".... "lama lagi ke?".... "lagi berapa minit?" macam tahun-tahun sebelumnya.


Hari pertama balik sekolah memang depa terus tertidur. Kepenatan dan mengantuk sebab bangun sahur agaknya. Tapi selain dari itu, memang ok je. Sihat walafiat. Takde lah kuyu dan layu. Syukur sangat. In fact petang semalam balik dari sekolah agama terus minta izin nak main kat luar. Aikkkk!!!! Bila tengok dahi saya berkerut cepat-cepat Yaya cakap, " Adik janji adik takkan cakap lapar..."  Oiiii sayang lapar tu tak mungkinlah tapi haus cemana? Dia kata rasa bertenaga sangat, "Kitaorang dah biasa beraktiviti..." Okeh ayat bukan main lagi! So, I allowed them to play outside. Dan lepas bermain memang tiada rungutan. Bagus! 


Dah daddy ada kat rumah, rajinlah Yaya berborak dengan daddy dia. Kalau selalu mesti masuk dapur mengacau saya masak sambil mulut dia pot pet bercerita. Tapi semalam dia layan borak dengan daddy ler. Dia bagitau daddy, kawan dia si A tu tak puasa. Bila daddy dia tanya kenapa? Yaya jawab, "Perjalanan jauh..."  ???? Perjalanan jauh? Apakah?... fikir punya fikir owhhhh musafir!!! Aikkkk jauh ke mana? Yaya bagitau si A balik kampung dia kat Ipoh, jadi perjalanan jauh tak payah puasa.
Daddy dia senyum je. Nak tau apa daddy dia jawab? "Dik, zaman Nabi saw orang musafir naik unta, penat duduk atas unta, panas lagi. Ni zaman sekarang orang naik kereta. Duduk je dalam kereta tu ada aircon (boleh tidur lagi). Musafir apa nya!" Hahaha... 


Betul juga. Zaman sekarang ni segalanya lebih convenient sehinggakan perjalanan berapa jauh pun tidak terasa. Setakat 2-3 jam dalam negara saja. InsyaAllah belum ada yang mati kering. Saya rasa agak sukar nak jumpa orang yang buat perjalanan jauh (dalam negara) di bulan Ramadhan yang tak puasa sekarang ni.Owh jangan salah faham, saya bukan kritik kawan Yaya yang tak puasa tadi. Budak-budak masih berlatih. Cuma mengulas saja secara general. Bagus juga Yaya encounter this 'perjalanan jauh' thingy from her friend. Setidak-tidaknya bertambah ilmu dan pemahaman dia. Ada keringanan untuk orang bermusafir dalam berpuasa. Cuma sejauh mana kita nak ambil ringan kena timbang balik lah dengan keadaan sekarang.


Teringat dulu kami pernah bawa anak-anak ikut perjalanan jauh balik ke Terengganu dalam bulan Ramadhan. Masuk waktu di perjalanan jadi berbuka di RnR yang cuma ada tempat berehat saja. Mujur saya bawa bekal pulut kuning dan rendang ayam. Kami berbuka di pondok dalam keadaan gelap remang maghrib sebab memang tak berlampu langsung tempat tu! Terkial-kial dalam gelap mencubit ayam, ini tulang ke isi? Hahaha... Pun begitu bersyukur kita ni serba serbi ada!



Monday, 15 July 2013

6 Ramadhan 1434H - Diluar Pulut Di Dalam Gula




Onde-onde buah melaka,
Diluar pulut di dalam gula,
Warnanya hijau bersalut kelapa,
Tak cukup satu mesti mau dua tiga empat lima!!!





Mana nak cukup setakat makan satu. Saiznya kecil, kurang-kurang 10biji baru cukup haul. Pun begitu pernah jumpa onde-onde (buah melaka) yang bersaiz bola golf. Dijual 5 biji RM2. Tapi sayang, buat besar-besar intinya cuma ciput aja. Saya geram kalau yang gulanya seciput. Tak puas makan. Sudahnya kuihnya dari tepung pulut, kadang dapat yang liat kunyah 44 kali pun belum tentu dapat telan. Buat sendiri lagi puas hati. Letaklah gula melaka besar ibu jari pun takde sapa nak larang. Kita buat dia, bukan dia buat kita! :-)


Kiranya pecah rekod lah selama 6 hari berpuasa, baru hari ini saya bikin dessert. Harap-harap my making dessert mojo akan kekal lah ye. 

Sunday, 14 July 2013

5 Ramadhan 1434H - Mee Goreng Udang


Pagi tadi dah hantar my mum balik. Hari ini sunyi lah semula rumah. Malam tadi dapat lepaskan hajat bawa my mum berterawih di surau dekat rumah saya ni. Seronok lah my mum sebab aturcara penuh. Sebab kat surau rumah my mum susah nak merasa dengar tazkirah. 


Kami berbuka ringkas saja. Saya cuma goreng mee. Hahaha goreng mee je kan pun nak tayang. Bukan apa, sebab kami dah lama sangatttttt tak makan mee goreng. Saya stop beli mee kuning sebab rasa tak lalu sangat bila teringat seorang ustaz mualaf yang terkenal cakap mee kuning buatan non-muslim (yang memang menguasai pasaran) guna lemak/minyak dari sumber haram untuk salut mee supaya kekal berkilat dan tak melekat sungguhpun dah lama simpan dalam peti sejuk. Huwaaaaaa... sungguh tak lalu kumendengarnya! Dulu kedai runcit depan rumah pernah jual mee kuning keluaran Muslim. Punyalah seronok saya beli. Maklumlah Yaya suka makan mee goreng. Tapi tak sampai 2 kinggu kedai tu berhenti jual. Sebab dia kata banyak customer komplen mee tu kuat sangat rasa asid boriknya. Lah pulak. Jadi dia kembali menjual mee kuning keluaran non-muslim. Saya pula memilih untuk tidak membeli lagi dah. Takpe, tak mati pun tak makan mee kuning tu.


Cuma kesian kat Yaya sebab dia dah lama minta nak makan mee goreng. Dia suka makan mee goreng dengan nasi putih. Dah macam makan nasi ambeng gitu. Sah anak jaworld kan. Since my mum nak datang semalam jadi saya kirim belikan mee kuning Mariam yang famous kat pasar Seremban. Bawa 2kg terus simpan buat stok. Lepas ni makanlah sampai lebam!




Sungguhpun simple tapi laku. Sebab masing-masing dah terlalu lama memendam rasa nak makan mee goreng. Hatta mee goreng simple pun jadi over sedap!




Saturday, 13 July 2013

4 Ramadhan 1434H - Acar Fillet Ikan Tenggiri


My mum is coming over to break fast with us today. Bukan saja-saja sebab kalau nak datang saja-saja tu memang susah nak bergerak sebenarnya since my dad ni baru je belajar drive, nak jalan jauh belum biasa lagi. Sebenarnya my dad yang nak kena datang sini sebab nak tolong mr hubby lunaskan projek pasang partition gerai jualan indoor Ramadhan di JJ Rawang. Alang-alang ajak my mum sekali. Kesian pulak nanti my mum tinggal seorang sebab dah tentulah my dad kena overnight di sini.


Selalu minggu pertama puasa mesti balik berbuka kat rumah my mum. Berkumpul ramai-ramai. Tapi since my dad kena datang sini dan anak-anak pun ada sekolah ganti (sebab cuti jerebu tempohari) maka terbalik pulak kali ni. The kids tersangatlah excited dengar nenek nak datang. Of course. Lebih-lebih lagi anak buah dua orang di kuarters KLIA tu nak ikut sekali. Macam raya kap lam ya nga lah depa nanti!


Saya takde idea nak masak apa untuk berbuka. Nafsu makan tiada sangat sebenarnya. Jadi deria-deria rasa semua habis tidur. Kalau dapat tukang masak macam saya ni memang tutup kedailah tokey jawabnya. Masak main ikut nafsu ada ke tidak. Hancusss!




Saya bikin acar fillet ikan tenggiri saja dengan masak sayur lodeh. Bosan nak masak ikan sebab dalam rumah ni gaya memasak ikan terhad. Kalau tak kari, stim. Kalau tak stim, goreng jelah. Nak masak taucu Fahmi pulak tak makan. Nak masak kicap pun ada yang tak makan. Tak kuasa lah mak nak masak berjenis-jenis. Jadi hari ini saya gamble jer buat versi acar sebab ramai orang dewasa boleh makan. 

Selamat berbuka! ;-)